Saturday, March 5, 2011

CaRa-CarA nAk c0ver Malu...(",)

Assalamualaikum wbt,

Diz artikel untuk membawa hari yang ceria kepada Readerz tapi kalau still tak ceria bermaksud kuranglah sense of humor dalam diri kita dan itu adalah satu masalah yang perlu dibanteras dengan segera, bamzah ma'ak..hehe..

Antara cara-cara nak c0ver malu atau insiden yang memalukan :-


1. kalau terjatuh sebab tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian orang ramai... lepas tu baru bangun bila takde orang nampak..

2. kalau terjatuh basikal: cepat2 naik basikal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje2 buat lawak..

3. kalau terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. kalau terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah2 dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan... .

5. kalau terjatuh ketika naik naik bas atau lrt: jeritlah kuat2.."oi! apa tolak2 ni?" walaupun tiada orang di belakang anda... .

6. kalau terjatuh di depan bus stop: terus buat2 pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring trus sampai malam dan takde orang lagi kat bus top tu... haa... ini lah masa sesuai untuk bangun semula... .

7. kalau terjatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan, kekasih (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda seorang je yang dpt malu... ye tak?...


hehe.. =P
Credit to Ustzh Hana nye Fb N0te..(",)


PerginyA ShitA' YanG PertamA

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah still dikurniakan masa untuk memBloggEr. Macam-macam perkara berlaku ketika melalui musim shita' yang lepas, even sekarang ni still kesejukan lagi namun tak lah seperti hari-hari pengakhiran Shita' yang agak membekukan segalanya sehingga terhenti seketika usaha untuk memBlogger ni.

Berakhirnya Shita'ku yang pertama ini yang mempunyai 1001 macam program, pengalaman, aktiviti dan bagai lagi yang kadang-kala memenatkan tetapi keseluruhan nya membawa pengalaman yang menarik dan menyeronokkan.

Jaulah Syria dengan pergi ke Amman antara yang menarik,nak tahu?? j0m3..

Kita mula dengan Jaulah Syria dulu ok. Pada mulanya dah lama plan untuk ke Syria sebab nak beli Berimbau* daripada seorang sahabat yang dikenali di Syria yang juga merupakan antara Instruct0r Capoeira di sana.

Even pada mulanya nak pergi berseorangan c0z bila masuk t0pik Capoeira ni, bukan senang nak libatkan sahabat-sahabat yang tidak pernah tahu menahu tentang seni itu. Tetapi rezeki bila berkenalan dengan seorang sahabat daripada salah satu Universiti di Jordan ni, ada juga yang ingin temankan dan disamping menunaikan hajat diri ketika berjaulah di Syria baru-baru ni, dibawanya ke Maqam-maqam Sahabat-Sahabat Baginda SAW dan juga para-para wali dan juga Ahlul Bait, Alhamdulillah.

Pepatah masyarakat sambil menyelam minum air, disamping gembira dapat memiliki Berimbau yang mana harga pasarannya di Malaysia agak mahal, dapat juga menimba pengalaman dan pengetahuan tentang sejarah sahabat-sahabat Baginda SAW dan tokoh-tokoh Islam yang terdahulu.

Ha, tu secara ringkas tentang Jaulah ke Syria. j0m kita pergi ke cerita disebalik Amman. Apa yang menarik sangat kan sebab Amman Ibu Negara Jordan dan tak pelik lah kalau pergi ke Amman.

Ce citer, ce citer..cerita nya begini, sejak datang nya diri ini ke Semenanjung Tanah Arab ni, sejak itulah usaha mencari network Capoeira giat dijalankan, mencari di Jordan tiada kujumpa, rupanya dikesemua negara jiran yujad fi ha Capoeira, Leish??? kenapa tak wujud langsung Group Capoeira di Jordan ni.

Namun, ia tak mematahkan semangat ku atau dalam istilah Capoeira, Ache, bermaksud semangat yang positif . Disebabkan itu, network diluaskan ke negara-negara yang terdekat seperti Syria, Lubnan, dan Turki, banyak lagi negara arab yang ada tetapi 3 negara ini antara network Capoeira yang paling aktif buat mase ini.

