Thursday, September 8, 2011

kenapa saya rindu ye??



Salam Alaikum wbt.....

Majoriti makhluk yang bergelar manusia akan menghadapi situasi yang kadang-kadang dirasakan istimewa ataupun sedih iaitu rindu. Macam-macam orang akan mengeluarkan pendapat atau idea masing-masing tentang rindu. Kita semua selalu merindui sesuatu, seseorang dan berbagai-bagai lagi dalam hidup kita dan perasaan itu lah yang mengajar kita untuk menjadi lebih tabah ataupun semakin lemah.

Dalam situasi sebagai pelajar sekarang, tambahan pula keluarga yang tersayang jauh dari mata, rakan-rakan yang dulunya berlatih sama-sama, ada masanya susah untuk mengawal hati daripada tak merindui semua itu namun ujian itu diberikan untuk menguatkan lagi hati ini supaya apa-apa ujian yang mendatang yang pastinya lebih mencabar dan sukar dapat diatasi dengan hati yang tenang dan bersedia.

Dan dalam situasi merindui seseorang apa yang pentingnya diri kita perlu mengawal perasaan itu. Sebenarnya apa sahaja perasaan yang lahir daripada hati kita ini, susah untuk kita menghalangnya, jadi dengan itu perlulah kita kuatkan diri supaya dapat mengawal apa yang kita rasa supaya ianya tidak memberi kesan yang kadang-kadang boleh membawa perkara negatif kepada diri kita samada secara fizikal ataupun mental.

Jika tidak dapat mengawal rindu kepada keluarga, rakan-rakan, saudara-mara yang jauh di sana sehinggakan kita tidak dapat untuk menjalani kehidupan seperti biasa, tak makan dan minum, murung, sehinggakan aura kemurungan itu merebak keseluruh tempat disekelilingnya, mestilah tak baik dan tak elok bagi diri kita. Hatta ada yang dengan senangnya akan jatuh sakit bila dia merasakan dirinya kesunyian.

Apabila dilihat semula tentang situasi perasaan ini, mungkin kita boleh lihat semula situasi ini dalam bentuk 2 pihak. Cubalah kita hargai perasaan itu selagi adanya ia dan mungkin anda tidak merasakan secara terus ataupun secara realnya apa yang dia rasakan, cubalah juga terima apa yang dia rasakan kerana selalunya jika kita hanya terima secara tahu-tahu sahaja masih tidak memadai, dan akan berlaku kepada kita apa yang dia rasakan pada kita bila orang yang selalu memberi itu dah tiada.

Mungkin dan selalunya kita akan menghargai apa yang telah ada pada kita tetapi ianya sudah tiada pada kita sekarang. i've seen the third shooting stars,its so shining, em is it my time now but...always pray it is not..


.....(",)



Tuesday, September 6, 2011

Sometimes....


Kadang-kadang selsema ni memang mengecewakan sangat. Semua kerja dan aktiviti tergendala. Tambahan dengan ahli rumah yang berjalan tanpa khabar berita. Oo..sangat lah keseorangan. Padahal nak berlawan dengan selsema saje tapi boleh sampai rasa keseorangan dah. 

Just have to admit that i am not perfect at taking care of myself sometimes. Maybe perfect only at making troubles to myself and others. Selsema menyerang, nak baring untuk lelapkan mata memang satu perkara biasa. Even dah biasa, sometimes feel frustrated. 

Tapi insyaAllah, harap tak membawa kepada demam lagi. Just wanna write something before trying to get to sleep. Goodnight you there. 


Thursday, September 1, 2011

Rayaku di perantauan..

Assalamualaikum wbt, 
Alhamdulillah selepas pulang daripada bumi haramain selama 11hari kini kami dapat juga mengadakan majlis raya kecilan bersama-sama seramai hanya 8 orang. Dimana pergi yang selainnya ? agak cemburu, dengki semua ada, sahabat yang lain kebanyakannya menyambut Aidilfitri bersama keluarga mereka di Malaysia.

