Monday, December 6, 2010

Peng0rbaNan @ PenyesAlan..

Assalamualaikum wbt,

Salam Maal Hijrah buat semua sahabat yang dikenali. Dah lama tak post artikel disebabkan macam-macam perkara yang berlaku yang telah memberi efek kepada kotak pemikiran ini untuk melahirkan idea-idea untuk menulis. Alhamdulillah masih diberi rahmah,inayah dan nikmat iman dan islam daripada Allah swt untuk menulis artikel yang selalunya ditulis untuk meluahkan isi hati dan juga pengalaman hidup ini sebagai hamba yang kerdil lagi hina di sisi Allah pencipta yang Esa.

Diantara penyesalan dan pengorbanan, apakah yang sepatutnya kita semua lakukan terhadap kedua perkara yang perlu ditempuhi bagi setiap insan yang lemah di dunia ini?. kita semua masih lagi menghadapi kehidupan dan tentunya masih lagi menghadapi cabaran,dugaan, hasutan dan pelbagai lagi perkara yang sukar dan barangkali ada istilah yang tidak pernah kita semua dengar akan wujud dan menjadi satu jenis cabaran dan halangan bentuk baru pada zaman yang akan datang.

Kita bermula dengan penyesalan. Kemungkinan masih wujud insan yang tidak pernah menghadapi saat-saat penyesalan dalam hidupnya, tetapi itulah yang biasa berlaku dalam hidup sebagai seorang manusia atau lebih tepat sebagai hamba Allah swt yang tentunya kita semua ini hanyalah hamba yang amat kerdil dan amatlah hina. Kita sering melakukan kesilapan,sering melakukan dosa, sering melanggar laranganNya namun kita masih hidup sampai ke saat ini dan untuk apa sebenarnya. Jika difikirkan pada undang-undang ciptaan manusia, dengan kesilapan yang besar sekali, barangkali boleh membawa kematian. Dan cuba kita semua renungkan dosa-dosa yang telah dilakukan, yang kecil hingga la sebesar yang pernah diterangkan dalam mana-mana dalil sebagai laranganNya yang tegas.

Jika kita masih hidup dan telah maklum bahawa diri kita yang lemah ini pernah membuat kesilapan,dosa,kejahatan dan kalimah-kalimah yang sewaktu dengannya, kenapa kita masih hidup sedangkan kanun manusia dilanggar sekali membawa kematian, kanun Allah swt yang Maha Besar dan Maha Agong dilanggar sekali bahkan berjuta kali masih lagi kita bernafas dengan oksigen yang dicipta oleh Allah swt dan sudah tentunya kepunyaan Allah swt.

Kekuasaan Allah swt itulah yang sepatutnya diterapkan dalam kehidupan seharian sebagai muslim dan bukan kekuasaan manusia. Kenapa tidak Allah swt menghukum terus kita yang telah melakukan dosa kepadaNya, dan kenapa masih kita hidup sebagai seorang manusia lagi di dunia ini?, kerana Allah swt Maha Pengampun. Allah swt akan mengampunkan dosa hambaNya yang tulus meminta ampun dan taubat kepadaNya selagi mana diiringi dengan penyesalan dan kesungguhan.

fikir-fikirkanlah disertai dengan zikir padaNya. insyaAllah sambungan madah kali ini akan disusuli tak lama lagi dan sekian wassalam alaikum wbt.