Agak memberikan impak yang positif bila mana berpeluang berjumpa dengan mereka semua, mereka menyambut dengan hati yang terbuka, dan tak banyak masalah dari segi makan dan pergaulan memandangkan komuniti ini berasal daripada masyarakat tempatan juga.

Eh! kenapa takda cerita Amman lagi ni, ok, terus kepada point penting. Salah satu Non-Gonverment Organisation atau NGO yang juga ditubuhkan oleh salah satu group Capoeira dari negara jiran dijemput untuk membuat persembahan dan juga menjalinkan network bersama  NGO di negara ini.

Jadi dengan peluang itu, mereka mempelawa untuk menghadiri bersama persembahan itu yang akan dibuat di Amman, selepas tamatnya kuliah pada jam 2.00petang tepat, diriku terus mengambil teksi ke Mujamma' Amman, dan menaiki coaster terus ke Amman,sampai di Amman kira-kira pukul 4.00 petang dan terus mengambil teksi ke tempat yang bakal dibuat persembahan bersama mereka.

Saat itu juga merupakan kali pertama berjumpa dengan Capoeirista daripada other group yang begitu banyak. Selepas tamatnya persembahan terus menaiki teksi dengan kelaparan yang amat dan meminta ammu teksi menuju ke Mat'am yang paling sedap di Amman.

Berdekatang dengan Bab Syimal Jamiah Urduniah terletak banyak Mat'am yang sedap-sedap semuanya dengan harga yang berbagai. Apabila hilangnya kelaparan yang menikam perut sebelum ini, kaki dikuatkan lagi menuju ke Mujamma' Tabarbur atau lebih dikenali sebagai Mujamma' Syimali.

Terus ittifaq dengan ammu service 2JD terus ke Irbid yang pada mulanya ammu tu menipu meminta 10JD. Nak menipu pun secara logiknya carilah budak-budak yang tak Mumayyiz lagi kan. Itulah perangai Majoriti masyarakat Arab moden ini yang dikelabukan mata mereka dengan duit dan kemewahan yang tidak kekal.

Sesampai di Irbid(rumah) pada jam 10.00 malam bersedia untuk menjalani hari esoknya dengan kuliah-kuliah di Fakulti Syariah. Alhamdulillah. Kalau di Malaysia, macam main ulang alik Kuantan-KL. Memang memenatkan tapi disebalik perjalanan yang memenatkan itu ada pengalaman yang sukar untuk diperolehi oleh orang lain.

Sekian sekadar itu sahaja celoteh dan cerita yang agak merapu pada kali ni.
Jadilah Orang Yang BAIK, Tak Rugi Walaupun Perit.....wassalamualaikum wbt

*Berimbau - sejenis alat muzik yang digunakan dalam Capoeira.

Wednesday, January 26, 2011

Kenapa saya rindu ye??

Salam Alaikum wbt.....

Majoriti makhluk yang bergelar manusia akan menghadapi situasi yang kadang-kadang dirasakan istimewa ataupun sedih iaitu rindu. Macam-macam orang akan mengeluarkan pendapat atau idea masing-masing tentang rindu. Kita semua selalu merindui sesuatu, seseorang dan berbagai-bagai lagi dalam hidup kita dan perasaan itu lah yang mengajar kita untuk menjadi lebih tabah ataupun semakin lemah.

Dalam situasi sebagai pelajar sekarang, tambahan pula keluarga yang tersayang jauh dari mata, rakan-rakan yang dulunya berlatih sama-sama, ada masanya susah untuk mengawal hati daripada tak merindui semua itu namun ujian itu diberikan untuk menguatkan lagi hati ini supaya apa-apa ujian yang mendatang yang pastinya lebih mencabar dan sukar dapat diatasi dengan hati yang tenang dan bersedia.

