Monday, February 15, 2010

~mY FaMiLy~eng version

Some people said that when we have many friend, it can cheer up our life and others said that the more friends the more problem. It depends on anyone, what they want to say and what they want to state about it, because in my observation, a family like relationship thats built from friends can change from just a friend to best friend and from just a friendship to brotherhood. There are many differences between friend and bestfriend and also between friendship and brotherhood. If we were about to make a choice, we will chose to have bestfriend rather than friend and brotherhood rather than friendship,why?? everyone has their own reason..

Other than our own family like mom,dad and all of our brothers and sisters, we also need other 'family' from our friends, teachers, coaches and and many more. Last but not least, a friendship can last an eternal if we learn loved n care for one another. This is the key that we need to do.
and search for . WHATS GONNA WORK??..TEAMWORK!!~wonderpets~

p/s: the picture above was taken after we training..alunos Capoeira Ache Brasil Malaysia Academy with our coach Instrutor Ligerinho..i really appreciate and love being in this special 'family'...ACHE'..

~mY FaMiLy~

Ada orang kata bila kita mempunyai banyak kawan, hidup kita akan ceria tapi ada juga yang kata lagi banyak kawan makin bertambah masalah. Terpulanglah pada sesiapa yang mahu membuat andaian dan pendapat masing-masing kerana hubungan kekeluargaan yang terbina daripada kawan-kawan mengeratkan lagi persaudaraan daripada kawan kepada kawan rapat. Banyak perbezaan antara kawan dan kawan rapat dan perbezaan-perbezaan ini juga mungkin berlainan bagi setiap orang. Selain famili yang terdiri daripada mak, ayah dan adik-beradik, kita juga memerlukan famili yang terdiri daripada rakan-rakan, guru, jurulatih, dan sebagainya.
Akhir kata, jika dalam berkawan kita menyayangi dan mengasihi, pasti akan berkekalan sampai akhir hayat dan itulah yang perlu kita cari dan lakukan. APA YANG PENTING...KERJASAMA!!!~wonderpets~

p/s: gambar kat atas ni terdiri drpd alunos capoeira Ache Brasil Malaysia Academy bersama jurulatih kami Abang Aeizad..salah satu famili saya yang sgt2 disayangi..ACHE'..

Monday, January 25, 2010

....antara 2....



Assalamualaikum wbt...

Memang susah dan sukar dan payah untuk membuat keputusan bila berada dalam situasi antara dua. Bila kedua-duanya mempunyai positif dan negatifnya, dan bila kedua-duanya mempunyai hujah yang amat rasional untuk diterima. Tapi,,adakah berbaloi semua ini bila kesannya menjangkiti hubungan antara sahabat-sahabat dan juga orang yang sepatutnya dihormati dan disayangi.

Setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita semua pasti diiringi dengan hikmah yang sama ada akan menyedarkan kita daripada kesalahan kita, memberi kita pengajaran dan tauladan, dan juga menjadikan diri kita lebih tabah dan kuat rohani. Tetapi bagaimanakah caranya bila kita berada dalam situasi antara dua ini ataupun dalam istilah lainnya 'dilemma'??

Lain orang lain caranya kan, masalah datang dengan penyelesaian cuma sebagai insan yang lemah ini kita jarang nampak dan jarang berusaha untuk mencari penyelesaian itu. perkara yang baik jika dilakukan atau diiringi dengan emosi yang tak dikawal, akan menjadi buruk pada pandangan orang luar. Manakala perkara yang buruk jika dilakukan dengan emosi yang terkawal ataupun secara profesional, jangan hairan jika perkara itu nampak baik pada pandangan orang luar..apa-apa pun, jangan lupa pada yang SATU kerana DIA sahaja tempat kita semua minta pertolongan..renung-renungkanlah....sekian wassalam..

Friday, January 22, 2010

I'm Back......

Assalamualaikum wbt...

dah lame rasenyer mendiamkan diri ini daripada memblog...bukan disebbkan kemalasan pun..baru saje selesai final exam ni dan baru je balik menyertai kem fasilitator di teluk kalong...alhamdulillah masih sihat lagi untuk kembali mengingati blog ni kerana banyak lagi yang nak dikongsi sebenarnya...insyaAllah kisah-kisah yang lain akan menyusul selepas ni...