Walaupun begitu, kesedihan ataupun kerinduan kami terhadap keluarga tercinta tidaklah terlalu ekstrem kerana pengakhiran Ramadhan kami di Bumi Anbiya' ini diisi dengan kembara kami ke Bumi Haramain. Pertama kali melihat sendiri kehebatan dan keagungan agama Islam yang telah dipegang sejak diri ini bernafas dengan udara dunia ini sangat tersentuh. 

Dan yang paling gembira raya pertamaku di perantauan bukanlah ditempat yang mana diri ini menuntut ilmu namun, raya pertamaku diperantauan ialah di Bumi Haramain. Satu pengalaman yang sukar untuk didapati dan berasa sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke sana dan juga melalui hari demi hari mengimbas kembali bagaimana cabaran yang perlu dihadapi dan ditempuhi oleh kekasih Allah swt, Baginda Rasulullah saw.

Selama 11 hari kami lalui suka, duka, penat dan juga gembira bersama di Bumi Haramain, kami pulang ke Jordan, walaupun jauh disudut hati amat terhibur dengan suasana dan juga pengalaman yang ada di Bumi Haramain.
wah..sedapnya..rase mcm nak makan lagi ni..hee




Kembali kepada cerita sambutan raya tadi kan. Baru sebentar tadi kami meraikan majlis makan bersama sahabat berlapan yang tinggal disini. Walaupun sedikit namun tetap terhibur dengan juadah dan juga persediaan yang telah dilakukan.

Tidak dapat digambarkan perasaan raya pertama diperantauan, bukan lah sebak kerana sedih dan bukan juga sebab tidak sedih lansung, tapi ikhlas hati ini memang merindui keluarga yang berada di Malaysia. Semoga kalian semua sihat dan meraikan Aidilfitri dengan gembira dan senang hati.

Sukacitanya saya upload gambar kenangan kami semasa majlis raya kecilan yang kami adakan baru ni dirumah salah seorang sahabat saya di Irbid, Jordan..selamat menonton..

sangat2 bergaya di hari raya, fullset baju raye tu..(dari kiri: haniff, firdaus, sahdan, luqman.)

tengah takbir raya diketuai oleh IM Haniff.. ;)


lampu lip-lap tak kan dilupakan..baru lah meriah majlis raye kami.. ;)
(dari kiri: badrul, sahdan, firdaus, hazim.)

biro multimedia majlis tgh jaga laptop..de sesape nk tuju lagu raye,leh call dorg ye.. :D
(dari atas: luqman, falah, haniff.)

gambar kenangan bersama..kami berlapan..cukup da klu de yg nak ajak lawan futsal ni..lengkap sume.. :D
dari kiri atas: badrul, hazim, sahdan, luqman, falah
dari kiri bawah: firdaus, aliff syazwan(me) dan haniff.
Akhir kalam, Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada semua maaf Zahir dan batin atas salah dan silap yang sedar dan juga yang tak disedari..Kullu 'am wa entum bikher drpd kami di perantauan,wslm..

Thursday, August 18, 2011

Tiba-tiba...rindukan saat bersama mereka..





Salam alayk kepada semua dengan harapan semuanya dalam kesihatan yang baik. Macam mana dengan ramadhan pada tahun ni? Harapnya kita akan terus berusaha yang terbaik untuk menjadikan Ramadhan tahun ni lebih baik daripada yang lepas.

Ok,tiba-tiba teringat pula pada komrad-komrad capoeira di Malaysia. Hampir setahun juga kami tak berjumpa sejak datang ke Bumi Jordan ni. Pertama kali bila menjejakkan kaki di perantauan ni memang dapat dirasai kelainan yang amat ketara dengan Malaysia. Kebiasaan keluar rumah setiap petang untuk menjalani latihan di Taman Bandar amat susah untuk dilupakan hingga pada fasa awal kehidupan disini mengalami kemurungan disebabkan banyak perubahan yang berlaku secara drastik.

