Saturday, October 17, 2009

The TraVeLLer @ al FaRIsi (siri6)

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah sudah masuk minggu ke3 sem3 tahun ni..mungkin sebab itu jarang layari internet yang serba canggih sekarang ini. Kepada pembaca yang setia membaca kisah Salman Al-Farisi ini saya minta maaf kerana terhenti buat seketika..insyaAllah kita ikuti sambungannya kali ini..

Ini hadiah penghormatanku

Salman pulang meninggalkan Baginda untuk mengumpulkan sesuatu. Rasulullah saw pun berpindah ke Madinah. Kemudian pada suatu hari, Salman pergi mengunjungi Baginda sambil berkata,'Aku memperhatikanmu tidak makan pemberian berupa sedekah, sedangkan ini merupakan hadiah sebagai penghormatanku kepada engkau.'

Kemudian Rasulullah saw pun makan sebahagian daripada hadiah pemberian Salman dan memerintahkan para sahabat untuk memakannya, mereka pun makan hadiah Salman itu. Salman berkata dalam hati, "Inilah tanda kenabian yang kedua".

Melihat tanda kenabian

Selanjutnya Salman berjumpa Baginda saw ketika Baginda berada di perkuburan Baqi' al-Gharqad. Baginda sedang menghantarkan jenazah salah seorang sahabat. Baginda mengenakan dua lembar kain, ketika itu Baginda sedang duduk di antara para sahabat, Salman mengucapkan salam kepada Baginda. Kemudian Salman berpusing memerhatikan belakang Baginda, adakah Salman akan melihat tanda yang disebutkan sifulan kepadanya.

Pada masa Rasulullah saw melihat Salman sedang meperhatikan belakang Baginda, Baginda mengetahui bahawa Salman sedang mencari penjelasan tentang sesuatu ciri kenabian yang disebutkan salah seorang kawannya. Kemudian Baginda melepaskan kain selendang Baginda dari belakangnya, lantas Salman dapat melihat tanda kenabian dan Salman yakin bahawa Baginda ialah seorang Nabi. Maka Salman meniarap dihadapan Baginda dan memeluknya seraya menangis.

Salman bebas ditebus Rasulullah SAW

Rasulullah saw bersabda kepada Salman,'Datanglah ke mari.' Maka Salman pun datang dan menceritakan perihal keadaannya kepada Baginda sebagaimana yang Salman ceritakan pada Ibn Abbas. Kemudian para sahabat taajub ketika mendengar cerita perjalanan hidupnya itu.

Salman sibuk berkerja sebagai seorang hamba. Dan inilah yang menyebabkan Salman tidak dapat menyertai perang Badar dan Uhud. "Pada suatu hari, Rasulullah saw bersabda kepadanya,'Mintalah kepada majikanmu untuk dibebaskan, wahai Salman!' Maka majikannya bersetuju membebaskan Salman dengan tebusan 300 pohon kurma yang harus aku tanam untuknya dan 40 uqiyah(emas).


Setelah menghadapi pelbagai rintangan akhirnya Salman dibebaskan oleh majikannya. Alhamdulillah,segala apa yang telah diusahakan telah menolongnya. Kita juga sebagai muslim harus mendidik hati kita supaya kuat dan tabah melalui dugaan dan cabaran yang datang daripada ALLAH. Semoga siri kali ini memberi banyak informasi dan tauladan kepada sesiapa sahaja. Kita bertemu lagi pada siri yang akan datang yang juga siri yang terakhir bagi kisah The Traveller @ al FaRisi..
Assalamualaikum wbt.....


No comments:

Post a Comment