Friday, December 30, 2011

Akhirnya, 'Dia' datang kembali..


Assalamualaikum wbt,

Kebetulan hari ni cuti dan baru je terase nak buke blog tibe-tibe ternampak banyak komen yang ade pada blog terbaru sebelum ni pasal takutkan gelap. Nampak sangat bile budak lelaki takutkan gelap ni perkare yang sangat rare dalam masyarakat kan he3. What can i do, thats me but saya still cube improve kelemahan tu dari hari ke hari InsyaAllah semoga dipermudahkan.

Bukan lah malas semate-mate bile tak de entri terbaru ni, cumenye jiwa raga bercelaru disebabkan Final Exam untuk Winter Semester ni dah semakin hampir. Kalau cakap pasal final exam, pergilah ke celah dunia mane pun, tak de sape yang tak tahu tentang betape penting dan stressnye nak face this big exam ni.

STRESS!!!!!!!
by Kang Gary(Leessang) he3

Ok, Memang semua dah maklum kan dengan RunningMan Aura yang sekarang ni dah merebak hampir seluruh dunia. ok dah,tak boleh cite banyak nanti melarat abes satu entri ni.

Beginilah gayenye bile Final Exam semakin hampir, macam-macam perangai yang tak pernah wujud boleh wujud, itulah kehidupan sebagai seorang pelajar. Games,movies dan series tu kadang-kadang tak menarik pun jalan ceritanye, tapi ianya akan jadi sangat menarik bile Final exam semakin hampir.

Pandai-pandailah masing-masing kan, semua nye sudah besar, dah pandai manage mase sendiri, tak perlu lagi  mak ayah datang rumah bawak rotan bagai kan. Dont be too stress and dont push yourselves too hard. Ingat, Kite exam ni bukan takat habis exam je, dikire dalam buku rekod kite juge ye. Sile buat yang terbaik bagi sahabat-sahabat yang akan menduduki final exam sama ade di Jordan, Malaysia dan seluruh dunia saya ucapkan dengan lafaz Bittaufiq maa' najah fil imtihanina fidunia wal akhirah

*i really love final exam!!!!!!!!!!! [ckp 10x sebelum tido ye (-_-)]


p/s: kwn2,jgn lupe sibuk2 study tu pun, jgn smpi lupe ngaji Quran ye,jgn smpi kurang solat fardhu n solat sunat ye, jgn smpi xde puase sunat juge..yg pntgnye,kwn2 laki2 atau pun boypren2 sume ni jgn tak terjejakkan kaki ke masjid or surau ek..renung2kan n selamat beramal sume.. (^_^)

Thursday, December 8, 2011

Maafkan saya sebab saya takut gelap.. ^^


A.
Maafkan saya KALAU NANTI bile dah tibe waktu tido, saya mesti tak tutup lampu, kalau awak tutup lampu tu mesti saya akan pasang semula.
Maafkan saya sebab dulu awak kat rumah awak tutup je semua lampu bile tibe waktu tido, tapi KALAU NANTI kat rumah ni dah memang tak pernah lengang dengan sinaran lampu kat setiap sudut.
Maafkan saya KALAU NANTI rumah tibe-tibe blackout, mesti awak jadi orang yang paling tak senang duduk tengokkan gelagat saya yang tak selesa.
Maafkan saya KALAU NANTI saya banyak susahkan awak sebab saya takutkan gelap.


*tibe2 je terfikir..macam mane lah zaujah saya nnti nak tahan dengan sy yg mmg takutkan gelap..sebab baru2 ni saya macam perasan, sume org bile tido,dorg sume suke gelap2 bau sedap tido. as for me, no way,memang tak boleh tido.so..de sesape yang ley tolong bagi solution x.? mane la taw nanti bakal menyusahkan orang,..ke cmne.? (^_^)

Sunday, December 4, 2011

This Week...We go to WAR!!!!!!


Assalamualaikum wbt sume, ha, mesti bagi sesape yang bukan orang Malaysia atau yang tak boleh baca Bahasa Melayu terkejut baca tajuk entri saya terbaru ni. Memang sengaje bagi gempak sikit hehe..

This entry's title just talking about my positive and great spirit because i am just entering exam week in my university winter semester. Be cool for all readers and friends. (^_^)

Ok, berbalik pada cerita saya pada entri kali ni, makin hari makin berdebar bile teringatkan sekarang ni sudah tahun akhir di Universiti. Macam-macam terfikir, tambahan pulak makin hari makin banyak dugaan datang, patutlah senior pernah cakap tahun akhir memang bukan tahun untuk goyang kaki bersenang lenang.


Semester kali ni saya daftar 6 subjek dan saya dan sahabat dalam kumpulan saya 5 orang semuanya antara kumpulan yang paling awal habis ambil exam yang pertama dan minggu ni kami akan menghadapi beberapa exam kedua bagi setiap subjek yang diambil. Setakat hari ni, sudah 3 subjek telah selesai berbaki 3 subjek lagi sedangkan kebanyakan sahabat lain ada yang akan bermula minggu exam kedua mereka pada hari esok.

Kalau exam cepat, study pun kene lah cepat kan, memang kelam kabut lah hidup sebagai pelajar ni. Berbaki 3 subjek lagi pada esok pagi, 10hb dan 13hb nanti. Sangat terkesan dengan perasaan nak grad awal dengan sahabat-sahabat lain disini.


Semuanya ketentuanNya, yang penting kite sebagai pelajar yang menuntut ilmu untuk menyebar dan mengembangkan syiar Islam perlu bersungguh dan rajin. Akhir kalam, bittaufiq wannajah kepada sahabat-sahabat lain umumnya diserata Dunia khususnya di Jordan dalam menghadapi exam kedua di Universiti masing-masing dan juga bittaufiq dalam menghadapi hari-hari sebagai pelajar di Universiti. 

Tetapkan semula niat kite dalam menuntut ilmu, biarlah semua yang kite lakukan itu kerana Allah swt. InsyaAllah kemanisan selepas kepayahan, kepenatan dan kesengsaraan itu akan kite semua rasai. 

Ameen.

Thursday, December 1, 2011

Capoeira & Diri ini..


Assalamualaikum wbt, salve dan harapnya semua dalam kondisi kesihatan yang baik sentiasa. Sape yang tahu pasal Capoeira ni..?? Ha, selalunye orang akan kaitkan capoeira ni dengan lagu capoeira yang sangat terkenal diseluruh dunia ni iaitu, paranaue. 

Saya mula minat capoeira ni ataupun seni mempertahankan diri dari Brazil ni sejak tadika lagi yang pada masa itu satu filem tentang capoeira ditayangkan di tv. Sejak hari tu, memang selalu reka macam-macam aksi dengan adik kedua saya. 

Pada mulanya orang akan menganggap Capoeira ni seni mempertahankan diri yang tak memberi apa-apa faedah tidak seperti seni taekwando, silat dan sebagainya. Kebanyakan orang menganggap bahawa Capoeira satu seni yang hanya untuk tontonan dikhalayak ramai sebagai satu persembahan biasa saje.

Sejak 3tahun lepas saat saya mula aktif bergiat dalam aktiviti ini memang tak same lah dengan apa yang dikatekan oleh orang ramai. Yang pentingnya ape saje yang kite mahu luahkan samada pendapat, kutukan atau sebagainya, cube untuk selami dan fahami dulu apakah perkare yang kite ingin hakimi itu. 

Mulanya saya bergiat dalam latihan seni ini, jangan cakaplah kan, sangatlah penatnya kene buli dengan jurulatih mase tu. Same je macam nak belajar seni mempertahankan diri yang lain, perlu kuasai teknik asas. Banyak perkara yang penting tentang kehidupan dapat ditimba sepanjang mempelajari ilmu seni capoeira ni.

Banyak lagi nak sampaikan tapi wat mase ni sampai sini sajelah sebab jari jemari dah mule membeku so tak dapat nak fokus menaip entri kali ni. Apa-apa pun bittaufiq untuk sahabat yang akan menjalani peperiksaan samada di Universiti ataupun di Sekolah. wassalam alaykum wbt.

