Thursday, April 21, 2011

Freedom...penyuntik semangat revolusi di seluruh dunia


 salam alaikum wbt,
alhamdulillah, baru je terjumpe satu lagu ni yang agak sedap didengar dengan rentak yang harmoni nye.
Freedom by brother Maher Zain..


Liriknye memang bermakne untuk kite hayati tentang kepentingan revolusi2 yang sedang berlaku di dunia ni khususnye di tanah arab.

Revolusi rakyat berlaku untuk menunjukkan kepada dunia bahawasanye keadilan, amanah dan kejujuran pemimpin dan seluruh barisan pentadbiran adalah amat penting kepada rakyat.

Menjadi pemimpin bukanlah bermaksud menjadi Bos yang hanye duduk dikerusi, menunggu gaji datang setiap bulan, dan mengikut telunjuk pihak2 yang jelas tujuan mereka hanye untuk memusnahkan umat islam kini.







Freedom oleh brother Maher Zain banyak memberi semangat dan kesedaran tentang isu yang berlaku dan kepentingannya..all the best for brother Maher Zain..keep it up bro..


Lirik nye :(Jom sing together gether he3 )
Freedom by Maher Zain

Gathered here with my family
…My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn’t matter where you’re from
Or if you’re young, old, women or man
We’re here for the same reason; we want to take back our land
Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us
No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we’ve taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we’re almost there
Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us
I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we’re not backing of
Oh God we know you hear our call
And we’re calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us

*tribute to all that related to this video especially Brother Maher Zain and the awakening records crew (",)


Tuesday, April 19, 2011

Capoeira @ paranawei




Aslmkm wbt,
Alhamdulillah progress diri ni semakin baik harapnye,

Kali ni tibe-tibe rase macam nak cite sal capoeira pulak, dah kebetulan memang belajar seni yang agak unik ni ape lah salahnye kalau cite kan serba sedikit dalam bahase dan ayat yang mudah kan. Bukan ramai yang tahu fully pasal capoeira ni kan. Maybe ade jugak yang langsung tak tahu name capoeira ni, ape yang mereka tahu, paranawei,hehe
Paranawei tu macam dah sinonim dengan majority masyarakat khususnye Malaysian ni, asalnye pada awal tahun 90-an ade satu filem ni name nye Only The Strong,alaaa…yang hero die Mark Dacascos tu.

Ha..ingat kan..yang tu lah, dalam cite only the strong tu mereka dedahkan audience dengan lagu paranawei je, so memandangkan lagu tu agak catchy die punyer rhythm, ramai yang minat and tahu lagu tu je.

 Lebih 400 ratus tahun lalu…

Ha..kalau nak tahu, capoeira ni dah berasal lebih kurang 400 ratus tahun dulu. Hmm agak lame dah la kan capoeira ni.

Kalau nak tahu dulu kan mase 1500, mase tu kan portugis dalam misi memperluaskan kuase dan jajahan mereka, yang kite blaja dalam sejarah tu misi dorang yang berpandukan pd 3G, not Generation ye, 3G tu ,Gold Glory Gospel.

So pada mase tu lah portugis ni import hamba abdi daripada Africa. Macam-macam keje lah kan hamba-hamba abdi Africa ni kene buat kalau dah name hamba abdi korang sume mesti leh tahu jugak kan.

Boleh dikatekan dalam kalangan hamba abdi yang ramai-ramai ni mereka form group kecik2 pastu start small rebellion untuk tuntut kebebasan mereka.

Kire macam revolusi kiasan(pendpt penulis je), nak tahu kenape saya anggap seni ni macam revolusi kiasan, sebab hamba-hamba abdi ni mulekan seni capoeira ni untuk bantah penjajahan portugis yang agak kasar terhadap hamba-hamba yang mereka import dan juga pengamalan capoeira itu sendiri untuk kebebasan mereka daripada penjajah portugis.
Maksudnye, selagi capoeira itu ade, selagi itu lah kiasan freedom dan juge membantah pemerintahan diktator wujud.

Some of capoeira master cakap, capoeira ni expression of freedom.

Pengharaman Capoeira

Jangan tak tahu satu mase dulu, capoeira ni pernah diharamkan , tapi bukan lah oleh majlis fatwa antarabangsa ye, oleh kerajaan Brazil.

