Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak...



Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, hari pertama ramadhan berjalan dengan lancarnya, semoga segala perancangan yang ingin diamalkan pada bulan yang barakah ni akan terlaksana. Bulan ramadhan bukan sahaja satu bulan dimana setiap umat islam tidak makan ataupun minum pada siang hari, bulan ramadhan juga adalah satu medium yang membolehkan setiap umat islam berubah dan belajar mengawal nafsu yang telah bermaharajalela dalam diri mereka. 

Dengan melakukan amal-amal ibadah di bulan yang penuh barakah ini moga-moga kita semua mendapat faedah yang amat berguna untuk menghadapi dugaan dan cabaran yang lebih kuat apabila selesai bulan ramadhan ini nanti. Bagi yang tinggal bersama masyarakat atau kumpulan yang perlukan bimbingan, cubalah untuk sampaikan setakat mana yang anda mampu pada golongan ini, besar pahalanya jika dapat membimbing setiap insan di dunia ini ke jalan yang diredhai Allah swt tambahan pula pada bulan ramadhan al-mubarak ini.

Dan bagi yang memerlukan bimbingan tetapi segan,malu dan takut untuk meminta, janganlah anda takut , janganlah anda segan, janganlah anda malu, kerana semua itu hanya merugikan anda sahaja. Kebanyakan insan di dunia ini terlalu inginkan bimbingan dan tunjuk ajar tetapi mereka seringkali malu untuk menyuarakan dan meminta apa yang mereka inginkan. Rugilah anda semua pada bulan yang penuh barakah ini melainkan anda berusaha bersungguh-sungguh untuk mempelajari dan berubah ke arah yang lebih baik daripada sebelumnya.

Ingatlah, setiap kali kita yang bergelar makhluk Allah swt di dunia ini bernafas dan masih dalam nikmat sebagai umat islam, itulah tandanya Allah swt mengingati kita setiap saat, mana mungkin Allah melupakan makhlukNya di atas muka bumiNya ini kerana jika Allah lupa pada makhlukNya, maka tidak mungkin kita semua masih lagi bernafas, tidak mungkin kita semua masih lagi merasai nikmat islam, tidak mungkin kita merasai nikmat iman.

Oleh itu, percayalah bahawa setiap apa yang kita semua lakukan dengan niat untuk mencari yang lebih baik untuk diri kita sendiri, Allah swt amat menyukainya dan akan membalas segala usaha yang telah kita lakukan. Saya akhiri artikel pada hari yang mulia bulan yang mulia ini dengan wassalamualaikum wbt..salam Ramadhan Al-Mubarak....
                                               

No comments:

Post a Comment