Wednesday, November 30, 2011

Hai Demam...Lame tak jumpe kan..


Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah walaupun mood tak berapa baik dan kesihatan tak berapa ok, cubelah juge nak update blog hari ni. Nak dijadikan ceritanya semalam mimpi berlari or mungkin berjoging di satu taman rekreasi ni, pastu tibe-tibe je macam kene tolak sampai ter-terjun masuk dalam tasik kat tepi trek joging kat taman tu. Ish3, kesian kat saya kan, sapelah yang nakal sangat masuk dalam mimpi saya pastu tolak saya masuk dalam tasik tu dalam musim winter ni kan.

Saya memang suke terfikirkan sebab-sebab yang berunsurkan fantasi, bukanlah suke nak berfantasi, tapi kadang-kadang bile kite terlalu serius lame-lame karekter dan perwatakan kite pun terkesan menjadikan kite seorang yang berperwatakan tidak menarik sampaikan orang pun boleh nampak daripada luaran.

Tapi ini hanyelah pendapat diri saya yang tidak seberape ni. Mungkin ramai lagi sahabat yang mempunyai idea yang bernas tentang membina perwatakan yang menarik untuk seseorang kan. Yang pastinye, esok saya akan menghadapi test yang kedua untuk subjek akaun di Universiti dan mase yang kritikal macam ni lah demam berkunjung kembali. Hai lah demam, mengapakah kamu muncul dikala ku tidak memerlukanmu.?? huhu.

Nasihat dan teguran untuk diri sendiri juge, bagi diri ini dan sahabat-sahabat yang berada ditempat yang mempunyai musim sejuk sekarang ini, janganlah selalu keluar rumah tanpa alasan dan sebab yang kukuh. Pergi dan balik Masjid dan juge pergi dan balik dari Universiti. Waktu yang selebihnya duduk saje lah dirumah anda dengan pakaian yang tebal, stokin dan sebagainya.

Sejak dua tiga hari yang lepas kadang-kadang saya sengaje duduk didepan rumah. Nak menikmati musim sejuk diwaktu malam konon, pastu mulelah demam konon juge kan. Nasib baiklah kelas tengahhari tadi pensyarah batalkan. Hilang rasa bersalah sebab tak ponteng kelas tadi semate-mate sebab badan rase tak selesa.

Teringat pula kalau dekat Malaysia, boleh mintak macam-macam dekat ibu, nak sup ayam, nak bubur ayam lah, habis sume makanan yang memang tak pernah makan sumenye saya nak makan mase demam, mengalahkan orang permpuan yang tengah mengidam. Mase demam je nak merase jadi anak manje, kalau tak demam, sayalah anak yang paling nakal.(sori ye ibu,hehe).

Cube untuk kuatkan badan dan semangat bangun dan keluar daripada cengkaman selimut tebal memandangkan esok ade test yang penting. Ya Allah, kuatkanlah hambaMu ini dalam mengharungi musim sejuk tahun ni yang sejuknye makin dasyat daripada tahun sebelum supaya hambaMu ni dapat berjuang untuk  berjaye dalam tuntutan ilmuMu di dunia ini. Ameen...

Sunday, November 27, 2011

Jalan2 Dihari Sabtu..(^_^)


Assalamualaikum wbt, Sangatlah lame tak update blog ni. Bukan ape, sejak duemenjak ni agaklah sibuk dengan test di Universiti. Alhamdulillah test 1 untuk enam subjek yang ambil sem ni sumenyer dah lepas tinggal test 2 yang mendatang lagi seminggu.

Semalam boleh kata bertuah la juge sebab dapat teman orang ke Laut Mati. Kali ni dah kali ke berape entah dah melawat tempat ni. Biasa je tempat ni dan memang saya tak pernah pun mandi kat Laut Mati ni sejak datang sini dan even dah banyak kali datang. 

Just temankan family kawan yang singgah di Jordan ni sekejap sebelum pulang ke Malaysia.
Maaflah sebab memang tak snap pic sangat. Kalau nak tengok dan lihat macam mane pemandangan Laut Mati ni korang boleh tengok kat chanel utube saya.(tekan dekat utube tu ye)

Memandangkan pergi dengan pelawaan orang so kene la behave sikit kan,hehe..tak boleh lah nak buat macam pergi dengan kawan biase je. Jadilah saya seorang budak yang rajin gitu. Tolong angkat barang, tolong bakarkan daging ayam dan kambing dan macam-macam lagi.


Daripada Laut Mati ke Irbid ambil masa lebih kurang 2jam lebih ataupun 3jam tengok pada laju mana kereta yang dipandu. Kami singgah di Amman sebentar untuk solat Magrib dan Isya' Jama' Qasar. Tempat seterusnya ialah Mecca Mall, Amman. Macam yang dalam gambar di atas. Sejak masuk tahun akhir ni dah jarang travel dan berjalan so waktu macam ni lah nak ambil masa kan. Mecca Mall ni same je macam mall yang ade di Malaysia cumanye disebabkan matawang Jordan ni agak tinggi daripada Malaysia, barang-barang dan makanan disini boleh kata agak mahal juge.


Ha, kat sinilah kami makan malam, Chinese Flavour Restaurant. Makanan kat sini ala-ala macam kat Malaysia juge sebab nya makanan orang Asia tak jauh beza sangat cara masakannye. Memang sedap dan terbaeklah makanan kat sini dan tak lupe juge nak mention harganye pun terbaek juge tambahan kalau ade orang belanja..(^_^)

Dah habis makan kami teruskan perjalanan ke Irbid yang mengambil masa lebih kurang sejam lebih. Dan begitulah sabtu saya pada kali ini. Selalunya hari cuti memang terperap dalam bilik je. Kali ni takde lah borng sangat bila dah dapat kuar berjalan. Almaklum hujung tahun memang mase yang agak kritikal bagi student kat sini nak berjalan. Tunggu awal tahun nanti baru senyum nak cakap pasal jalan-jalan ataupun shopping.
Sekian sahaja nukilan kisah sabtu saya ni. InsyaAllah akan datang ingat nak siapkan artikel tentang tajuk yang menarik untuk dikongsi dan dibincangkan bersama sahabat-sahabat yang sempat membaca. wassalam alaykum..

Friday, October 21, 2011

Exam Computer Lugh0h Arabiyah....(>.<)


Pagi ni tiba-tiba terbangun dengan sendirinya walaupun sebelum ni sangatlah susah nak terbangun sendiri pastu nak solat subuh terus. Mungkin juge disebabkan bahang imtihan kian menjelma. Hari ini bersama 4 lagi kawan akan menempuh exam computer yang pertama kali kami ambil pada pukul 12.10 tengah hari nanti. 

Perasaan seperti biase bercampur baur, kadang rase takut, kadang rase biase, namun semua tu diketepikan demi untuk mendapatkan ketenangan hati supaya semuanya akan berjalan dengan lancarnya InsyaAllah.

Our Computer's Seat Numbers are : 

Muhammad Badrul Hisyam Bin Abu Talib - 23
Mohd Sahdan Bin Rusli - 24
Muhammad Ikhraam Bin Johari - 25
Aliff Syazwan Bin Amran(me) - 26
Firdaus Bin Mohd Zaid - 27

Time :

12.10PM to 12.40PM

Date :

22/10/2011

Lab Number :

مخ 107

Untuk semua sahabat-sahabat kami doakan kami semua dapat melalui imtihan ini dengan tenang dan cemerlangnya InsyaAllah. Dan untuk sahabat yang bersama-sama akan menghadapi imtihan pada hari ni bittaufiq wannajah kulluna wa InsyaAllah ehna mumtaz fi kullu isyi darasna fidunia wal akhirah..


Abu Salman,
Bayt Laban,
Irbid, Jordan.
7:20AM

Monday, October 17, 2011

My New Deskt0p C0mp...


Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah hari ni ade 2 kelas dari 11 sampailah 2petang tadi. Agak terlupe nak  post entri baru sejak dapat kawan baru ni. My new desktop computer....(^_^)


Monitor tu Samsung series30 20 inci then CPU sebelah tu saje buke sbb nak tunjuk ckit dalam tu ade grafik kad dengan HDD 1TB yang baru..he3. Grafik kad tu pulak ATI Rodeon 4850 so memang terbaik la dalam bidang gamerz ni. Tapi masalahnye tuan Desktop Comp ni bukan boleh mengadap lame especially kalau main game tak sampai 30minit dah mule pening kepale, ubatnye shut down dan wat keje lain yang sepatutnya.

Ade baiknye juge tuan die camtu, takdelah sampai tahap nanti orang cakap macam dah mengabdikan diri pulak dengan comp baru ni kan.(^_^)
Ade sesape minat \?? he3 ;P

Thursday, September 29, 2011

Resepi Blueberry Cheese cake @ Bayt Laban


Assalamualaikum wbt, Setelah sekian lame menyepi barulah dapat kesempatan nak post entri baru, agak la sibuk sejak masuk semester baru ni. Hari ni terase nak post resepi Blueberry Cheese Cake(boleh tekan kat link bagi sesiape yang belum bace entri tu lagi ye..) yang pernah buat Ramadhan yang lepas.

Bahan-bahannye adalah :-

*Keju dalam 450g (lebih sedap kalau gune yg dah ade perase)
*Margerin 250g 
*1 tin Blueberry topping
*Biskut tiger untuk base cookies cake(boleh gune ape2 jenis biskut ikut kegemaran)
* 1/2 biji lemon atau 1 biji limau nipis
*gula 
Cara-caranye :-

*Bermule dengan keju dulu, gaul campuran keju dalam mangkuk yg besar, lebih senang kalau ade handmix, tak lah penat sangat menggaul.
*Masukkan gula semasa gaulan tu sampai campuran keju tu ade rase manis.
*Masukkan pule jus lemon atau limau nipis yang dah diperah,jus lemon atau limau nipis ni kita gune sebab some people cepat muak dengan rase keju, so dengan jus lemon ni la yang akan menambahkan kesedapan rase cheese cake ni.
*Bile gaulan keju dah nampak sebati, biarkan seketika(jangan main letak je kat mane2.tutup elok2..)
*Untuk Base cookies, hancurkan biskut lebih kurang 1 atau 2 pek yg kecil. Nak mudah hancurkan gune blender..Bile biskut dah hancur sehancurnya, terus la campurkan dengan 100/150g mentega dan gula secukup rase. lagi sekali gaulkan dengan handmix sampai sebati.
*lumurkan dulu sedikit mentega pada permukaan loyang yang akan digunekan untuk bakar cake nanti. letakkan sebatian base cookies dahulu dan ratakan dengan mampat.
*bakarkan dulu base cookies tu dalam oven lebih kurang 10-12minit pada suhu 80 darjah.
*lepas dah bakar base cookies tu pastikan base cookies tu tak keras sangat dan tak lembut sangat.
*terus letakkan sebatian keju yang kite dah buat mule2 tu atas base cookies tu. Ratakan dengan elok dan kemas, masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 150 darjah dalam mase 20-25mint, ataupun boleh je extend sampai 30minit.
*bile dah nampak keju dah agak kekuningan sikit kuarkan dan tuangkan blueberry topping dengan kemas.
*Bile dah letak blueberry tu kire dah siap dah...tp letak dulu dalam peti ais dalam lebih kurang sejam atau lebih sebab cheese cake ni sedap makan sejuk-sejuk kan.

Ha, begitulah bahan dan cara untuk membuat Blueberry cheese cake, selamat mencube bagi sahabat-sahabat diluar sane. Post la gambar ek kalau dapat buat, insyaAllah korang semua nye result mesti lagi sedap dan cantek. Until we meet again..wassalam alaykum.. ^^

Tuesday, September 20, 2011

New Sem, New Year, New Family

Assalamualaikum wbt, setelah sekian lama juga menyepi daripada posting entri baru akhirnya ada juga kesempatan. Agak sibuk dengan persediaan untuk masuk semester baru di Universiti dan juga dengan urusan yang perlu diselesaikan untuk pendaftaran pelajar baru tambahan dengan pertambahan pelajar-pelajar baru yang semakin meningkat daripada tahun sebelum.

Alhamdulillah tanggungjawab yang ditaklifkan dapat juga diselesaikan cuma ada sedikit kerumitan yang berlaku apabila salah seorang pelajar tidak terima lagi kad pelajarnya. InsyaAllah semoga sehari dua ini masalah itu akan diselesaikan.

Memasuki semester yang baru kali ini amat berlainan kerana kali ini semester baru ini juga adalah tahun akhir pengajian di sini , InsyaAllah. Disamping itu, ditemani juga dengan junior yang baru tiba daripada Malaysia yang telah lama tidak ketemu.

Pengalaman membantu mereka mendaftar subjek dan juga segala urusan yang berkaitan banyak memberi manfaat yang sangat berguna. Disini sememangnya hanya pelajar Malaysia sahaja yang membantu pelajar baru untuk segala urusan daripada urusan di Universiti, Visa sehinggalah mencari rumah-rumah sewa untuk mereka yang baru tiba di bumi anbiya' ini.

Mudahkan urusan orang lain, InsyaAllah urusan kita akan Allah swt mudahkan. Kata-kata ini lah yang banyak membantu dan menjadi pegangan kepada pelajar senior di sini dalam membantu pelajar baru di sini. Suasana yang begitu harmoni, tanpa mengira asal negeri, loghat dan juga pemikiran semuanya saling membantu.

Semoga semuanya diistiqamahkan dengan sifat sebegini supaya pada masa akan datang akan wujud pemimpin yang lebih terbuka pemikirannya, saling membantu antara satu sama lain dan juga yang banyak berdakwah kepada masyarakat ke jalan yang diredhaiNya.


Abu Salman,
Syariah(ekonomi & perbankan islam)
Universiti Yarmouk, Jordan
2011...(^_^)

Thursday, September 8, 2011

kenapa saya rindu ye??



Salam Alaikum wbt.....

Majoriti makhluk yang bergelar manusia akan menghadapi situasi yang kadang-kadang dirasakan istimewa ataupun sedih iaitu rindu. Macam-macam orang akan mengeluarkan pendapat atau idea masing-masing tentang rindu. Kita semua selalu merindui sesuatu, seseorang dan berbagai-bagai lagi dalam hidup kita dan perasaan itu lah yang mengajar kita untuk menjadi lebih tabah ataupun semakin lemah.

Dalam situasi sebagai pelajar sekarang, tambahan pula keluarga yang tersayang jauh dari mata, rakan-rakan yang dulunya berlatih sama-sama, ada masanya susah untuk mengawal hati daripada tak merindui semua itu namun ujian itu diberikan untuk menguatkan lagi hati ini supaya apa-apa ujian yang mendatang yang pastinya lebih mencabar dan sukar dapat diatasi dengan hati yang tenang dan bersedia.

Dan dalam situasi merindui seseorang apa yang pentingnya diri kita perlu mengawal perasaan itu. Sebenarnya apa sahaja perasaan yang lahir daripada hati kita ini, susah untuk kita menghalangnya, jadi dengan itu perlulah kita kuatkan diri supaya dapat mengawal apa yang kita rasa supaya ianya tidak memberi kesan yang kadang-kadang boleh membawa perkara negatif kepada diri kita samada secara fizikal ataupun mental.

Jika tidak dapat mengawal rindu kepada keluarga, rakan-rakan, saudara-mara yang jauh di sana sehinggakan kita tidak dapat untuk menjalani kehidupan seperti biasa, tak makan dan minum, murung, sehinggakan aura kemurungan itu merebak keseluruh tempat disekelilingnya, mestilah tak baik dan tak elok bagi diri kita. Hatta ada yang dengan senangnya akan jatuh sakit bila dia merasakan dirinya kesunyian.

