Salman ditipu pedagang
Pada suatu hari, telah lalu dihadapan Salman al-Farisi rombongan orang kalb, mereka ialah pedagang. Salman berkata dengan para pedagang itu. 'Bolehkah kamu membawaku menuju tanah Arab dengan ditukarkan dengan lembu dan kambing-kambingku?' Mereka menjawab:'Ya.'
Lalu Salman memberikan ternakannya kepada mereka.
Mereka membawa Salman bersama rombongan mereka. Namun setibanya di Wadil Qura, mereka menipu Salman, dengan menjualnya sebagai hamba ke tangan seorang yahudi. Maka tinggallah Salman di tempat yahudi itu. Salman melihat pohon-pohon kurma, Salman berharap agar itulah daerah yang sebagaimana disebut oleh si Fulan kepadanya.
Ketika Salman berada di samping orang yahudi itu, saudaranya datang dari Madinah daripada Bani Quraizah. Ia membeli Salman daripada saudaranya. Kemudian ia membawa Salman ke Madinah. Apabila Salman tiba di Madinah beliau segera tahu berdasarkan apa yang disebutkan sifulan kepadanya. Sekarang Salman di Madinah.
Di puncak pohon kurma
Allah mengutus seorang Rasul-Nya, dia telah tinggal di Makkah beberapa lama, yang Salman sendiri tidak pernah mendengar ceritanya kerana kesibukannya sebagai seorang hamba. Kemudian Rasul berhijrah ke Madinah. Demi Allah, ketika Salman berada di puncak pohon kurma majikannya kerana bekerja, semnetara majikannya duduk, tiba-tiba salah seorang saudaranya datang menghampiri, kemudian berkata:'Fulan, celakalah Bani Qailah(suku Aus & Khazraj). Mereka kini sedang berkumpul di Quba' menyambut seseorang yang datang dari Makkah pada hari ini. Mereka percaya bahawa orang itu adalah Nabi.'
Tatkala Salman mendengar pembicaraannya, Beliau gementar sehingga takut jatuh menimpa majikannya. Kemudian Beliau turun dari pohon lalu bertanya kepada saudara majikannya itu.
'Apa yang engkau katakan tadi?' Majikannya sangat marah, dia memukulnya dengan kuat. Kemudian berkata: 'Kenapa bertanyakan hal ini, teruskan pekerjaanmu.'
Salman menjawab,' tidak ada apa-apa, Salman ingin mencari penjelasan terhadap apa yang dikatakan. Padahal sebenarnya Salman pernha mendengar mengenai seorang nabi yang akan diutuskan.'
Bertemu Baginda Rasulullah SAW
Pada suatu petang, Salman mengambil sejumlah bekalkemudian menuju ke tempat Rasulullah saw yang ketika itu sedang berada di Quba'. Salman menemui Baginda dan berkata: 'Telah sampai kepadaku khabar bahawasanya engkau seorang yang soleh, engkau memiliki beberapa orang sahabat yang dianggap asing dan miskin. Aku membawa sedikit sedekah, dan menurutku kamu semua lebih berhak menerima sedekah ini daripada orang lain.'
Salman pun menyerahkan sedekah itu kepada Baginda. Rasulullah saw kemudian bersabda kepada para sahabat, "Silakanlah kamu makan,' sementara Baginda tidak menyentuh sedekah itu dan tidak memakannya. Salman berkata,' ini satu tanda kematiannya'.
Alhamdulillah, setelah banyak rintangan dan dugaan yang dilalui oleh Salman Al-Farisi, sekarang beliau telah berjaya menemui Baginda Rasulullah saw. Salman begitu gembira apabila telah ditakdirkan bertemu dengan Rasulullah saw walaupun pada masa yang sama bekerja sebagai hamba. InsyaAllah,kita akan ikuti sambungan part6 pada masa yang lain,sekian wassalam.......