Saturday, October 17, 2009

The TraVeLLer @ al FaRIsi (siri6)

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah sudah masuk minggu ke3 sem3 tahun ni..mungkin sebab itu jarang layari internet yang serba canggih sekarang ini. Kepada pembaca yang setia membaca kisah Salman Al-Farisi ini saya minta maaf kerana terhenti buat seketika..insyaAllah kita ikuti sambungannya kali ini..

Ini hadiah penghormatanku

Salman pulang meninggalkan Baginda untuk mengumpulkan sesuatu. Rasulullah saw pun berpindah ke Madinah. Kemudian pada suatu hari, Salman pergi mengunjungi Baginda sambil berkata,'Aku memperhatikanmu tidak makan pemberian berupa sedekah, sedangkan ini merupakan hadiah sebagai penghormatanku kepada engkau.'

Kemudian Rasulullah saw pun makan sebahagian daripada hadiah pemberian Salman dan memerintahkan para sahabat untuk memakannya, mereka pun makan hadiah Salman itu. Salman berkata dalam hati, "Inilah tanda kenabian yang kedua".

Melihat tanda kenabian

Selanjutnya Salman berjumpa Baginda saw ketika Baginda berada di perkuburan Baqi' al-Gharqad. Baginda sedang menghantarkan jenazah salah seorang sahabat. Baginda mengenakan dua lembar kain, ketika itu Baginda sedang duduk di antara para sahabat, Salman mengucapkan salam kepada Baginda. Kemudian Salman berpusing memerhatikan belakang Baginda, adakah Salman akan melihat tanda yang disebutkan sifulan kepadanya.

Pada masa Rasulullah saw melihat Salman sedang meperhatikan belakang Baginda, Baginda mengetahui bahawa Salman sedang mencari penjelasan tentang sesuatu ciri kenabian yang disebutkan salah seorang kawannya. Kemudian Baginda melepaskan kain selendang Baginda dari belakangnya, lantas Salman dapat melihat tanda kenabian dan Salman yakin bahawa Baginda ialah seorang Nabi. Maka Salman meniarap dihadapan Baginda dan memeluknya seraya menangis.

Salman bebas ditebus Rasulullah SAW

Rasulullah saw bersabda kepada Salman,'Datanglah ke mari.' Maka Salman pun datang dan menceritakan perihal keadaannya kepada Baginda sebagaimana yang Salman ceritakan pada Ibn Abbas. Kemudian para sahabat taajub ketika mendengar cerita perjalanan hidupnya itu.

Salman sibuk berkerja sebagai seorang hamba. Dan inilah yang menyebabkan Salman tidak dapat menyertai perang Badar dan Uhud. "Pada suatu hari, Rasulullah saw bersabda kepadanya,'Mintalah kepada majikanmu untuk dibebaskan, wahai Salman!' Maka majikannya bersetuju membebaskan Salman dengan tebusan 300 pohon kurma yang harus aku tanam untuknya dan 40 uqiyah(emas).


Setelah menghadapi pelbagai rintangan akhirnya Salman dibebaskan oleh majikannya. Alhamdulillah,segala apa yang telah diusahakan telah menolongnya. Kita juga sebagai muslim harus mendidik hati kita supaya kuat dan tabah melalui dugaan dan cabaran yang datang daripada ALLAH. Semoga siri kali ini memberi banyak informasi dan tauladan kepada sesiapa sahaja. Kita bertemu lagi pada siri yang akan datang yang juga siri yang terakhir bagi kisah The Traveller @ al FaRisi..
Assalamualaikum wbt.....


Saturday, September 26, 2009

kesusahan sebagai pendidik dan kesenangan sebagai pelajar

Assalamualaikum wbt,

Pada cuti semester yang lepas, saya telah menerima panggilan untuk menjadi salah seorang daripada golongan yang saya hormati iaitu sebagai guru di sebuah Sar Kafa yang berdekatan dengan rumah. Pada mulanya agak keberatan untuk menerima kerana menyedari kekurangan ilmu yang ada di dada tetapi memandangkan pihak yang memanggil benar-benar kekurangan guru sementara, saya pun menerima tawarannya itu.

Seperti biasa seorang guru atau di sekolah itu dipanggil ustaz, perlu datang awal untuk melapor diri. Entah kenapa hati tiba-tiba berdebar melihat pelajar-pelajar yang sedang menunggu untuk mengadakan perhimpunan. Inilah kali pertama berhadapan dengan pelajar-pelajar yang rata-rata berusia 5 hingga 11 tahun.