Apabila dilihat semula tentang situasi perasaan ini, mungkin kita boleh lihat semula situasi ini dalam bentuk 2 pihak. Cubalah kita hargai perasaan itu selagi adanya ia dan mungkin anda tidak merasakan secara terus ataupun secara realnya apa yang dia rasakan, cubalah juga terima apa yang dia rasakan kerana selalunya jika kita hanya terima secara tahu-tahu sahaja masih tidak memadai, dan akan berlaku kepada kita apa yang dia rasakan pada kita bila orang yang selalu memberi itu dah tiada.

Mungkin dan selalunya kita akan menghargai apa yang telah ada pada kita tetapi ianya sudah tiada pada kita sekarang. i've seen the third shooting stars,its so shining, em is it my time now but...always pray it is not..


.....(",)



Tuesday, September 6, 2011

Sometimes....


Kadang-kadang selsema ni memang mengecewakan sangat. Semua kerja dan aktiviti tergendala. Tambahan dengan ahli rumah yang berjalan tanpa khabar berita. Oo..sangat lah keseorangan. Padahal nak berlawan dengan selsema saje tapi boleh sampai rasa keseorangan dah. 

Just have to admit that i am not perfect at taking care of myself sometimes. Maybe perfect only at making troubles to myself and others. Selsema menyerang, nak baring untuk lelapkan mata memang satu perkara biasa. Even dah biasa, sometimes feel frustrated. 

Tapi insyaAllah, harap tak membawa kepada demam lagi. Just wanna write something before trying to get to sleep. Goodnight you there. 


Thursday, September 1, 2011

Rayaku di perantauan..

Assalamualaikum wbt, 
Alhamdulillah selepas pulang daripada bumi haramain selama 11hari kini kami dapat juga mengadakan majlis raya kecilan bersama-sama seramai hanya 8 orang. Dimana pergi yang selainnya ? agak cemburu, dengki semua ada, sahabat yang lain kebanyakannya menyambut Aidilfitri bersama keluarga mereka di Malaysia.

Walaupun begitu, kesedihan ataupun kerinduan kami terhadap keluarga tercinta tidaklah terlalu ekstrem kerana pengakhiran Ramadhan kami di Bumi Anbiya' ini diisi dengan kembara kami ke Bumi Haramain. Pertama kali melihat sendiri kehebatan dan keagungan agama Islam yang telah dipegang sejak diri ini bernafas dengan udara dunia ini sangat tersentuh. 

Dan yang paling gembira raya pertamaku di perantauan bukanlah ditempat yang mana diri ini menuntut ilmu namun, raya pertamaku diperantauan ialah di Bumi Haramain. Satu pengalaman yang sukar untuk didapati dan berasa sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke sana dan juga melalui hari demi hari mengimbas kembali bagaimana cabaran yang perlu dihadapi dan ditempuhi oleh kekasih Allah swt, Baginda Rasulullah saw.

Selama 11 hari kami lalui suka, duka, penat dan juga gembira bersama di Bumi Haramain, kami pulang ke Jordan, walaupun jauh disudut hati amat terhibur dengan suasana dan juga pengalaman yang ada di Bumi Haramain.
wah..sedapnya..rase mcm nak makan lagi ni..hee




Kembali kepada cerita sambutan raya tadi kan. Baru sebentar tadi kami meraikan majlis makan bersama sahabat berlapan yang tinggal disini. Walaupun sedikit namun tetap terhibur dengan juadah dan juga persediaan yang telah dilakukan.

Tidak dapat digambarkan perasaan raya pertama diperantauan, bukan lah sebak kerana sedih dan bukan juga sebab tidak sedih lansung, tapi ikhlas hati ini memang merindui keluarga yang berada di Malaysia. Semoga kalian semua sihat dan meraikan Aidilfitri dengan gembira dan senang hati.

Sukacitanya saya upload gambar kenangan kami semasa majlis raya kecilan yang kami adakan baru ni dirumah salah seorang sahabat saya di Irbid, Jordan..selamat menonton..

sangat2 bergaya di hari raya, fullset baju raye tu..(dari kiri: haniff, firdaus, sahdan, luqman.)

tengah takbir raya diketuai oleh IM Haniff.. ;)


lampu lip-lap tak kan dilupakan..baru lah meriah majlis raye kami.. ;)
(dari kiri: badrul, sahdan, firdaus, hazim.)

biro multimedia majlis tgh jaga laptop..de sesape nk tuju lagu raye,leh call dorg ye.. :D
(dari atas: luqman, falah, haniff.)

gambar kenangan bersama..kami berlapan..cukup da klu de yg nak ajak lawan futsal ni..lengkap sume.. :D
dari kiri atas: badrul, hazim, sahdan, luqman, falah
dari kiri bawah: firdaus, aliff syazwan(me) dan haniff.
Akhir kalam, Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada semua maaf Zahir dan batin atas salah dan silap yang sedar dan juga yang tak disedari..Kullu 'am wa entum bikher drpd kami di perantauan,wslm..

Thursday, August 18, 2011

Tiba-tiba...rindukan saat bersama mereka..





Salam alayk kepada semua dengan harapan semuanya dalam kesihatan yang baik. Macam mana dengan ramadhan pada tahun ni? Harapnya kita akan terus berusaha yang terbaik untuk menjadikan Ramadhan tahun ni lebih baik daripada yang lepas.

Ok,tiba-tiba teringat pula pada komrad-komrad capoeira di Malaysia. Hampir setahun juga kami tak berjumpa sejak datang ke Bumi Jordan ni. Pertama kali bila menjejakkan kaki di perantauan ni memang dapat dirasai kelainan yang amat ketara dengan Malaysia. Kebiasaan keluar rumah setiap petang untuk menjalani latihan di Taman Bandar amat susah untuk dilupakan hingga pada fasa awal kehidupan disini mengalami kemurungan disebabkan banyak perubahan yang berlaku secara drastik.

Namun, setelah beberapa lama, semangat untuk berlatih kembali itu datang dengan sendirinya. Walaupun berseorangan, asalkan ada, terasa seperti dekat dengan mereka. Mungkin juga ditakdirkan untuk menimba pengalaman merantau bersendirian. Pada suatu hari, dengan kebetulan dapat berkenalan dan berjumpa dengan Persatuan-persatuan capoeira di Jordan ni, negara jiran juga iaitu, Syria dan juga Lubnan, dan mereka sangat ramah dan menerima dengan hati yang terbuka.

Banyak pengalaman yang dapat lebih daripada latihan capoeira bersama dengan kawan-kawan baru ini kerana komunikasi dengan mereka bukanlah dengan bahasa ibunda yang digunakan tiap hembusan nafas ni. Bahasa inggeris dan juga bahasa arab terutamanya bila berada di tanah arab ni.

Daripada pengalaman itu telah memberikan diri ini satu keberanian untuk bercakap dan juga mengeluarkan idea. Kelancaran untuk berkomunikasi dengan bahasa selain bahasa melayu juga meningkat. 

Pernah juga terfikir untuk menghasilkan satu kisah tentang diri sendiri, kehidupan seorang budak capoeira di Jordan. Macam mana? mantap tak tajuk kisah ni.?. Tapi, bakat untuk menulis dan menghasilkan karya itu langsung tidak pernah wujud dalam diri ni. Penghasilan kisah itu telah dilupakan begitu sahaja.

Pernah satu hari, sangat sedih dengan situasi berseorangan sehingga mencuba untuk membuat latihan akrobatik bersendirian ditempat yang kurang ciri-ciri keselamatan sehingga mengundang padah kepada diri sendiri. Akibatnya, terpaksa berhenti seketika kerana kecederaan.

