Friday, July 17, 2009

PenGAruH mEdIA MaSsA terhadap masyarakat...

assalamualaikum,,,

Zaman berlalu dengan cepat dan singkat sehingga perkembangan media massa menjadi begitu pesat terutama dinegara kita. Namun,apakah perkembangan yang pesat dan rancak ini memberi banyak faedah kepada masyarakat dalam mengetahui isu2 semasa tentang perkembangan politik, sosial, kewangan dan sebagainya?,,

Inilah satu persoalan yang sering ditimbulkan pelbagai pihak. Kalau kita lihat, media massa memainkan peranan yang begitu penting disamping membantu dalam membangunkan peranan modal insan dalam masyarakat. Salah satu punca persoalan tentang media massa timbul kerana situasi dinegara ini yang mempunyai pelbagai pihak yang mempunyai perbezaan pendapat dari segi matlamat perjuangan masing-masing. Kadang-kadang saya berfikir adakah semua ini boleh menjamin pencapaian yang gemilang dalam masyarakat yang berbilang kaum ini kerana begitu banyak berita yang disampaikan kepada masyarakat yang tidak memenuhi syarat sebagai berita kepada masyarakat yang berbilang kaum ini. Khabar angin, fitnah, berita yang tidak berasas, dan juga cerita2 rekaan yang tidak berasas ini hanya merobohkan lagi semangat kesatuan dan perpaduan diantara rakyat.

Adakah ini yang hendak dicapai setelah sekian lama pejuang-pejuang tanah air berjuang mati-matian untuk mengembalikan kemerdekaan negara ini daripada penjajah? Semestinya tidak bukan, daripada kecil lagi kita sudah diajar supaya memanfaatkan peluang yang ada, tetapi keadaan masyarakat terutama generasi muda sekarang, seperti mensia-siakan pelbagai peluang untuk memajukan diri. Cuba kita fikir, mesti pejuang-pejuang tanah air yang dahulunya mati untuk melindungi tanah air ini sedih dan marah melihatkan kerosakan dan keruntuhan moral anak-anak muda yang telah dipengaruhi oleh media-media hiburan yang terlalu banyak disiarkan kini.

Fitnah diserapkan melalui rancangan yang berunsurkan gosip, pendedahan aurat diserap melalui rancangan yang berunsurkan fesyen dan hiburan dan sebagainya. Manusia terlalu gembira menjalani hidup dimuka bumi ini tanpa memikirkan tentang Tuan kepada dunia ini yang sering memerhati. Apakah yang ingin dicapai oleh media massa?? adakah keuntungan semata-mata, ataupun sememangya tujuan mereka adalah untuk menghancurkan perpaduan masyarakat berdasarkan berita-berita yang tidak berasas yang menelagahkan lagi antara kaum-kaum yang berlainan.

Cukup besar dan pentingnya peranan media massa dalam memastikan keharmonian negara supaya terus terjaga. Salah satu cadangan yang dikemukakan, penyiaran sesuatu berita mestilah memenuhi syarat-syarat yang memastikan berita yang disampaikan bukan berunsurkan tembak-menembak antara beberapa pihak, fitnah, dan juga khabar angin. Kita tidak semestinya menerima terus berita yang disampaikan kepada kita tanpa mengetahui latar belakang berita tersebut dan juga puncanya. Dengan mengambil kira ciri-ciri yang perlu ada dalam setiap berita, barulah setiap berita yang disampaikan itu sesuai untuk masyarakat dan juga tidak mempunyai sebarang unsur negatif.

Akhir kata, kepentingan dalam mengetahui berita tentang keadaan dinegara kita adalah penting, namun, jangan jadikan kepentingan itu sebagai tempat untuk kita merujuk dalam mengetahui sesetengah maklumat. Terimalah berita yang berunsurkan kebenaran dan mempunyai matlamat perpaduan supaya kita tidak terus dibayangi perkara-perkara negatif oleh sesetengah manusia yang bersifat `batu api`..sekian wassalam

No comments:

Post a Comment