Setelah bertemu dengan pengetua sekolah itu untuk mengetahui kerja-kerja yang perlu dilakukan bermulalah langkahku sebagai pendidik.
Didalam hati ini Allah sahaja yang mengetahui betapa gementar dan takutnya namun semua itu perlu dilalui dengan tabah dan tenang.

Hari pertama agak sukar atau secara jujur agak menyakitkan kepala sehingga hampir mengalami demam. Dengan keadaan kelas yang kecil, tetapi ‘didiami’ pelajar-pelajar yang agak nakal dan bising. Seorang melompat kesana kesini,seorang berlari dibawah meja,seorang terselit didalam bakul sampah. Jikalau ikutkan hati, boleh terbalik kelas dibuatnya tetapi itulah cabaran sebagai guru di sekolah rendah khususnya. Kadang=kadang marah dan rotan bukanlah penyelesaian yang diperlukan dalam bidang mengajar, seperti kata pepatah rambut manusia sama hitam tapi hati manusia siapa yang tahu. Samalah seperti perangai ataupun penerimaan pelajar-pelajar sekolah, bukan semuanya boleh disedarkan dengan marah atau rotan, ada juga dengan hanya memberikan sedikit kaunseling.

Itulah asam garam yang terpakse ditempuh oleh seorang manusia yang bergelar pendidik. Antara yang paling saya ingat ialah soalan seorang pelajar perempuan kepada saya. ‘Ustaz alif,ustaz alif,,ustaz alif dah kahwin ke belum?’tanya pelajar itu kepada saya. Dengan sedikit ketawa saya pun menjawab ‘ Belum lagi,kenapa tanya macam tu?’ ‘ Padanlah ustaz alif tak garang,ustaz yang lain semua garang sebab dah kahwin’ jawab pelajar itu. Pandai pula pelajar itu membuat kenyataan yang agak melucukan itu.

Hari berganti hari sudah hampir sebulan menimba pengalaman sebagai ustaz di sekolah kafa itu. Rupa-rupanya agak seronok menjadi sebahagian daripada keluarga di sekolah itu. Pernah juga satu hari saya merasakan bahawa alangkah baiknya jika ini adalah pekerjaan tetap.

Macam-macam ragam dan perangai budak-budak yang ada di sekolah itu. Sebenarnya itu bukanlah cabaran yang sukar tetapi itulah yang menjadikan sebuah sekolah itu menarik dan menjadikan seorang guru itu amat menyayangi anak muridnya. Barulah saya sedar dan tahu kenapa guru-guru semasa di zaman persekolahan dulu menangis dan sedih sangat apabila ditukarkan ke tempat yang baru. Kemungkinan perasaan itu akan datang dalam diri ini tidak lama lagi.

Antara tugas yang diterima ialah menjadi guru kelas mengaji dan juga mengajar madah fardhu ain seperti akidah,ibadah,sirah dan tajwid. Setiap ustaz atau ustazah dibekalkan dengan bahan-bahan seperti buku rujukan sebagai alat bantuan mengajar. Walaupun susah tetapi kepuasan mengajar dengan baik menghilangkan segala penat lelah yang ada.

Sedar tak sedar, sudah tiba hari yang ditunggu pada mulanya,tetapi rasa seperti hendak lari apabila menemuinya. Tak kenal maka tak cinta,bila dah kenal barulah cinta. Antara saat yang paling mengharukan apabila ada yang menghulurkan surat dan kad raya.

Assalamualaikum ustaz,
Di hari yang mulia ini, ingin saya meminta maaf dengan ustaz. Saya tahu, saya dah banyak buat salah dan silap. Semoga di luar Negara nanti ustaz ingat saya dan kawan-kawan lain di kafa. Semoga ustaz dipanjangkan umur.

Ingatan syawal DRP
Afifah Husna BT Ahmad

Ini antara surat yang diterima. Walaupun masih boleh berjumpa dengan mereka namun suasana seperti dahulu pasti tidak akan terasa lagi.
Jadi dikesempatan ini saya ingin menyampaikan salam kepada semua warga Sekolah Agama Rakyat KAFA ALIF di SG Isap, Kuantan.