Dan dalam situasi merindui seseorang apa yang pentingnya diri kita perlu mengawal perasaan itu. Sebenarnya apa sahaja perasaan yang lahir daripada hati kita ini, susah untuk kita menghalangnya, jadi dengan itu perlulah kita kuatkan diri supaya dapat mengawal apa yang kita rasa supaya ianya tidak memberi kesan yang kadang-kadang boleh membawa perkara negatif kepada diri kita samada secara fizikal ataupun mental.

Jika tidak dapat mengawal rindu kepada keluarga, rakan-rakan, saudara-mara yang jauh di sana sehinggakan kita tidak dapat untuk menjalani kehidupan seperti biasa, tak makan dan minum, murung, sehinggakan aura kemurungan itu merebak keseluruh tempat disekelilingnya, mestilah tak baik dan tak elok bagi diri kita. Hatta ada yang dengan senangnya akan jatuh sakit bila dia merasakan dirinya kesunyian.

Apabila dilihat semula tentang situasi perasaan ini, mungkin kita boleh lihat semula situasi ini dalam bentuk 2 pihak. Cubalah kita hargai perasaan itu selagi adanya ia dan mungkin anda tidak merasakan secara terus ataupun secara realnya apa yang dia rasakan, cubalah juga terima apa yang dia rasakan kerana selalunya jika kita hanya terima secara tahu-tahu sahaja masih tidak memadai, dan akan berlaku kepada kita apa yang dia rasakan pada kita bila orang yang selalu memberi itu dah tiada.

Mungkin dan selalunya kita akan menghargai apa yang telah ada pada kita tetapi ianya sudah tiada pada kita sekarang. i've seen the third shooting stars,its so shining, em is it my time now but...always pray it is not..


.....(",)

Monday, December 6, 2010

Peng0rbaNan @ PenyesAlan..

Assalamualaikum wbt,

Salam Maal Hijrah buat semua sahabat yang dikenali. Dah lama tak post artikel disebabkan macam-macam perkara yang berlaku yang telah memberi efek kepada kotak pemikiran ini untuk melahirkan idea-idea untuk menulis. Alhamdulillah masih diberi rahmah,inayah dan nikmat iman dan islam daripada Allah swt untuk menulis artikel yang selalunya ditulis untuk meluahkan isi hati dan juga pengalaman hidup ini sebagai hamba yang kerdil lagi hina di sisi Allah pencipta yang Esa.

Diantara penyesalan dan pengorbanan, apakah yang sepatutnya kita semua lakukan terhadap kedua perkara yang perlu ditempuhi bagi setiap insan yang lemah di dunia ini?. kita semua masih lagi menghadapi kehidupan dan tentunya masih lagi menghadapi cabaran,dugaan, hasutan dan pelbagai lagi perkara yang sukar dan barangkali ada istilah yang tidak pernah kita semua dengar akan wujud dan menjadi satu jenis cabaran dan halangan bentuk baru pada zaman yang akan datang.

Kita bermula dengan penyesalan. Kemungkinan masih wujud insan yang tidak pernah menghadapi saat-saat penyesalan dalam hidupnya, tetapi itulah yang biasa berlaku dalam hidup sebagai seorang manusia atau lebih tepat sebagai hamba Allah swt yang tentunya kita semua ini hanyalah hamba yang amat kerdil dan amatlah hina. Kita sering melakukan kesilapan,sering melakukan dosa, sering melanggar laranganNya namun kita masih hidup sampai ke saat ini dan untuk apa sebenarnya. Jika difikirkan pada undang-undang ciptaan manusia, dengan kesilapan yang besar sekali, barangkali boleh membawa kematian. Dan cuba kita semua renungkan dosa-dosa yang telah dilakukan, yang kecil hingga la sebesar yang pernah diterangkan dalam mana-mana dalil sebagai laranganNya yang tegas.