Capoeira bersama mereka banyak mengajar erti persahabatan dan juga menjaga setiap seorang sahabat dengan baik. Dan bagi saya, capoeira pada saya hanya hidup dengan suasana bersama kumpulan. Bukan capoeira sahaja, setiap apa yang kita buat di dunia ni semuanya memerlukan satu komuniti. Komuniti lah yang akan menghidupkan suasana dalam setiap perkara yang wujud didunia ini. 

Mungkin kerana telah sedar tentang hakikat itu, mungkin ini adalah satu petanda untuk terus 'berehat' setelah sekian lama meletakkan perkara itu sebagai salah satu keutamaan disini. Walau apapun, hidup perlu diteruskan. Untuk setahun lagi yang akan datang, akan berkerja keras untuk mencapai kejayaan disini.

Sesudah betul-betul memutuskan keputusan untuk terus berehat, hati ini tidaklah begitu hampa dan sedih bahkan gembira, bukan kerana sudah lama ingin melepaskan, tetapi, gembira kerana diberi peluang mencipta kenangan manis bersama mereka. Dan diri ini lebih rasa tenang dan rehat dengan keadaan sekarang ni. Alhamdulillah.

Saya, rindukan sahabat-sahabat Capoeira Ache Brasil Malaysia, Kuantan. InsyaAllah, panjang umur murah rezeki akan kita ketemu lagi.

gambar ni disnap semasa Graduation Day kami kali ke-2 di East Coast Mall,Kuantan pada tahun yang lepas. 
event yang kami selalu nantikan. Bittaufiq bagi mereka yang akan menghadapi graduation day kali ke-3 pada tahun ini selepas raya nanti. kamu semua TERBAIK!!!!!! (^_^)


Monday, August 15, 2011

Be a better Daie



Assalamualaikum wbt,
The time now is exactly 1:16am, i'm just back from some works helping my senior to print their home address, something about their cargo boxes things.

When i checked my fb notification, i saw something really interesting this video about 'intelectual Humility' by brother Nouman Ali Khan. Actually i am really interested in english language than arabic language eventhough i am studying here in Jordan, an arabic country with arabic tradition and many more with arabic.

Its not because i'm not interested or hate arabic language, for muslims, arabic language is the language for Islam. If we want to know deeply and truly about Islam, we MUST know arabic language and how do we know arabic language?? by, learn arabic language. 

I don't want to talk about the arabic language today, maybe next time InsyaAllah. Today i'm truly interested in showing this video to all fellows readers and blogwalkers.


So, How about the presentation, really cool isn't it..?? Brother Nouman Ali Khan at Quran Weekly and you guys can find others presentation at youtube and Quran weekly

Being a student in syaria for example, what is our purpose of gaining that knowledge that we learn from our university lecturers. Nowadays, many students have misused their knowledge to judge and argue and debate with others. PLEASE......look to ourselves first, what is the purpose of our knowledge. ok guys, enjoy the video. until we meet again wassalam alaykum wbt.

*credit to brother Nouman Ali khan and Quran weekly..(^_^)

Sunday, August 14, 2011

Kek Lapis ker ni..?? (^_^)


Assalamualaikum wbt, 
Kalau lah gambar ni masuk dalam pertandingan teka-teki, rasanya apakah jawapan yang paling tepat dan paling banyak akan keluar.? 
Tuan gambar ni pun dalam dilemma tentang jawapan yang paling tepat sekali. Namun, kita tolak ketepi semua keraguan itu dan dengan jelasnya inilah kek lapis saya yang pertama. Melihatkan dengan atas kek ni mesti agak keraguan tentang rasanya kan. Jangan risau sebab hitam yang timbul diatas kek ini adalah disebabkan biskut-biskut oreo yang saya letakkan antara lapisan kek lapis ni.


Ha..nampak kan biskut oreo dalam lapisan kek tu.? Walaupun nampak seperti sudah menjadi tapi tidaklah begitu menjadi sangat bagi saya sebab ada bahagian lapisan kek yang masih lembut lagi. Mungkin kerana perlu bakar lebih lama lagi.
Rasa kek lapis oreo ini secara keseluruhannya ''bolehlah ye''. Tidak lah boleh dikategorikan sedap sangat(hehehe). Untuk sahabat-sahabat yang ingin mencuba boleh lah pergi ke blog kak Hasuriah Tahir sebab saya dapat resepi daripada sini dan resepi yang kak hasuriah tahir sediakan ni banyak membantu. Merasa juge nak makan kek lapis di Perantauan ni kan. Credit to Kak Hasuriah Tahir. (^_^)

Kepada sahabat yang ingin mencuba selamat mencuba ye.sekian wassalam..

Saturday, August 13, 2011

Strawberry Cheese Cake pulak..??


Assalamualaikum wbt, kelmarin dapat buat kek keju buatan sendiri kali ke-2. Kali ni agak susah la juga sebab agak lembut sangat keknya kali ni. Walaubagaimanapun, sahabat-sahabat yang merasa semuanya suka, Alhamdulillah tenang hati (hehehe).

Semenjak duamenjak ni memang aktif sikit daripada biasa memandangkan baru sahaja dapat beli oven terpakai daripada senior yang dah balik Malaysia dengan harga yang amat berpatutan(terima kasih kak huda dan ahli rumah). Sebelum ni kek keju yang pertama letak topping Blueberry, tapi pada masa tu, base cookiesnya terlalu tebal sampai ada yang kate base cookies kek keju blueberry tu dah macam kuih raya rasanya.

Menantikan projek yang seterusnya, tak pasti lagi apa yang nak dicipta lagi tapi buat masa ini masih lagi berusaha nak baikkan lagi hasil kek keju supaya lebih sedap dan mantap lagi nanti.
Lebih kurang hero dalam drama korea king of baking sekarang ni. Semangat macam nak jadi Master Bakery. Harapnya semangat nak belajar pada tahun akhir akan datang pun lebih kurang juga hebatnya macam nak buat kek ni, InsyaAllah.

Wednesday, August 10, 2011

mereka nak balik dah??


Assalam alaikum,
Dalam tak sedar Senior dah ramai yang pulang ke Malaysia selepas tamatnya pengajian mereka disini. Hari ini ada lagi beberapa senior yang akan bertolak pulang ke Malaysia daripada Queen Alia International Airport, Jordan. Rupa-rupanya pada hari esok boleh diistilahkan seperti segerombolan sahabat-sahabat satu batch terutamanya yang lelaki akan bertolak pulang untuk berhari raya di kampung halaman masing-masing di Malaysia.

Kebiasaannya memang ramai pelajar Malaysia di Jordan ini akan pulang beraya di Malaysia apabila tibanya bulan Ramadhan. Namun kebiasaan itu dikecualikan kepada diri ini. Tidaklah sedih sehingga menjatuhkan air mata yang begitu mahal ini tetapi bolehlah dikatakan perasaan ini menjadi bercampur baur melihatkan situasi ini. Mana kan tidak kerana inilah kali pertama saya menyambut Ramadhan dan InsyaAllah Aidilfitri jauh di perantauan ini.

Walaupun bukanlah seorang anak yang banyak menyumbang kepada keluarga ketika mereka disisi, bila berjauhan kerinduan dan sayang itu terus tumbuh tanpa disedari. Semoga Mereka yang dirindui seihat sejahtera di sana dan bagi sahabat yang akan bergerak pulang tidak lama lagi semoga selamat sampai dan pulang kembali ke sini dengan semangat yang lebih kuat untuk meneruskan perjuangan tahun akhir di Bumi Jordan ini. InsyaAllah..

(-_________-)




Sunday, August 7, 2011

My 1st Ever Blueberry Cheese Cake..

 
Assalam...well..This is my first ever Blueberry Cheese Cake..wiiiiii (^_^)..
Masa mula-mula mintak resepi ni pada 'miss gyu won'....memang tak yakin sangat nak buat sebab tak pernah ayat nak sentuh oven apatah lagi buat kek & kuih semua tu kan.


