Kenapa saya memilih alfarisi sebagai gelaran saya dalam blog ini,,dan,apakah perkaitan yang saya mahu tunjukkan diantara blog the traveller ini dengan gelaran alfarisi.Sebenarnya saya memilih gelaran ini sempena nama Salman Al-Farisi, dan ia juga sedikit sebanyak berkait rapat dengan The Traveller ataupun dalam erti kata lainnya,pengembara..
Jadi, kali ini saya akan menceritakan apakah sebenarnya cerita disebalik tokoh yang bernama Salman Al-Farisi dan hubungkaitnya dengan The Traveller..
Disini juga saya sertakan sebuah hadis yang menceritakan tentang Salman Al-Farisi dan bagaimana beliau menganuti islam,,
Daripada Abdullah bin Abbas r.a. berkata," Salman al-farisi menceritakan daripada mulutnya sendiri kepadaku. Dia berkata: 'Aku seorang lelaki parsi berasal dari Isfahan, penduduk suatu desa bernama Jai. Ayahku ialah seorang tokoh masyarakat yang pakar dalam pertanian. Aku ialah anak yang paling disayangi ayahku. Kerana sangat sayang kepadaku, aku tidak dibenarkan keluar rumah, aku tidak dibenarkan keluar rumah, aku diminta senantiasa berada di samping pengasuh, aku dilayan seperti seorang kanak-kanak.
Salman AL-Farisi,,,,,
Aku dilahirkan dalam keluarga majusi, sehingga aku membesar sebagai penjaga api yang bertanggungjawab untuk menyalakan api dan tidak membiarkannya padam.
Ayahku memiliki tanah yang luas. Pada suatu hari beliau sibuk mengurus bangunannya. Beliau berkata kepadaku,'Wahai anakku, hari ini aku sibuk di bangunan, aku tidak sempat megurus tanah, cubalah engkau pergi ke sana.' Beliau menyuruhku melakukan beberapa perkara yang harus diselesaikan.
Kagum dengan ibadat kaum Nasrani,,,
Aku keluar menuju tanah ayahku. Dalam perjalanan aku melalui sebuah gereja Nasrani. Aku mendengar suara mereka yang sedang beribadat dengan cara mereka. Aku sendiri tidak mengerti mengapa ayahku melarang aku keluar rumah.
Tatkala aku melalui gereja mereka, aku mendengar suara mereka beribadat maka aku masuk ke dalam gereja itu untuk mengetahuiapa yang sedang mereka lakukan??
Begitu aku melihat mereka, aku kagum dengan peribadatan mereka, dan aku ingin mengetahui ibadat mereka. Aku berkata dalam hati :' Demi Allah, ini lebih baik daripada agama yang aku anut selama ini. Demi Allah, aku tidak berganjak daripada mereka sehingga matahari terbenam. Aku tidak jadi pergi ke tanah milik ayahku.' Aku bertanya kepada mereka,'Darimana asal usul agama ini?' Mereka menjawab: Dari Syam (Syria).'
Kita ikuti sambungan kisah ini dalam siri ke2,,,insyaALLAH,,,
No comments:
Post a Comment