Namun, setelah beberapa lama, semangat untuk berlatih kembali itu datang dengan sendirinya. Walaupun berseorangan, asalkan ada, terasa seperti dekat dengan mereka. Mungkin juga ditakdirkan untuk menimba pengalaman merantau bersendirian. Pada suatu hari, dengan kebetulan dapat berkenalan dan berjumpa dengan Persatuan-persatuan capoeira di Jordan ni, negara jiran juga iaitu, Syria dan juga Lubnan, dan mereka sangat ramah dan menerima dengan hati yang terbuka.

Banyak pengalaman yang dapat lebih daripada latihan capoeira bersama dengan kawan-kawan baru ini kerana komunikasi dengan mereka bukanlah dengan bahasa ibunda yang digunakan tiap hembusan nafas ni. Bahasa inggeris dan juga bahasa arab terutamanya bila berada di tanah arab ni.

Daripada pengalaman itu telah memberikan diri ini satu keberanian untuk bercakap dan juga mengeluarkan idea. Kelancaran untuk berkomunikasi dengan bahasa selain bahasa melayu juga meningkat. 

Pernah juga terfikir untuk menghasilkan satu kisah tentang diri sendiri, kehidupan seorang budak capoeira di Jordan. Macam mana? mantap tak tajuk kisah ni.?. Tapi, bakat untuk menulis dan menghasilkan karya itu langsung tidak pernah wujud dalam diri ni. Penghasilan kisah itu telah dilupakan begitu sahaja.

Pernah satu hari, sangat sedih dengan situasi berseorangan sehingga mencuba untuk membuat latihan akrobatik bersendirian ditempat yang kurang ciri-ciri keselamatan sehingga mengundang padah kepada diri sendiri. Akibatnya, terpaksa berhenti seketika kerana kecederaan.

Capoeira bersama mereka banyak mengajar erti persahabatan dan juga menjaga setiap seorang sahabat dengan baik. Dan bagi saya, capoeira pada saya hanya hidup dengan suasana bersama kumpulan. Bukan capoeira sahaja, setiap apa yang kita buat di dunia ni semuanya memerlukan satu komuniti. Komuniti lah yang akan menghidupkan suasana dalam setiap perkara yang wujud didunia ini. 

Mungkin kerana telah sedar tentang hakikat itu, mungkin ini adalah satu petanda untuk terus 'berehat' setelah sekian lama meletakkan perkara itu sebagai salah satu keutamaan disini. Walau apapun, hidup perlu diteruskan. Untuk setahun lagi yang akan datang, akan berkerja keras untuk mencapai kejayaan disini.

Sesudah betul-betul memutuskan keputusan untuk terus berehat, hati ini tidaklah begitu hampa dan sedih bahkan gembira, bukan kerana sudah lama ingin melepaskan, tetapi, gembira kerana diberi peluang mencipta kenangan manis bersama mereka. Dan diri ini lebih rasa tenang dan rehat dengan keadaan sekarang ni. Alhamdulillah.

Saya, rindukan sahabat-sahabat Capoeira Ache Brasil Malaysia, Kuantan. InsyaAllah, panjang umur murah rezeki akan kita ketemu lagi.

gambar ni disnap semasa Graduation Day kami kali ke-2 di East Coast Mall,Kuantan pada tahun yang lepas. 
event yang kami selalu nantikan. Bittaufiq bagi mereka yang akan menghadapi graduation day kali ke-3 pada tahun ini selepas raya nanti. kamu semua TERBAIK!!!!!! (^_^)


Monday, August 15, 2011

Be a better Daie



Assalamualaikum wbt,
The time now is exactly 1:16am, i'm just back from some works helping my senior to print their home address, something about their cargo boxes things.

When i checked my fb notification, i saw something really interesting this video about 'intelectual Humility' by brother Nouman Ali Khan. Actually i am really interested in english language than arabic language eventhough i am studying here in Jordan, an arabic country with arabic tradition and many more with arabic.

