assalamualaikum,,
InsyaAllah kali ini saya nak sampaikan sebuah hadis berkenaan dengan topik yang jarang dibincangkan iaitu tawasul,,untuk membaca penerangannya secara ringkas anda boleh lawati laman blog sahabat saya(http://nako17.blogspot.com)
Hadis ini juga adalah dalil yang sahih untuk tawasul yang disepakati iaitu bertawasul dengan amal soleh...jom kita lihat mafhum hadis ini :-
Daripada Abu Abdurrahman, Abdullah bin Umar bin Khattab r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:"Dahulu sebelum kamu, ada tiga orang berjalan-jalan kemudian mereka pergi ke sebuah gua untuk berteduh, maka mereka pun masuk kedalamnya.Kemudian tiba-tiba ada batu dari atas bukit yang bergolek dan menutup pintu gua itu sehingga mereka tidak dapat keluar.
Salah seorang daripada mereka berkata:'Sesungguhnya tidak ada yang dapat menyelamatkan kamu sekalian daripada bencana ini kecuali apabila kamu sekalian berdoa kepada ALLAH s.w.t. denagn menyebut amalan-amalan soleh yang pernah kamu lakukan.'
Kasihkan ibu bapa
Salah seorang antara mereka telah berdoa.'wahai ALLAH, saya mempunyai ayah dan ibu yang sangat tua.Saya biasa memberi minuman susu kepada kedua-duanya dahulu, sebelum saya memberikan kepada keluarga dan anak-anak saya.Pada suatu hari saya terlambat pulang daripada mencari kayu dan saya dapati kedua-duanya telah tidur.Saya terus memerah susu untuk minuman mereka.Kerana saya mendapati mereka berdua telah tidur maka saya tidak mahu membangunkan mereka.Kemudian saya berjanji tidak akan memberi minum susu itu sama ada kepada keluarga mahupun kepada anak-anak sebelum saya memberi minum kepada ayah dan bonda.
'Saya menunggu ayah dan bonda hingga terbit fajar barulah kedua-duanya bangun sementara anak-anak menangis, mereka datang kepadaku. Setelah mereka bangun, kuberikan minuman susu kepada kedua-duanya. Wahai ALLAH, jika saya berbuat seperti itu kerana mengharapkan wajah-Mu maka gerakkanlah batu yang menutupi gua ini.'Maka bergeraklah sedikit batu itu tetapi masih lagi belum membolehkan mereka keluar dari gua tersebut.
Kutolak zina
Orang yang kedua pula merayu kepada ALLAH s.w.t. dengan bermunajat.'Wahai ALLAH,sesungguhnya saya mempunyai saudara sepupu perempuan yang saya cintai, kemudian saya selalu memujuknya unutk melakukan zina tetapi dia selalu menolaknya. Selang beberapa tahun dia ditimpa kesusahan menyebabkan dia datang kepada saya meminta bantuan.Lalu saya memberikan kepadanya 120 dinar,dengan syarat dia mahu berzina dengan saya.Kali ini, dia pun berada dalam keadaan terdesak menyebabkan dia pun bersetuju.
Ketika kami hampir melakukan perbuatan yang hina itu dalam keadaan saya berada di antara kedua-dua kakinya dia berkata:'Takutlah kamu kepada ALLAH dan jangan kamu robek selaput daraku kecuali dengan cara yang benar.' Kemudian saya meninggalkanya, padahal dia seorang yang saya sangat cintai dan saya telah meredhakan bantuan yang saya berikan kepadanya. Wahai ALLAH, jika saya berbuat seperti itu kerana mengharapkan redha-Mu, gerakkanlah batu yang menutupi gua ini.'Maka, bergeraklah batu itu lagi sedikit tetapi mereka masih belum dapat melepaskan diri keluar dari gua itu.
Gaji kamu seluruh harta ini
Orang yanhg ketiga juga berdoa.'Wahai ALLAH, saya menggaji beberapa orang pekerja dan semuanya saya bayar gaji mereka dengan sempurna kecuali ada seorang yang menghilangkan dirinya, meninggalkan saya dan tidak mengambil gajinya terlebih dahulu. Kemudian gaji itu saya laburkan dalam perniagaan sehingga menjadi banyak. Selang beberapa lama, dia datang dan berkata:'Wahai hamba ALLAH, berikanlah gaji saya yang dulu itu.' Saya berkata:'Semua yang kamu lihat itu baik unta, lembu, kambing termasuk budak yang mengembalakannya ialah gajimu.'
Dia berkata,'Wahai hamba ALLAH, janganlah engkau mempermainkan saya.' Saya menjawab,' Saya tidak mempermainkan kamu.' Kemudian dia pun mengambil semuanya dengan tidak meninggalkan sisa sedikit pun.'Wahai ALLAH, jika saya berbuat itu kerana mengharap redha-Mu, maka gerakkanlah batu itu.' Akhirnya batu itu bergerak dan mereka dapat keluar dari dalam gua."
*riwayat al-bukhari,no 2272; muslim,no 2743; ahmad, 2/116.
MasyaALLAH,,begitulah cerita yang berlaku kepada ketiga-tiga orang didalam mafhum hadis itu tadi.Mereka menjalinkan hubungan dengan ALLAH dengan cara yang disyariatkan iaitu dengan amal soleh.Kisah orang yang pertama memberi pengajaran kepada kita semua supaya berbakti kepada kedua orang tua walaupun sudah berumah tangga,terutamanya kepada kaum muslimin.kisah orang yang kedua pula hendaklah kita menjauhi maksiat kerana itu hanya mengundang dosa kepada.Dan kisah orang yng terakhir pula,sebagai muslim,kita perlulah bertanggungjawab menjalankan amanah yang diberikan dan juga sentiasa berlapang dada dalm urusan pergaulan dengan orang lain..
InsyaALLAH,,kisah ini sedikit sebanyak dapat memberikan input yang bermanfaat..sekian wassalam,,,,
No comments:
Post a Comment