Tapi........tengok gambar ni macam jadi kan..macam je lah...Jangan lah anda rasa orang yang pemilik blog ni saje nak tunjuk 1st kek dia buat sedap sangat, dan kalau nak tahu sedap ke tidak bolehlah email or mesej pada orang yang membuat kek ni baru lah tahu kan macam mana rasanya.

Actually taste bud saya memang universal. Apa yang rasa semuanya kira bolehlah, so blueberry cheese cake di atas ni boleh dikatakan dalam kategori bolehlah ataupun so-so..haha..

Dan yang paling penting kalau saya nak masak atau buat apa-apa memang tak suka tengok resepi di internet ke, buku ke, sebab kebanyakannya kan agak rumit nak baca dan faham. Konklusi kepada masalah itu ialah bertanya pada kawan-kawan dan selalunya penerangan mereka amat ringkas dan mudah.

Ada sesiapa yang nak cuba resepi Blueberry Cheese Cake ni..?? (^_^)




Thursday, July 28, 2011

Kewangan Islam & Penerimaan Masyarakat terhadapnya.


Assalamualaikum wbt,

Sebenarnya tidak terfikir atau terlintas langsung nak menulis artikel tentang bidang yang dipelajari ini walaupun sudah hampir 3 tahun berada dalam ekonomi dan perbankan islam di Universiti Yarmouk. Merasakan bahawa diri ini masih lagi tidak layak dan tidak mempunyai ilmu yang mendalam tentang bidang ini tapi insyaAllah dikurniakan ilham oleh Allah swt untuk menyedari kenapa perlunya orang islam didunia ini berpegang hanya pada kewangan dan perbankan islam.

Realitinya masyarakat di Malaysia masih lagi tidak dapat memahami dan boleh juga dikatakan mereka masih tidak mahu menerima kenyataan dan hakikat sebenar tentang kebenaran kewangan dan perbankan islam. Bila kita berceritakan perihal Riba', ramai yang mengakui status keharaman Riba' itu dan juga akibat kepada yang terlibat walaupun sedikit dengan Riba' itu. Tetapi tahukah anda bahawasanya masih banyak lagi yang tidak mengetahui faedah ataupun Interest yang digunapakai dalam perbankan konvensional juga adalah Riba'.

Jangan pelik dengan kenyataan ini kerana masyarakat di Malaysia sudah ditanam dengan kefahaman tentang Riba' itu adalah bunga yang digunakan oleh ceti haram ataupun pemberi pinjam dikala peminjam mereka lambat melangsaikan hutang mereka. Riba' yang mereka fahami itu adalah tambahan ataupun denda yang dikenakan mungkin sebanyak 1 kali ganda ataupun 2 kali ganda daripada nilai yang dipinjam.

Kita sudah sedia maklum tentang haramnya bunga itu dan juga takrifan Riba' itu. Namun masih ramai yang tidak tahu bahawasanya interest didalam perbankan konvensional itu juga adalah Riba' yang jelas ternyata haram berdasarkan dalil daripada Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW.

Fenomena yang ingin saya sentuh adalah kenapa masih ramai ummat muslimin diseluruh dunia umumnya masih lagi menggunakan Sistem Perbankan Konvensional. Dan ingin saya tekankan disini, selain daripada sistem perbankan islam itu hanyalah sistem perbankan konvensional dan tidak ada pengecualian walau sedikit mana pun. Selagi sistem itu tidak bebas daripada Riba', tidak dinafikan lagi tentang kekonvensionalan sistem itu berdasarkan pengamalan dengan Riba'.

Ramai yang mengatakan Sistem Perbankan Islam tidak ada bezanya dengan Sistem Perbankan Konvensional ataupun yang tidak menggunakan dalil-dalil yang telah ditetapkan dalam Islam. Sistem Perbankan Islam juga dikatakan mempunyai kos yang lebih tinggi dalam setiap produk yang disediakan dan juga perkhidmatan yang tidak secepat Sistem Perbankan Konvensional. 

Bila kita berbicara tentang perihal yang berkaitan dengan agama sebenarnya susah untuk berjaya dengan kadar masa yang begitu singkat berbanding dengan perihal hiburan dan perihal dunia. Itu adalah lumrah dan realiti dunia kini. Perihal agama tidak boleh disebarkan dengan senangnya dan tempatnya adalah terhad. Manakala perihal hiburan, sukan dan sebagainya tiada batasan tentang penyebarannya. Buktinya kita dapat lihat daripada masyarakat kita yang menjadikan Berita di Televisyen dan juga surat khabar sebagai sumber maklumat kehidupan mereka sehingga meletakkan Al-Quran dan Hadis Baginda SAW ditangga bawah daripada sumber-sumber dunia mereka.

Pernah Baginda SAW menyatakan didalam sebuah Hadisnya , mafhumnya, 'Tidak akan sesat umatku selagi mereka berpegang dengan 2 perkara ini, iaitu Al-Quran dan Sunnahku'. 

Sudah lupakah kita dengan dalil-dalil sohih yang selalu disebut oleh para Ulama' dan juga didengar didalam setiap tazkirah, ceramah dan sebagainya ??? Masih lagi dengan kebergantungan kita dengan sumber dunia yang hakikatnya bukanlah satu tempat yang kekal abadi.

Namun kebanyakan insan akan menyalah anggap dengan istilah yang disertakan sekali dengan kalimah Islam. Kenapa??, Kerana disebabkan ummat Islam kini ramai yang telah mencemarkan keharuman dan kesucian agama mereka itu sendiri. Jika kita lihat dari segi logik akal apabila didalam satu kumpulan atau keluarga terdiri daripada seseorang yang berlatar belakang sebagai penjahat atau penjenayah, keraguan untuk menerima setiap daripada ahli kumpulan itu atau keluarga itu akan jelas ternyata daripada kumpulan yang tiada latar belakang yang buruk itu. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, frasa yang lebih senang untuk kita gambarkan kenapa Islam itu sendiri susah untuk diterima dengan mudahnya.

Didalam Islam, kita tidak perlu untuk membenci kepada orang jahat, akan tetapi kita perlu membenci dengan perbuatan jahat yang dibuatnya kerana untuk menghakimi seseorang itu bukanlah dalam bidang kuasa makhluk yang bergelar manusia di muka bumi ini, itu semuanya adalah bidang kuasa yang Maha Esa iaitu Allah SWT.

Jika kefahaman kita semua masih lagi tidak masak dengan sepenuhnya tentang kebenaran dan hakikat kewangan Islam itu sendiri, tidak peliklah jika masih lagi kita dengar dan terbaca kes-kes rasuah, pecah amanah, kecurian dan sebagainya. Marilah kita cuba untuk berusaha mencari yang benar dan bongkarkan kepada masyarakat tentang hakikat, kebenaran dan kepentingan kewangan islam.

Janganlah disebabkan bukan kebiasaan dan kelainan yang amat ketara daripada individu lain menjadikan kita salah seorang hambaNya yang tidak mengiktiraf kesahihan dan kebenaran undang-undang yang telah disampaikan olehNya didalam KitabNya. Semoga kesedaran masyarakat tentang ini akan timbul jua satu hari nanti. InsyaAllah...sekian wassalam..


Saturday, July 23, 2011

~Tips cover malu~





Jika diketawakan Kerana Tertidur.
- Jika anda diketawakan rakan kerana tertidur di ofis @ kls @ kuliah  hingga terleleh air liur basi, anda hendaklah terus bangun dengan keadaan separuh sedar! Kemudian buat-buat kena sawan sambil keluarkan lagi air liur. Gerenti member anda akan panik dan berhenti ketawakan anda!haha

Jika Silap Tegur Orang
- Kalau anda tersilap menyapa orang yang tidak dikenali, anda hendaklah teruskan menegur orang itu dan menganggap anda kenal orang itu dan terus bagi duit dekat dia. Kononnya anda pernah berhutang dengannya. Mesti dia akan mengaku anda kenalannya..

