Monday, June 21, 2010

sick..sakit...hurt..


sakit..sakit..sakit..dah tertulis bile kite akan sakit..dan kalau kite sakit dah tertulis bile kite akan sembuh semula..kadang-kadang sedih pun ade jugak bile keadaan yang tidak kite senangi datang lagi..tapi perlu juga kite tempuhi dengan kesabaran..ape2 pun..bagi seseorang yang berpengalaman dalam bidang kesakitan ni,em,,agak susah untuk dijelaskan...for example..kadang2 bile tak makan,banyak yang marahkan kita..tapi maybe sorang due aje yang tahu kenape sebenarnya,dan apa sebabnya keputusan tak makan itu diambil..susah jugak nak buat keputusan untuk diri sendiri bila melibatkan kesihatan...bagi sape2 yang masih dalam nikmat kesihatan cubalah untuk menghargainya..dan bagi sape2 yang sudah merasa nikmat kesakitan,hargailah juga..hanya dengan menghargai sesuatu barulah kita dapat memahami apa maksud disebalik apa yang berlaku..

Tuesday, June 15, 2010

The TraVeLLer @ al FaRIsi (Last siri)

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak post siri yang terakhir ni..harap pada yang pernah mengikuti siri2 yang sebelum ini tak marah disebabkan kelewatan ni ye..so,tak nak ulas panjang sangat jom kita sama2 teruskan kisah Salman Al-Farisi yang terakhir ni...

Bantuan pokok kurma

Kemudian Rasulullah s.a.w mengumpulkan para sahabat dan bersabda:’berilah bantuan kepada saudaramu ini.’ Mereka pun membantuku dengan member pohon(tunas) kurma. Seorang sahabat ada yang memberiku 30 pohon, atau 20 pohon ada yang 15 pohon, dan ada yang 10 pohon, masing-masing memberiku pohon kurma dengan kadar kemampuan mereka, sehingga terkumpul sebanyak 300 pohon.

Setelah terkumpul, Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku,’Berangkatlah wahai Salman dan tanamlah pohon kurma itu untuk majikanmu, jika telah selesai datanglah kesini aku akan meletakkannya ditanganku. ‘Aku pun menanamnya dengan dibantu oleh para sahabat.

Setelah selesai aku menghadap Rasulullah s.a.w dan memberitahukan perihalku. Kemudian Rasulullah s.a.w keluar bersamaku menuju ke kebun yang aku tanami itu. Kami dekatkan pohon kurma itu kepada Baginda dan Rasulullah s.a.w pun meletakkannya di tangannya. Maka, dengan izin Allah, tidak ada sebatang pokok pun yang mati.

Emas sebesar telur ayam

Pokok kurma sudah kutanam, aku masih mempunyai tanggungan emas sebesar 40 uqiyah. Kemudian Rasulullah s.a.w membawa emas sebesar telur ayam hasil daripada rampasan perang. Lantas Baginda bersabda:’ Apa yang telah dilakukan oleh Salman al-Farisi?’ kemudian aku dipanggil oleh Baginda, lalu Baginda bersabda,’ Ambillah emas ini, gunakan untuk melengkapi tebusanmu wahai Salman!’

‘Wahai Rasulullah s.a.w bagaimana status emas ini bagiku?’ Rasulullah menjawab.’ambil saja! InsyaAllah, Allah s.w.t akan member kebaikan kepadanya.’ Kemudian aku menimbang emas itu. Dengan izin Allah s.w.t berat ukuran emas itu 40 uqiyah. Kemudian aku dipenuhi tebusan yang harus aku serahkan kepada majikanku, dan aku dimerdekakan.

Setelah itu aku turut serta bersama Rasulullah s.a.w dalam perang Khandaq, dan sejak itu tidak ada satu peperangan yang tidak aku ikuti.”

Riwayat Ahmad,5/441;al-Thabrani dalam al-kabir(6/222);Ibn Sa’ad dalam al-Thabaqat,4/75;al-baihaqi dalam al-kubra,10/323.

ha..begitulah kisah Salman Al-Farisi..daripada awal kisahnya penuh dengan cabaran dan dugaan,akhirnya dengan keberkatan yang dikurniakan Allah kepada Salman,Salman dapat merasa nikmat yang amat membahagiakan..begitu juga pada kita semua,,jika kita hadirkan kesabaran dalam setiap saat dalam hidup kita,,insyaAllah,,Allah s.w.t akan memberikan nikmat kepada kita berkat kesabaran kita terhadap dugaanNya..sekian sahaja semoga kisah ini banyak memberi tauladan dan pengajaran..Assalamualaikum wbt...

Saturday, May 22, 2010

FiNaL eXaM MoDe.....

Antara keinsafan ataupun hanya kesedaran yang bertahan untuk sementara wktu sahaja..bila peperiksaan semakin hampir semakin resah tapi selalunya hanya keresahan yang hadir..jarang sekali keresahan yang hadir itu diiringi dengan tindakan yang sewajarnya..Walaubagaimanapun..kita perlu muhasabah diri setiap hari sekurang-kurangnya,jika bukan hari ini kita berubah,pada masa yang akan datang bila kita sudah memahami apa yang perlu difahami, kita tetap akan berubah ataz keizinanNya juga..InsyaAllah..Bittaufiq wanNajah fil Imtihan Niha'i...wish All the best...wslm..