Its not because i'm not interested or hate arabic language, for muslims, arabic language is the language for Islam. If we want to know deeply and truly about Islam, we MUST know arabic language and how do we know arabic language?? by, learn arabic language. 

I don't want to talk about the arabic language today, maybe next time InsyaAllah. Today i'm truly interested in showing this video to all fellows readers and blogwalkers.


So, How about the presentation, really cool isn't it..?? Brother Nouman Ali Khan at Quran Weekly and you guys can find others presentation at youtube and Quran weekly . 

Being a student in syaria for example, what is our purpose of gaining that knowledge that we learn from our university lecturers. Nowadays, many students have misused their knowledge to judge and argue and debate with others. PLEASE......look to ourselves first, what is the purpose of our knowledge. ok guys, enjoy the video. until we meet again wassalam alaykum wbt.

*credit to brother Nouman Ali khan and Quran weekly..(^_^)

Sunday, August 14, 2011

Kek Lapis ker ni..?? (^_^)


Assalamualaikum wbt, 
Kalau lah gambar ni masuk dalam pertandingan teka-teki, rasanya apakah jawapan yang paling tepat dan paling banyak akan keluar.? 
Tuan gambar ni pun dalam dilemma tentang jawapan yang paling tepat sekali. Namun, kita tolak ketepi semua keraguan itu dan dengan jelasnya inilah kek lapis saya yang pertama. Melihatkan dengan atas kek ni mesti agak keraguan tentang rasanya kan. Jangan risau sebab hitam yang timbul diatas kek ini adalah disebabkan biskut-biskut oreo yang saya letakkan antara lapisan kek lapis ni.


Ha..nampak kan biskut oreo dalam lapisan kek tu.? Walaupun nampak seperti sudah menjadi tapi tidaklah begitu menjadi sangat bagi saya sebab ada bahagian lapisan kek yang masih lembut lagi. Mungkin kerana perlu bakar lebih lama lagi.
Rasa kek lapis oreo ini secara keseluruhannya ''bolehlah ye''. Tidak lah boleh dikategorikan sedap sangat(hehehe). Untuk sahabat-sahabat yang ingin mencuba boleh lah pergi ke blog kak Hasuriah Tahir sebab saya dapat resepi daripada sini dan resepi yang kak hasuriah tahir sediakan ni banyak membantu. Merasa juge nak makan kek lapis di Perantauan ni kan. Credit to Kak Hasuriah Tahir. (^_^)

Kepada sahabat yang ingin mencuba selamat mencuba ye.sekian wassalam..

Saturday, August 13, 2011

Strawberry Cheese Cake pulak..??


Assalamualaikum wbt, kelmarin dapat buat kek keju buatan sendiri kali ke-2. Kali ni agak susah la juga sebab agak lembut sangat keknya kali ni. Walaubagaimanapun, sahabat-sahabat yang merasa semuanya suka, Alhamdulillah tenang hati (hehehe).

Semenjak duamenjak ni memang aktif sikit daripada biasa memandangkan baru sahaja dapat beli oven terpakai daripada senior yang dah balik Malaysia dengan harga yang amat berpatutan(terima kasih kak huda dan ahli rumah). Sebelum ni kek keju yang pertama letak topping Blueberry, tapi pada masa tu, base cookiesnya terlalu tebal sampai ada yang kate base cookies kek keju blueberry tu dah macam kuih raya rasanya.

Menantikan projek yang seterusnya, tak pasti lagi apa yang nak dicipta lagi tapi buat masa ini masih lagi berusaha nak baikkan lagi hasil kek keju supaya lebih sedap dan mantap lagi nanti.
Lebih kurang hero dalam drama korea king of baking sekarang ni. Semangat macam nak jadi Master Bakery. Harapnya semangat nak belajar pada tahun akhir akan datang pun lebih kurang juga hebatnya macam nak buat kek ni, InsyaAllah.