Jika Diketawakan Kerana Zip Seluar Terbuka
- Jika anda ditegur orang kerana zip seluar terbuka, jawablah dengan selamba dengan mengatakan ini adalah gaya berfesyen atau katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsafah "Biar rosak zip, jangan rosak akhlak!"hak3

Jika Tercakap Sorang Diri
- Kalau anda bercakap seorang diri kerana member tertinggal di belakang, jangan panik! Apa yang perlu anda lakukan ialah teruskan bercakap dan ketawa seorang diri sambil menyumpah member anda itu. Tentu orang takkan gelakkan anda kerana menyangka anda ada masalah mental kronik!

Jika Tersilap Masuk Tandas Wanita/ Lelaki
- Jika tersilap masuk tandas wanita /lelaki, apa yang anda perlu buat ialah anda perlu buat muka gelabah puyuh dan cemas sambil "berlakon" menyatakan tujuan anda mencari isteri/suami anda yang dah sejam tadi masuk tapi tak keluar-keluar lagi!

Selamat mencuba ye! 
Credit to lovely Ustazah hana--SMA Al-Ihsan (^_^) 

Friday, July 22, 2011

Ilmu, Cita-cita & Ketentuan


Salam Alaikum wbt,
Hari Jumaat bagi seorang pelajar Malaysia Jordan adalah hari yang selalunya tidaklah sibuk dan padat, saya pula bercadang untuk memasak tapi ayam masih lagi keras dek kerana lama letak dalam peti ais. Sambil menunggu terdetik untuk menyambung aktiviti berblogging ini.

Tentang Ilmu, cita-cita dan ketentuan. Satu tajuk yang pada saya amat sesuai dibincangkan dalam kalangan pelajar-pelajar tidak kira diluar negara ataupun dalam negara. Bermulanya langkah kita untuk mencapai cita-cita dengan menuntut ilmu. Ada yang meminati bidang astronomi, perubatan, kewangan islam, pendidikan, pertahanan dan sebagainya. Bermulanya semua itu dengan pilihan yang dibuat oleh diri kita sendiri ataupun ibu bapa kita yang menunjukkan jalan itu pada awalnya dan kita pun melalui jalan itu dengan usaha-usaha yang ada.

Kita meminati bidang ekonomi sebagai contohnya. Ilmu yang hendak kita isi dalam kotak maklumat dan dada ini mestilah berkaitan dengan ekonomi dan yang sewaktun dengannya. Dugaan dan cabaran yang bakal ditempuhi dalam setiap bidang yang dipilih juga akan mempengaruhi minat kita terhadapnya. Namun, apabila kemahuan kita adalah satu kemahuan yang susah untuk ditiup tumbang dan terbang keawangan, pastinya segala cabaran dan dugaan dapat kita tempuhi walaupun memerlukan pengorbanan yang besar.

Lumrah hidup didunia jika seorang pelajar itu mendalami ilmu ekonomi, pastinya dia akan menjadi seseorang yang berada didalam industri ekonomi negara. Jika seseorang pelajar itu mendalami ilmu kejuruteraan, pastinya dia perlu memasuki bidang kejuruteraan apabila sudah bergelar graduan kelak. Tetapi, tidak semua yang tahu bagaimana kesusahan dalam memutuskan sesuatu keputusan seperti cita-cita kita. Teringat sewaktu kecil, seorang kanak-kanak mampu meluahkan cita-citanya kepada sahabat, guru dan ibu bapa dengan yakinnya. Keyakinan untuk luahan itu akan menjadi semakin sukar. Semua itu adalah kerana kesedaran kita tentang bagaimana dunia yang bakal ditempuhi setelah habis menuntut di Universiti.

Sebagai contohnya seorang pelajar ijazah sarjana yang akan menghadapi 4 tahun kehidupan sebagai mahasiswa di sebuah Universiti diluar negara. Tahun pertama bergelar mahasiswa, kita akan mempunyai satu semangat yang selalunya semua pelajar tahun pertama ada. Jika dibidang ekonomi islam atau perbankan islam, semangatnya amat besar dan kuat untuk meletakkan cita-cita sebagai penasihat syariah di mana-mana institusi bank.

Tahun seterusnya akan membuatkan seseorang itu menilai kembali cita-citanya itu, bukan disebabkan itu satu cita-cita yang terlalu tinggi atau besar, namun itu semuanya adalah ketentuanNya. Kita tidak perlu menyempitkan cita-cita dengan bidang yang kita dalami. Dan selalunya itulah yang menjadi punca pengangguran mahasiswa luar atau dalam negara.

Seorang pelajar ekonomi dan perbankan islam boleh menjadi seorang pensyarah, seorang pelajar kejuruteraan boleh menjadi CEO sebuah syarikat, seorang pelajar perniagaan boleh menjadi pegawai bank, kerana apa..? kerana telah ditentukan olehNya. KetentuanNya adalah yang pasti. Selagi kita hidup sebagai seorang manusia dan sebagai hambaNya, selagi kita bernafas dengan udaraNya, selagi itulah rezeki dan nikmatNya akan kita terima. Jangan takut dan bersedih, Allah swt  selalu bersama hambaNya.

Jangan risaukan masa yang akan datang, jangan endahkan masa yang silam, fokus pada masa yang bersama kita sekarang. Sebagai seorang pelajar contohnya, belajar itu lebih penting daripada kesusahan dan kesulitan dalam memikirkan apa yang perlu kita lakukan untuk perancangan masa hadapan sehinggakan pembelajaran kita terganggu disebabkan kesulitan itu.

Belajar, belajar dan belajar. Terapkan segala ilmu yang kita perolehi. Jangan hanya mendapat markah yang  tinggi tetapi ilmu itu hanya setakat kertas soalan test 1 dan test 2 ataupun final exam. Biarlah ilmu itu sehingga akhir nafas kita di dunia ini. Jadikanlah ilmu itu satu pelengkap bagi diri kita untuk berdakwah didalam masyarakat.

KetentuanNya adalah yang paling terbaik untuk setiap hambaNya. kita telah sedia maklum tentang itu dan perlu menerima setiap apa yang kita perolehi walaupun bukan dalam perancangan kita sekalipun. Seperti juga kita menerima apa yang dirancang dan diberikan oleh ibu bapa kesayangan kita seperti itu juga kita perlu menerima ketentuanNya kepada diri kita.

Belajarlah sahabat, belajarlah adik-adik, belajarlah semua. Ingat bahawasanya kita mempunyai masyarakat yang memerlukan kita membimbing mereka kearah kebenaran. Kuatkan semangatmu dan tabahkanlah hatimu untuk menjadikan transformasi komuniti itu kepada yang lebih baik satu kejayaan yang hakiki.


Summer, RamaDhan Kareem...


Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah Summer Short Sem dah nak habis lebih kurang dalam 2 minggu lagi akan menghadapai FINAL EXAM !!!

Hahhhh!!! Final Exam dah ke..?? Sangat cepat masa berlalu kan. Senior pun tinggal lebih kurang 2 minggu juge mase mereka disini bersama kami semua. Harapnye dapat cipta sebanyak-banyaknye kenangan bersame mereka disini. 

Kepanasan Soifi semakin menghampiri kami di Jordan ni. Sememangnya perbezaan yang amat ketara dengan kepanasan yang biasa di Malaysia. Namun, selalunya orang akan membidas ayat ini dengan ayat 'Baru panas diDunia, Panas di Akhirat lebih Dahsyat' .

So, bagi sesiapa yang nak merungut dengan ketidakselesaan soifi kali ini berjagelah dengan ayat anda ye sebab silap hari bulan hati kite yang tidak selesa dengan sindiran sahabat lain pulak kan. 

InsyaAllah tak lame lagi Ramadhan Al-Kareem akan muncul lagi, Ya Allah, berikanlah kami kesempatan untuk sampai ke Madrasah Ramadhan al-Kareem. Bercerita tentang Ramadhan amatlah menyentuh hati ini sebagai seorang anak yang merantau jauh daripada keluarga kesayangan untuk menuntut ilmu menjadi seorang anak yang soleh/solehah dan juge pendakwah kepada masyarakat di Tanah Air yang tersayang.