Pada tahun 1888 lebih kurang, amalan perhambaan dihapuskan jadi disebabkan itu ramai ex-hamba hijrah ke Bandar-bandar untuk teruskan hidup mereka. Ada kalangan yang power capoeira dorang form la gangster dan mafia, yang lain tu ade jugak yang jadi bodyguard orang politik, nak dijadikan ceritenye, mase tu sume yang tahu capoeira menyalahgunekan capoeira ni untuk keganasan, tidak kire dalam politik dan masyarakat.

Kerajaan Brazil mase tu lihat perkare ni dah menjadi semakin serius dan memutuskan untuk mengharamkan capoeira dan mengenakan hukuman bagi sesape yang masih meneruskan latihan capoeira. Dan yang lagi best, kalau kene tangkap training capoeira, antara hukumannye, kene potong tendon dekat kaki,auww,,, seram jugak..cacat terus kaki lepas tu..
Tapi ade juge kumpulan yang meneruskan latihan capoeira secara senyap kerana mereka ni juge bukanlah kumpulan yang menyalahgunekan capoeira.

Mase ni lah muncul irama cavalaria dalam game capoeira, bile irama cavalaria dimainkan mase tu bermaksud polis ada berdekatan dan irama cavalaria ni juge nak bagitahu kepada pemain capoeira supaya tukarkan tarian kepada samba instead of ginga capoeira.

Kalau nak tahu juge, alat-alat muzik yang ade dalam capoeira ni wujud sebab nak disguise penjajah portugis mase zaman penghambaan Africa dulu, contohnye mase hamba-hamba sedang syok ber-capoeira, tibe-tibe ade pegawai penjajah hampir sampai ke tempat mereka so dengan alat muzik yang ade , mereka just ginga dan ade kisah yang mengatakan mereka juge akan tukarkan irama kepada irama samba untuk cover capoeira itu sendiri.
Mase pengharaman capoeira ni juge lah wujudnye system gelaran dalam capoeira, untuk cover capoeirista daripada dikenali dan ditangkap polis.

Capoeira diiktiraf semula

Pengharaman capoeira tak berterusan macam tu je. Macam hero dalam cite, hero kan datang lambat sikit, so mase kerajaan dalam usaha nak banteras capoeira ni muncul lah Master Bimba. Master Bimba ni die reorganized semula capoeira kepada regional style yang dibawa oleh Mestre Bimba sendiri dengan mengadakan persembahan dihadapan gabenor Bahia dan juge Presiden Brazil pada ketika itu.

Disebabkan mase itu capoeira ni still lagi digunekan oleh kumpulan mafia dan juge gangster, Master Bimba telah membuat satu peraturan seperti seluar putih dan peraturan disiplin yang lain dengan tujuan untuk menarik golongan kelas tinggi dalam masyarakat pada mase itu supaya capoeira dapat berkembang dengan baik. Dan memang agak efektif keputusan dan peraturan yang dibuat oleh Master Bimba itu kerana sejurus selepas itu, ramai dikalangan bisnesman dan juge doctor praktis capoeira as part of their life rutin.

Oleh itu, kite telah Nampak bahawa capoeira sekali lagi diiktiraf melalui langkah rebranding oleh Master Bimba dan berkembang dengan pesat sekali di Brazil dan juge seluruh pelusuk dunia sehingga lah penulis sendiri join seni yang unik ini.

Ha,,serba sedikit sejarah capoeira dalam versi penulis sendiri menggunekan ayat yang agak simple sudah. Untuk part yang seterusnye insyaAllah akan menyusul akan datang…sekian wassalam alaikum..(“,)



*snap pic ni mase Malam Pahlawan 2010 UMP,kiri shah ridzuan, aliff syazwan(sy), syeikh muhammad lutfi.. bru lepas kelas ustzh husna dekat ikip 5, pastu trus je rush ke UMP,,huhu..penat tp best..




*Capoeira Ache Brasil Malaysia family yg disayangi....salve sume.. :)

 






Sunday, April 17, 2011

Spring,,Summer,test,final ....


Assalamualaikum wbt, bile dah bertukar musim kebiasaan nye memang macam-macam datang, demam, sakit kepale, batuk , selsema dan macam-macam lagi. Sekarang dah masuk musim bunga, tak lame lagi tibelah musim panasa ataupun istilah arab nya soifi. 
  
Kedua musim ni memang antara musim yang digunekan kebanyakan manusia untuk mengembara melihat ciptaan Allah swt yang begitu indah, dengan warna-warni bungaan dimane-mane saje yang menenangkan hati sesiapa yang melihatnya. Senyuman kan terukir di wajah-wajah insan-insan pengembara ini apabila melihat keindahan alam ini.