Monday, April 5, 2010

when 'old friend' back....

sakit...macam-macam definisi boleh didatangkan melalui perkataan sakit. Ada sakit secara fizikal ataupun yang boleh nampak secara zahir dan ada yang sakit mentaliti ataupun yang tak nampak secara zahirnya tetapi dapat mengetahui simptom-simptomnya, dan sakit rohaninya yang juga tak nampak secara zahirnya tapi boleh mendatangkan kesan yang amat buruk pada diri seseorang. Punca sebenar sakit datang daripada banyak aspek. Ada yang mencari sakit dan ada juga yang langsung tak mencari tetapi sakit itu dengan sendiri datang kepada mereka. Amat kasihan bagi sesiapa yang tidak mencari sakit tetapi sakit telah tangkap mereka terlebih dahulu, tetapi, macam mana pula bagi golongan yang sedang seronok mencari sakit sekarang ini..?? perlukah ada rasa kasihan untuk golongan ini?? atau mereka ini perlu dibiarkan kerana perangai mereka yang masih tidak sedar ??? .....

Monday, February 15, 2010

~mY FaMiLy~eng version

Some people said that when we have many friend, it can cheer up our life and others said that the more friends the more problem. It depends on anyone, what they want to say and what they want to state about it, because in my observation, a family like relationship thats built from friends can change from just a friend to best friend and from just a friendship to brotherhood. There are many differences between friend and bestfriend and also between friendship and brotherhood. If we were about to make a choice, we will chose to have bestfriend rather than friend and brotherhood rather than friendship,why?? everyone has their own reason..

Other than our own family like mom,dad and all of our brothers and sisters, we also need other 'family' from our friends, teachers, coaches and and many more. Last but not least, a friendship can last an eternal if we learn loved n care for one another. This is the key that we need to do.
and search for . WHATS GONNA WORK??..TEAMWORK!!~wonderpets~

p/s: the picture above was taken after we training..alunos Capoeira Ache Brasil Malaysia Academy with our coach Instrutor Ligerinho..i really appreciate and love being in this special 'family'...ACHE'..

~mY FaMiLy~

Ada orang kata bila kita mempunyai banyak kawan, hidup kita akan ceria tapi ada juga yang kata lagi banyak kawan makin bertambah masalah. Terpulanglah pada sesiapa yang mahu membuat andaian dan pendapat masing-masing kerana hubungan kekeluargaan yang terbina daripada kawan-kawan mengeratkan lagi persaudaraan daripada kawan kepada kawan rapat. Banyak perbezaan antara kawan dan kawan rapat dan perbezaan-perbezaan ini juga mungkin berlainan bagi setiap orang. Selain famili yang terdiri daripada mak, ayah dan adik-beradik, kita juga memerlukan famili yang terdiri daripada rakan-rakan, guru, jurulatih, dan sebagainya.
Akhir kata, jika dalam berkawan kita menyayangi dan mengasihi, pasti akan berkekalan sampai akhir hayat dan itulah yang perlu kita cari dan lakukan. APA YANG PENTING...KERJASAMA!!!~wonderpets~

p/s: gambar kat atas ni terdiri drpd alunos capoeira Ache Brasil Malaysia Academy bersama jurulatih kami Abang Aeizad..salah satu famili saya yang sgt2 disayangi..ACHE'..

Monday, January 25, 2010

....antara 2....



Assalamualaikum wbt...

Memang susah dan sukar dan payah untuk membuat keputusan bila berada dalam situasi antara dua. Bila kedua-duanya mempunyai positif dan negatifnya, dan bila kedua-duanya mempunyai hujah yang amat rasional untuk diterima. Tapi,,adakah berbaloi semua ini bila kesannya menjangkiti hubungan antara sahabat-sahabat dan juga orang yang sepatutnya dihormati dan disayangi.

Setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita semua pasti diiringi dengan hikmah yang sama ada akan menyedarkan kita daripada kesalahan kita, memberi kita pengajaran dan tauladan, dan juga menjadikan diri kita lebih tabah dan kuat rohani. Tetapi bagaimanakah caranya bila kita berada dalam situasi antara dua ini ataupun dalam istilah lainnya 'dilemma'??

Lain orang lain caranya kan, masalah datang dengan penyelesaian cuma sebagai insan yang lemah ini kita jarang nampak dan jarang berusaha untuk mencari penyelesaian itu. perkara yang baik jika dilakukan atau diiringi dengan emosi yang tak dikawal, akan menjadi buruk pada pandangan orang luar. Manakala perkara yang buruk jika dilakukan dengan emosi yang terkawal ataupun secara profesional, jangan hairan jika perkara itu nampak baik pada pandangan orang luar..apa-apa pun, jangan lupa pada yang SATU kerana DIA sahaja tempat kita semua minta pertolongan..renung-renungkanlah....sekian wassalam..