Jika kita masih hidup dan telah maklum bahawa diri kita yang lemah ini pernah membuat kesilapan,dosa,kejahatan dan kalimah-kalimah yang sewaktu dengannya, kenapa kita masih hidup sedangkan kanun manusia dilanggar sekali membawa kematian, kanun Allah swt yang Maha Besar dan Maha Agong dilanggar sekali bahkan berjuta kali masih lagi kita bernafas dengan oksigen yang dicipta oleh Allah swt dan sudah tentunya kepunyaan Allah swt.

Kekuasaan Allah swt itulah yang sepatutnya diterapkan dalam kehidupan seharian sebagai muslim dan bukan kekuasaan manusia. Kenapa tidak Allah swt menghukum terus kita yang telah melakukan dosa kepadaNya, dan kenapa masih kita hidup sebagai seorang manusia lagi di dunia ini?, kerana Allah swt Maha Pengampun. Allah swt akan mengampunkan dosa hambaNya yang tulus meminta ampun dan taubat kepadaNya selagi mana diiringi dengan penyesalan dan kesungguhan.

fikir-fikirkanlah disertai dengan zikir padaNya. insyaAllah sambungan madah kali ini akan disusuli tak lama lagi dan sekian wassalam alaikum wbt.

Thursday, September 9, 2010

Perginya Ramadhan Al-Kareem..



Assalamualaikum wbt,

MasyaAllah, sudah hampir sebulan kita semua melalui Madrasah Ramadhan. Apakah yang telah kita pelajari, hayati dan fahami sepanjang berada dalam bulan yang penuh barakah ini? . Berlalunya ia sekali lagi dalam roda kehidupan kita dan kita tangisinya lagi untuk beberapa ketika  dan berdoa semoga bertemu kembali pada tahun akan datang tetapi, adakah semua perbuatan kita itu memberi kesan keatas diri kita dan juga ibadah kita kepadaNya? . Persoalan yang perlu direnungkan oleh setiap insan yang bergelar muslim. 

Bulan Ramadhan banyak memberi kesan yang positif pada masyarakat dari segi perbuatan dan aktiviti semasa di dalamnya. Namun begitu, bulan Ramadhan tidak cukup hanya dengan menjadi seorang yang baik hati, seorang yang penyabar, seorang yang dermawan dan apa-apa sahaja walhal pada bulan yang lain amat ketara sekali perbezaan jika dibandingkan dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan pada bulan Ramadhan. Alangkah ruginya bagi sesiapa yang melakukan perkara yang sedemikian, menjadi seorang yang melakukan ibadah siang dan malam pada bulan Ramadhan tetapi menjadi seorang yang miskin dalam melakukan ibadah-ibadah pada bulan-bulan yang lain.

Susah untuk seseorang itu berubah dari segi ibadahnya kepada Allah swt. Salah satu faktor yang akan menambahkan kesedaran kepada seseorang tentang pentingnya ibadah tidak kira yang fardhu ataupun yang sunat adalah usia. Dengan usia yang sudah menjangkau 30 tahun dan keatas seseorang itu akan mule menyedari tentang betapa berharganya masa yang telah dia rugikan pada zaman remaja dahulu dan akan cuba untuk memenuhi waktu-waktu ibadah yang telah diwajibkan dan berazam untuk tidak meninggalkannya lagi. Alhamdulillah kerana diberikan lagi rezeki usia yang panjang, sempat untuk bertaubat dan beribadah kepada Allah swt, namun, bagaimana pula bagi yang tidak mempunyai kesedaran langsung.?. fikirlah, fahamilah, hayatilah kenapa kita dilahirkan di muka bumi Allah swt ini. 

Kita semua diberikan kesempatan melalui Madrasah Ramadhan Mubarak dengan tujuan untuk menjadikan taqwa kita kepadaNya melebihi segala-galanya di dunia ini. Tidak ada yang lebih berkuasa selain daripada Allah swt. Tetapkanlah hati kita padaNya dalam apa jua yang kita lakukan dan yang kita impikan. Moga apa yang kita perolehi daripada perbuatan dan cita-cita kita semuanya di dalam barakahNya.

