Monday, March 14, 2011

Ceritaku..



Kurehatkan diri di atas tilam kecil yang dihamparkan di atas lantai. Pada awal kedatangan ke bumi ini nyenyak untukku melelapkan mata diatas katil yang merupakan katil yang pertama dibeli hanya untuk diri ini. Sudah bagiku tidur diatas lantai kerana bimbang jatuh daripada katil tatkala sedang nyenyak tidur.

Shita' sudah hampir tamat ceritanya dan kian nampak bayang Robi' dengan kehadiran bunga-bunga dan kehijauan bumi Hijaz ini. Termenungku keseorangan memikirkan apa yang sepatutnya aku lakukan sekarang. Kubiarkan kepenatan badan menguasai diri ini dan teruskan lamunan sambil melayan demam dan sakit yang hampir berkurang berbanding hari semalamnya.

Tiba-tiba terimbas kembali nasihat ustaz semasa dibangku sekolah dahulu. Nasihat itu diberikan kepadaku kerana pada mulanya aku tertanya kenapa ustaz sering membiarkan zaujahnya memandu sendirian, pergi kesekolah, kadangkala pergi ke pasar dan sebagainya, seumpama ustaz seperti tidak mahu korbankan masanya untuk melakukan semuanya itu untuk orang yang disayanginya.

Persoalan itu selalu juga bermain diminda walaupun pada masa itu perkara seperti itu tidaklah penting buatku untuk ambil cakna. Namun kerana ustaz dan zaujahnya berada dalam fatrah awal kehidupan bersama aku dengan berani bertanyakan hal itu. "fatrah awal penting kerana enta kena ajar zaujah enta segala-galanya. Ambil lesen kereta, lesen motor, pandu kereta malam hari, pandu kereta di highway, berurusan seperti bayar bil, tahu jalan-jalan sekitar tempat tinggal, dan last sekali kene ajar dia jadi kuat dan tabah dalam dan luar."

Terfikir sejenak kenapa perlu semua itu. Belum sempat untuk kubertanya ustaz menambah," ana tak tahu bila ajal ana tiba, ana tak nak tinggalkan zaujah ana dalam keadaan dia merasakan dia hilang tempat untuk bergantung segala-galanya, ana nak dia menjadi seorang zaujah yang kuat dan tabah walaupun kelak ajal ana sampai dahulu sebelumnya. Ana sendiri pernah beritahu kenapa ana mintak dia buat macam-macam, dan zaujah ana sedih, tapi ana terangkan semula bahawa ajal maut ditangan Allah swt, even pada fatrah awal kami hidup bersama pun boleh berlaku, jadi penting untuk kita yang akan menjadi bakal suami melihat kehidupan daripada sudut pandang itu."

Kadangkala aku membayangkan dan ingin merancang kehidupan seperti itu. Kata ustaz, bukanlah kita terus menerus membiarkan seorang yang bernama isteri melakukan semua perkara dengan niat untuk menjadikan dia seorang yang kuat, kita perlu menjaganya dengan sebaik mungkin selagi belum sampai waktunya lagi. Sayanginya, pimpinnya, kerana seorang lelaki yang bernama suami tidak akan dapat survive tanpa isterinya. Maksudnya, tanpa isteri mana mungkin seorang lelaki boleh menjadi suami.

Pernah kuceritakan hal ini kepada ibu. Bila sampai masanya untuk ku memulakan kehidupan didalam institusi keluarga, pada fatrah awalnya aku ingin memastikan lesen keretanya didaftarkan kalau masih belum mempunyai lesen. Aku ingin mengajarnya untuk menghadapi urusan-urusan yang kadangkala sukar tetapi penting dan bermanfat buatnya. Inginkan dirinya tabah dan kuat untuk menghadapi hari-hari yang lebih mencabar. 

Apabila memikirkan tentang masa untuk diri ini. Sempat ataupun tidak tidak ada sesiapa yang tahu. Namun jikalau sampai waktu itu mungkin pesanan ini khas buat insan yang bakal menemani diri ini nanti. Ketahuilah bahawa kita tidak akan tahu tentang apa yang berlaku pada saat yang akan datang. Diri ini selalu mencuba untuk menjadi seorang pelindung umpama bumbung rumah yang sentiasa teguh walaupun rumah itu sudah berusia ratusan tahun. 

Dan bumbung ini akan terus teguh untuk memulakan perjuangannya menjadi pelindung walau saat ini petir saban hari menyambar, bumbung ini akan terus kuat untuk hari yang bakal tiba itu. Walau hampir roboh namun bumbung ini akan terus mencuba untuk meneruskan wataknya sebagai pelindung itu.

now,it always hurt me but..im okay dont worry (",)

No comments:

Post a Comment