Sekolah Rendah Islam Al-Ainani, Taman Sri Andalas, Klang. |
assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah, sesi persekolah pada tahun 2015 ini berjalan dengan lancar, dan sememangnya lebih mencabar daripada tahun lepas.
Tahun ini agak stabil dan kuat disebabkan sudah tahun kedua dan sudah kenal rentak perjalanan pembelajaran di sekolah yang serba canggih dan bermacam ragam pelajarnya ini.
Masih lagi tidak percaya bahawa sekarang ini sudah menjadi seorang pendidik, kerana kerjaya sebagai pendidik ini memang sangat mulia dan hebat. Masih merasakan tidak layak. Dengan pengalaman yang kurang, menjadi seorang guru adalah sangat mencabar. Selalu berdoa supaya dengan minat yang sangat mendalam dihati ini untuk menjadi pendidik dan juga pendakwah yang berjaya, moga Allah swt iringi usaha ini dengan lancar dan kejayaan. amin.
Sekolahku syurgaku bukanlah untuk mentaksubkan diri atau mengagungkan sekolah ini, namun kerana Allah swt telah membantu diri ini untuk membina segala kekuatan yang diperlukan untuk menghadapi kesukaran dan kesusahan berdakwah kepada pemuda pemudi generasi baru kini.
Dalam mendidik anak-anak, pastinya ada pahit dan manisnya, begitu juga dalam mendidik anak murid yang tentu bilangannya lebih ramai dan kerenahnya yang pelbagai. Begitu hebatnya guru-guru, ustaz dan ustazah yang pernah mengajar diri ini yang mampu mengawal segala kerenah anak-anak murid mereka dan sekaligus mendidik kami semua menjadi seorang yang berjaya, berwawasan dan berhemah dalam melakukan sesuatu pekerjaan, dan yang paling penting, kebergantungan diri kepada Allah swt itu lah yang paling ditekankan ustaz dan ustazah sewaktu dibangku sekolah dahulu mestilah yang paling utama dalam kehidupan di dunia yang fana dan sementara ini.
Sekolah Kebangsaan Batu Tiga, Kuantan |
Inilah sekolah pertama yang menyimpan 1001 kenangan indah dan yang tidak berapa indah. Guru Besar yang sangat mementingkan disiplin dan juga sangat sangat sangat sangat garang(boleh lah agak ye macam mana garangnya dengan jumlah 'sangat' tu,hehe), dan juga tidak dilupakan guru-guru yang sangat dirindui yang juga sememangnya garang juga, basically, guru-guru waktu belajar dulu dari sekolah rendah sampailah ke universiti, semua nya memang garang dan ada aura yang agak kuat. Ditambah pula dengan ibu yang juga agak garang dirumah.
"apa boleh buat pakcik, Nasib Badannnnn"
Namun, disebabkan ketegasan mereka semua, tidaklah diri ini menjadi leka dan alpa dalam pelajaran dan juga dalam mengharungi kehidupan dunia yang sememangnya banyak dugaan dan cabaran yang melalaikan.
Sewaktu di sekolah rendah, kisah-kisah yang berlaku sangat menarik, dek kerana antara beratus murid sesi pagi dan petang, saya seorang sahaja yang lain daripada lain, memakai songkok.
Yes sir,, i'm One of a Kind!! hahaha..
Dan nak menceritakan episod-episod menarik yang berlaku disitu, hmmm, memerlukan popcorn dan cola, jadi, kisah ini akan bersambung pada entri akan datang, Moga apa yang dikongsikan bukan sahaja dapat menghiburkan juga dapat memberi inspirasi kepada yang membaca.
So.One
Taman Sri Andalas,Klang.