Namun begitu lain pula ceritanya dengan penulis yang langsung tak dapat menghadiri kuliah seharian, beginilah nasibnya bila kesihatan tidak dijage dengan elok. Kebetulan esok ada test 2 untuk subjek insurans dan syarikat. semoga diberikan tenaga dan kesihatan yang cukup untuk menghadiri test esok.

Final Exam pun nak dekat dah. Kemungkinan pertengahan bulan mei, sebulan lagi ni tapi persediaan masih tak mantap lagi. Harap dari hari ke hari semakin terisi mase dengan usaha memantapkan persediaan untuk final exam yang akan menjelang tibe nanti.

Defeat 'em so that we can't be defeat by 'em (",)

Wednesday, March 23, 2011

Last Moments of My Life




Last moments of my life.
 Tears in my eyes,
I lay alone on my death bed.
My ears and eyes,
Eagerly waiting for my love ones,
To be by my side.


As death happens to pass by,
Suddenly without any notice,
It is something for which,
I am prepared in the least.
And it happens to sweep everything from my life.


Till now I have taken life so easily,
Never thought of telling anything,
To my dear ones,
Some advice I hold in my heart,
My love and care I hold for them inside.


I want to apologize,
The love of my life,
That even though I held her,
For all the mistakes that others had done,
I hold nothing of that kind in my heart.


Have went through,
All the stages of my life,
The various touching incidents,
And experiences of my life;
I feel happy for everything I had in my life.


Still I don’t feel death came,
At an appropriate time in my life,
Coz so much is left,
To be said and done.
And I keep waiting till my dear ones arrive.


dont worry, its just an expression, will try to hold on and get through this pain..but, if anything happen then, please keep and remember this (",)

tribute to Winnie Angel (16/4/09)

Friday, March 18, 2011

Kariep-Up Bayt Laban



Dihari yang agak kebosanan tanpa aktiviti luar ni kadangkala akan membawa padah kalau hanya beruzlah didalam bilik ditemani hirom*. Disebabkan itulah terpancar satu idea yang agak menyelerakan iaitu Karipap ataupun dengan nama yang agak glamour Kariep-Up Bayt Laban.

Walaupun agak lama dan susah untuk menyiapkan nya, namun dengan segala kudrat yang ada pada kami, dapat kami siapkan hasil kuih buatan kami yang pertama semenjak menjejakkan kaki di Tanah Hijaz ini.

Bahan-bahannya :-


  1. 500 g kentang - dipotong dadu
  2. 300 gm bawang besar - dipotong dadu
  3. 400 gm daging cincang @ daging lembu dipotong dadu kecil
ha,bahan-bahan diatas ni untuk kita buat inti kariep-up bayt laban ni, bawah ni bahan untuk membuat doh karipap..



  1. 500 g tepung gandum
  2. setengah sd besar garam
  3. marjerin.
  4. sebiji telur
  5. setengah cawan ais
  6. air
  7. Minyak
  8.  tepung

dan ini pula bahan-bahan yg perlu ditumbuk bagi hancur atau lumat,emm,mana-mana word yang sesuai la ye..he3

  1. setengah biji bawang besar
  2. 2 ulas bawang merah dan bawang putih
  3. setengah inci halia
  4. setengah sudu besar jintan manis
  5. 3 sudu besar serbuk kari
  6. 2 sudu besar minyak
  7. setengah batang besar kulit kayu manis
  8. 2 sudu gula 
  9. 1 sudu garam 
  10. air
cara-caranya adalah :-

Ini untuk cara-cara nak buat intinya :-

  1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.
  2. Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam. Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang.
  3. Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.


Lepas inti dah siap kena buat doh pulak..ni dia cara-caranya :-



  1. Masukkan tepung dalam mangkuk.
  2. Gaulkan air bersama garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan lepa susu / marjerin / campuran sepertinya atas api kecil hingga berbuih dan tuang rata2 atas tepung tadi.
  3. Gaul lagi hingga jadi serbuk roti. Masukkan sikit2 air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan tambah air bila dah jadi doh. Restkan badan anda 1 jam,he3 sebab nk bg doh tu rest 1 jam juge(jgn salah faham ye).
  4. Bahagikan doh yang dah siap tadi dengan bilangan karipap yang kita nak buat,kalau ikut measurement bahan-bahan tadi, kita boleh buat lebih kurang 50. So, pandai-pandailah bahagikan 
  5. Canai nipis setiap satu ketul  isikan 1 sd besar (kalau suka inti banyak)/ 1 sd the penuh (inti sederhana) .Tutup pastu picitkan untuk cover inti yang dah isi tadi, cover kemas2 jangan bagi bocor kalau tak nanti akan ada masalah waktu kita nk goreng karipap tu.
  6. Goreng terendam atas api perlahan sampailah karipap jadi kuning emas2. 
  7. Angkat dan tos kan,  hidangkan & SIAP.....