Janganlah muak dalam melakukan ibadah kepadaNya, janganlah hanya pentingkan pada ganjaran yang akan diperolehi, kerana jika setiap ibadah yang kita lakukan hanya keranaNya, lebih bermanfaat bagi kita sebagai hambaNya daripada kita hiraukan tentang ganjaran-ganjaran itu. Teruskanlah, teruskanlah aktiviti ibadah kita semua. Berdoalah agar Ramadhan Al-Mubarak yang akan datang akan kita ketemu lagi..ameen..insyaAllah..

Monday, August 23, 2010

Siapa Dulu..??

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, kini telah memasuki fasa Ramadhan yang kedua. Apakah yang kita semua dapat setelah melalui fasa yang pertama yang baru sahaja meninggalkan kita?, dan belum pasti akan ketemu lagi dengan fasa pertama Ramadhan Mubarak ini. Muhasabah, satu saat dan akhlak yang sentiasa memberi manfaat dan faedah yang amat berguna bagi setiap manusia yang hidup di dunia ini. Dengan Muhasabah barulah kita dapat menilai sekadar mana ibadah yang kita lakukan,sekadar mana usaha yang kita curahkan untuk menuju Ilahi. Semoga sahabat-sahabat dapat meneruskan lagi usaha anda dalam menghadapi kehidupan dalam Universiti Ramadhan ini.

Siapa agaknya yang kita dahulukan dalam kehidupan seharian kita.?? Ibubapa, Buddy, Jiran, Kekasih, Adik, Abang atau Kakak. Setiap kali bila kita ingin ke sekolah atau kolej, namun kekurangan duit saku memaksa kita untuk berhadapan dengan Ayah. "Abah, abah sihat hari ni?dah makan?macam mana kerja semalam?hari ni kerja pukul berape?" berdozen soalan yang dikemukakan oleh anak kepada ayahnya. "em..awak nak pergi mane?berape duit belanje nak?" Balas si ayahnya. Perkataan yang senang untuk kita gambarkan situasi anak ini adalah "terkantoi" sudah. Situasi yang selalu dilakukan seorang anak untuk membodek ayahnya atas sebab untuk meminta duit saku atau duit belanja. Dan dimana situasi ini juga amatlah difahami dan dapat diramal oleh setiap ayah didunia ini. Berdasarkan situasi tadi, Ayah kita pun akan memahami apa yang tersirat disebalik kelakuan anaknya itu. Situasi yang agak melucukan ini sering berlaku dan dilakukan oleh seorang anak kepada ayahnya. Bermacam-macam cara yang akan digunakan oleh seorang anak semata-mata untuk mendapatkan buit belanja daripada ayahnya. Namun begitu ayah yang telah melalui pelbagai ragam dan perangai daripada anak-anaknya tetap akan memahami maksud yang tersirat disebalik setiap apa yang anak-anaknya lakukan.

Walaupun begitu, tidak pernah kah kita semua berfikir sejenak dengan siapa kita perlu minta dahulu?. Bila diminta untuk berfikir sejenak, pada pendapat saya, jawapan yang akan timbul mestilah berdasarkan iman dan situasi kita sebagai hamba Allah swt di muka bumi ini. Alangkah bagusnya jika setiap apa yang kita mahu,ingin atau idamkan dalam kehidupan seharian kita ini kita berdoa kepada Allah swt atau dalam erti kata lain kita minta kepada Allah swt dahulu. Bahkan walau sekecil-kecil permintaan pun tidak salah untuk kita berdoa dan minta kepada Allah swt kerana setiap apa yang ingin kita lakukan mestilah dengan izin Allah, kalau Allah tidak mengizinkan sesuatu itu, maka tidak akan berlaku. Apalah salahnya jika kita meminta dengan Allah swt, insyaAllah, Allah swt amat menyukai hambaNya yang selalu bergantung kepadaNya setiap saat dan ketika.