Kepada pelajar-pelajar berusahalah dengan bersungguh-sungguh, sayangi ustazah dan ustaz anda semua. Ini adalah masa untuk anda berjuang seperti seorang pejuang di medan perang. Capailah seberapa banyak ilmu yang boleh anda capai dengan usaha terbaik. Dan kepada semua pendidik khususnya kepada ustaz dan ustazah di SAR KAFA Alif, terima kasih kerana anda semua sanggup menghadapi pelbagai kesukaran demi pelajar-pelajar supaya menjadi seorang yang berguna kepada agama. Namun ingatan kepada pelajar-pelajar, kebanyakan daripada anda semua datang dengan kereta dan motor dihantar oleh ahli keluarga dan ibubapa tanpa perlu berpenat lelah jadi hargailah pengorbanan guru-guru anda kerana ada diantara mereka sibuk menguruskan perkara yang penting dan ada juga yang sanggup berkayuh semata-mata untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik tanpa mengenal erti penat lelah..

Yudan taiteki issun sakiwayami
(unpreparedness is one's greatest enemy, a black hole might be an inch ahead)

bukan senang TAPI bukan susah

Assalamualaikum wbt.

Pejam celik rupa-rupanya cuti semester berlalu. Begitu jugalah kata-kata hikmah yang mengatakan masa itu ibarat emas, ianya sangat berharga dan kita perlu menghargainya dengan sebaik mungkin. Ada juga pepatah yang mengatakan masa itu ibarat pedang yang sangat tajam, kita perlu menggunakannya dengan baik jika tidak ia akan memotong diri kita sendiri.

Sudilah saya berkongsi pengalaman-pengalaman semasa berada dalam cuti semester yang lalu yang agak berlainan jangka bercuti iaitu selama 3 bulan lebih kerana calendar pembelajaran di kolej berdasarkan di universiti di Jordan.

Apa yang saya mahu berkongsi ialah tentang pengalaman menjadi fasilitator untuk program yang dianjurkan oleh Institut Kemahiran Belia Negara,Dusun Tua,Hulu Langat,Selangor. Peserta program terdiri daripada pelajar-pelajar IKBN tersebut dan ini adalah yang ketiga kali saya dan beberapa sahabat yang lain turut serta sebagai fasilitator.

Program kali ini dianjurkan bagi memperkasakan lagi ilmu pengajian
Al-Quran seperti mengaji,mengenal asas tajwid & mengenal makhraj huruf. Tak kenal maka tak cinta, satu pepatah yang selalu terjadi kepada sesiapa sahaja yang suka mengamalkan pepatah judge a book by its cover. Pada mulanya sebahagian pelajar memang menampakkan bahawa diri mereka itu seperti dipaksa atau boleh dikatakan memang dipaksa. Itulah tugas yang perlu fasilitator yang turut serta perlu galas supaya peserta program dapat menghayati dan mendapat input yang baik daripada program yang dianjurkan.

Teringat saya pada pertanyaan seorang peserta.’Ustaz, saya ni agak susah la nak baca tulisan jawi’,kata peserta itu. Saya pun bertanyakan sebabnya. Dia pun menjawab,’ Ada ke patut orang yang tulis jawi tu tak tulis sekali dengan baris.macam mana saya nak baca kan ustaz.’ Saya pun senyum kepadanya dan terus menjawab,’ Tulisan jawi memang tidak perlu apa-apa baris pun. Tulisan arab atau ayat Al-Quran barulah perlu kepada baris untuk membacanya dengan betul.’ ‘oh! Begitu rupanya, sambil dia ketawa kerana baru menyedari.

Bukan senang untuk sesiapa pun mengajar seseorang yang sudah menjangkau usia remaja tentang ilmu asas membaca Al-Quran atau apa sahaja, namun bukan susah untuk kita berusaha supaya mereka ini tidak mengalami kekosongan jiwa yang boleh membawa kepada keruntuhan akhlak anak muda pada zaman yang serba mewah dan canggih ini.

Kepada sesiapa sahaja yang tahu bahawa diri kita sendiri boleh menyampaikan apa-apa yang berguna kepada sesiapa sahaja, sampaikanlah kerana Rasulullah saw pernah bersabda sampaikanlah walaupun satu ayat. Ini menunjukkan betapa pentingnya industri dakwah dalam kalangan masyarakat terutama anak-anak muda kerana anak-anak muda atau dalam erti kata lain belia,adalah pelapis pemimpin pada masa hadapan. Ingatlah semua, ini adalah tanggungjawab kita bersama insyaAllah.