Kalau malas nak goreng semua karipap yang dibuat tadi, boleh je nak simpan lama, susun atas dulang dulu pastu letak dalam fridge hingga beku then ambil satu-satu balut plastik sebab  tak bagi melekat, ha, barulah boleh simpan dalam bekas plastik dan letak dalam peti ais.

Alhamdulillah dah siap pun kan, nak menaip dan menceritakan hikayat kariep-up Bayt laban ni pun dah memenatkan badan, bayangkan lah nak siapkan nya, tapi kalau dah semangat dibius pulak dengan kelaparan dan desire kepada karipap ni, siap akhirnya. renung-renungkan dan selamat memasak....(",)



Wednesday, March 16, 2011

I'm Okay,Dont Worry


Kian hari kian menusuk semangat untuk menyerah sahaja diri ini kerana teramat lemah untuk menanggungnya. Tatkala ada yang sedang lena diulit mimpi, ada yang sedang menanggung kepedihan persis pertarungan terakhir yang menentukan hidup dan matinya.

Perlukah perkataan menyerah kalah dan give-up dilahirkan ke dunia ini?. Adakah itu boleh menjadi penyelesaian bagi sesuatu?. Ketakutan untuk menghadapinya terlalu kuat sehinggakan bermacam perkara yang terlintas dalam benak fikiran semata-mata untuk mengelak apa yang bakal atau seharusnya berlaku.

Biarpun apa yang ditanggung terlalu berat dan terlalu lama telah ditanggung, namun tetap juga lemah apabila dibius dengan suntikan ketakutan. Kalaulah berlaku apa-apa, Kalaulah kesakitan itu sukar disembuhkan, kalaulah, kalaulah, bermacam andaian yang kadangkala semakin dibiarkan semakin berkurang semangat dalam hati ini.

TAPI....

Untuk masa yang selalu dibayang dan dirancangkan bersama, untuk orang-orang yang disekeliling yang kadangkala tidak nampak tetapi daripada dalamnya mereka memberi semangat yang diperlukan, untuk keluarga disana, doctor yang selalu mengambil berat walaupun berjauhan. Tawakkal dan perlu berusaha untuk menghadapi dinding itu yang pada zahirnya nampak tinggi dan tebal tetapi dengan semangat dan ikhtiar yang kuat kepadaNya, InsyaAllah akan wujud satu jalan untuk menghadapi rintangan ini seperti wujudnya pintu di dinding yang tebal itu yang memudahkan kita untuk membuka dan melepasi dinding itu.
wish me all the best,i'm okay dont worry (",)

Tuesday, March 15, 2011

Sup Ayam DeSimple Bayt Laban



Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah dah dapat idea nk wat sup ayam dengan simple dan senang dan menjimatkan masa. Dalam malas-malas pun kena la memasak sebab kalau dah lapar sangat resepi yang complicated pun orang boleh buat jadi simple kan. Nasib rumah ni memang tak beli oven, kalau tidak memang boleh jadi Chef Artisan dah ni..

ok,kita terus pada resepi sup ayam special daripada bumi Irbid ni..

Bahan-bahannya :-


  1. Setengah ekor(kuantiti ikut desire anda sendiri). 
  2. 2 biji kentang(dipotong dadu atau ikut suka anda).
  3. satu setengah atau 2 kiub ayam.
  4. daun bawang dan daun sup.
  5. garam secukup rasa.
Cara-caranya adalah :-



  1. rebus ayam dulu lepas boleh tambah lagi air kalau nak banyak sup.
  2. bila ayam dah separuh masak terus masukkan kentang, kiub ayam dan garam secukup rasa tadi.
  3. biarkan,pastu bila ayam n kentang dah empuk boleh la tambahkan daun sup dan daun bawang.
  4. Siap !! 
Ha, kan da siap.senang dan simple je kan..kalau tiba-tiba lapar boleh la cepat-cepat tangkap ayam pastu terus rebus..he2 renung-renungkan dan selamat memasak..(",)