"aku rase macam nak makan kuih seri muka dengan kek coklat la untuk buke puase nanti, ya Allah, hambaMu ini teringin sangat nak makan kuih seri muka dengan kek coklat buke puase nanti, Kau kabulkanlah permintaan hambaMu ini". Seremeh-remeh perkara pun tidak salah untuk meminta dan berdoa selagi tidak melanggar batas dan hukum syara'. Walaupun kita dapat jangka yang kita akan dapat 50sen jika diminta daripada Ayah, namun tidak salah jika kita dahulukan berdoa meminta kepada Allah swt. Jika setiap apa yang kita inginkan kita dahulu kan dengan berdoa meminta kepada Allah swt, MasyaAllah, alangkah tenangnya hati dan kehidupan kita sebagai hamba Allah kerana setiap apa yang kita mahu lakukan mesti kita dahulukan meminta kepada Allah swt.

Hidup kita sebagai hambaNya mestilah disaluti dengan ingatan kepadaNya, kerana tujuan manusia dijadikan di atas muka bumi ini tidak lain tidak bukan hanyalah untukNya, bukanlah untuk menjadi orang yang paling kuat, bukan untuk menjadi orang yang paling masyhur atau bukan untuk jadi orang yang paling kaya. Cubalah, untuk memahami kenapa kita dilahirkan di dunia ini dan cubalah untuk selalu ingat pada Allah swt setiap saat dan ketika tidak kira apa sahaja yang kita lakukan dan dimana sahaja kita berada. Diharapkan artikel pada kali ini dapat memberi kesedaran kepada penulis sendiri dan sahabat-sahabat pembaca. Allah swt tujuan kita, dan kepada Allah swt akan kita kembali. 

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak...



Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, hari pertama ramadhan berjalan dengan lancarnya, semoga segala perancangan yang ingin diamalkan pada bulan yang barakah ni akan terlaksana. Bulan ramadhan bukan sahaja satu bulan dimana setiap umat islam tidak makan ataupun minum pada siang hari, bulan ramadhan juga adalah satu medium yang membolehkan setiap umat islam berubah dan belajar mengawal nafsu yang telah bermaharajalela dalam diri mereka. 

Dengan melakukan amal-amal ibadah di bulan yang penuh barakah ini moga-moga kita semua mendapat faedah yang amat berguna untuk menghadapi dugaan dan cabaran yang lebih kuat apabila selesai bulan ramadhan ini nanti. Bagi yang tinggal bersama masyarakat atau kumpulan yang perlukan bimbingan, cubalah untuk sampaikan setakat mana yang anda mampu pada golongan ini, besar pahalanya jika dapat membimbing setiap insan di dunia ini ke jalan yang diredhai Allah swt tambahan pula pada bulan ramadhan al-mubarak ini.

Dan bagi yang memerlukan bimbingan tetapi segan,malu dan takut untuk meminta, janganlah anda takut , janganlah anda segan, janganlah anda malu, kerana semua itu hanya merugikan anda sahaja. Kebanyakan insan di dunia ini terlalu inginkan bimbingan dan tunjuk ajar tetapi mereka seringkali malu untuk menyuarakan dan meminta apa yang mereka inginkan. Rugilah anda semua pada bulan yang penuh barakah ini melainkan anda berusaha bersungguh-sungguh untuk mempelajari dan berubah ke arah yang lebih baik daripada sebelumnya.

Ingatlah, setiap kali kita yang bergelar makhluk Allah swt di dunia ini bernafas dan masih dalam nikmat sebagai umat islam, itulah tandanya Allah swt mengingati kita setiap saat, mana mungkin Allah melupakan makhlukNya di atas muka bumiNya ini kerana jika Allah lupa pada makhlukNya, maka tidak mungkin kita semua masih lagi bernafas, tidak mungkin kita semua masih lagi merasai nikmat islam, tidak mungkin kita merasai nikmat iman.

Oleh itu, percayalah bahawa setiap apa yang kita semua lakukan dengan niat untuk mencari yang lebih baik untuk diri kita sendiri, Allah swt amat menyukainya dan akan membalas segala usaha yang telah kita lakukan. Saya akhiri artikel pada hari yang mulia bulan yang mulia ini dengan wassalamualaikum wbt..salam Ramadhan Al-Mubarak....