Dugaan dan cabaran itu dimane saje akan kite laluinya dan ianya hanya bergantung kepada diri setiap individu itu bagaimana die menghadapi cabaran dan laluan kehidupan yang ber onak duri itu. Ketabahan hati kite terbina daripada jangkaan kite terhadap dugaan itu. Jika kite langsung tidak mengendahkan dugaan dan cabaran yang lazimnya akan dan bakal kite hadapi pada setiap nafas kehidupan didunia ini, selalunye seseorang itu akan mudah terjatuh dan terluke apabile dugaan yang tidak pernah diduge datang dengan tiba-tiba.

Begitulah juge Semester Soifi ini, kami melaluinye dengan banyak dugaan yang tidak diduge dan juge yang paling dirasekan ialah perjalanan mase yang amat cepat, dalam tak sedar, sem soifi ini bakal tamat dan juge bakal menempuh Madrasah Ramadhan pule. 

Doalah sahabat sekalian memohon kepadaNya diberikan kekuatan dan ketabahan hati selame kite bernafas dengan OksigenNya, selame kite hidup dengan NikmatNya dan segalanya supaya kite terus melangkah dan maju kehadapan sebagai seorang Insan yang berguna dan juge hambaNya yang bertaqwa kepadaNya, InsyaAllah (^_^)

Sehingga kite bertemu lagi pada masa yang akan datang,sekian wassalam alaikum wbt...

Tuesday, June 21, 2011

Mampukah Diriku ini..??



Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah setelah sekian lama menyepi hari ini dapat juga meluangkan masa untuk menyiapkan sebuah cerita pendek. Menarik ataupun tidak belum dapat kenal-pasti lagi. Harapnya sampai maksudnya ini kepada tempat yang harus disampaikan. Bila mana ada waktu kosong memang bermacam idea keluar untuk mereka cerita dan semoga tidaklah berbelit ayat didalam cerita dibawah ini..

Mampukah Diriku ini..??

Setelah sekian lama dirinya menyepi dan aku masih tertanya apa yang perlu aku lakukan untuk menghilangkan kesepian itu. Apa sahaja yang diriku ini mampu lakukan.? Tatkala sedang berfikir, aku teringat saat mendapat berita yang menjadi punca dirinya menyepi dan ternyata diri ini lah yang menjadi puncanya. Kononnya mahu memilihnya untuk membahagiakan tapi seringkali diberikan kesedihan dan kesulitan. Betapa sedihnya diriku ini yang tidak dapat melakukan apa-apa untuk membetulkan keadaan. Betapa lemahnya diri ini dan betapa teruknya diri ini. Namun ku lihat semua itu sebagai satu dugaan yang Maha Esa kepada aku untuk melihat kekuatan dan ketabahan hati hambaNya. 

Kalau tidak membebankan,tidak menyakitkan,tidak memedihkan tidak menyedihkan, itu bukanlah dugaan dan cabaran namanya. Dugaan mengajar sesuatu kepada penerimanya yang susah untuk dipelajari oleh sesiapa pun. Disitu kita dapat lihat betapa istimewanya dan berharganya dugaan yang Allah swt berikan kepada kita. 

Tidak habis dengan dugaan itu, tersentak dengan berita yang menyedihkan, terdiam diriku seketika. Ya Allah,mampukah diriku ini..??. Titisan air mata jatuh ke bumi yang ku anggap sebagai kelemahan ini jatuh dengan harapan semuanya berakhir dengan kemanisan. Mampukah diri ini mengharungi dugaan yang Kau berikan?? Aku hanyalah insan dan hambaMu yang sangat lemah. Berikanlah kekuatan dan ketabahan kepada kami.

Diri ini amat terasa diuji apabila ditimpakan dengan dugaan-dugaan yang datang tanpa dijangka. Seringkali aku bertanya kepada diri sendiri, kenapa semuanya berlaku diluar jangkaan??kenapa semua yang berlaku sangat berat?? Namun apa yang berlaku ada hikmahnya dan aku perlu kuat supaya orang disekelilingku akan dapat ku lindungi daripada ribut badai dan angin kencang yang akan lebih mencabar kehidupan didunia ini kelak.

Dan tanpa khabar berita, masih lagi menerima tetamu tanpa diundang. Namun tetamu kali ini sangat pedih untuk menerimanya. Kenapa perlunya tetamu ini berkunjung pada masa ini?? Diriku sudah tidak berdaya untuk menanggung semua ini berseorangan tetapi masih lagi aku menerima kunjungan tetamu yang tidak diundang ini. Secara ikhlasnya, aku sudah tidak berdaya untuk melaluinya, aku memerlukan kekuatan, namun kekuatan itu pun diuji juga. Mampukah diriku ini..??

Jelaslah apa pun yang datang mesti diterima dengan hati yang terbuka. every tears worth the reason. Walaupun perlu menahan tapi sebagai insan yang lemah tidak dapat lari daripada mengalirnya air mata ini. Namun aku amat tertarik dengan tetamu yang kadangkala datang memedihkan diri ku ini kerana setelah sekian lama beliau tidak berkunjung. Adakah ini hanyalah mindset yang berlaku tatkala diri ini terase kesepian. Kalau dilihatkan kepada kesalahan yang sebelum ini, mungkin ini worth kepada kesalahan itu. Sepedih mana dan sesakit mana, perlu untuk menangggungnya sehingga masa yang telah ditentukanNya.

Maafkanlah diri ini. Sesungguhnya walaupun tidak sanggup lagi menerima Kau gantikanlah kesedihannya dan dugaannya kepada diri ini. Letakkanlah hanya pada diri ini. Redha dengan apa yang akan berlaku kelak. Gembirakanlah dirinya dan itu sudah memadai walaupun terpaksa menanggung derita ini. Ampunkanlah diriku ini..walalupun ku sering bertanya, mampukah diri ini..?? namun aku masih ingin melindunginya sehingga akhir hayatku. Maafkan ku.


Thursday, May 12, 2011

Final Exam ?!!


Assalamualaikum wbt,,
“ALAMAK!!!! FINAL exam la tu..laa..cepatnye die mai sini”

Begitulah respon sesetengah pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan. Tidak kira peperiksaan akhir ataupun yang biasa, persediaan tetap senjata yang penting bagi seseorang yang bergelar pelajar.

Kami di Jamiah Yarmouk pun sudah memasuki fatrah imtihan final sekarang. Harap semua mendoakan kami dapat menjawab dengan baik dan cemerlang dan semoga ilmu yang kami pelajari daripada Doktor-doktor di Jamiah bukan sahaja dapat diaplikasikan didalam imtihan, bahkan dalam kehidupan seharian supaya dapat memberikan 1001 manfaat kepada masyarakat apabila kami pulang ke Malaysia kelak.

Kalau nak dibicarakan tentang Final Exam ni, macam-macam perasaan wujud dalam diri. Takut, gembira, keliru, gementar dan segala jenis perasaan boleh muncul. Banyak mana pun persediaan yang dilakukan tetap akan gementar kerana takutkan persediaan yang telah dibuat masih tidak mencukupi dan tidak berbaloi.

Yang pentingnya adalah, Kita berusaha secara berterusan dan ikhlas kerana ALLAH swt. Bukan sahaja belajar untuk peperiksaan , belajar untuk ilmu dan letakkan niat untuk dakwah kita kepada masyarakat, insyaALLAH dengan itu, hati kita akan jadi tenang dan bersih daripada segala kerisauan dan keraguan untuk menghadapi peperiksaan yang menjelang tiba.

Siapalah yang tidak risau walau segelintir dalam hati kan. Jadi, buatlah persediaan secukupnya dan jangan jemu berdoa kepada ALLAH swt dan ikhlaskan hati dalam setiap doa kita.

InsyaALLAH bittaufiq wannajah untuk semua sahabat-sahabat yang bakal menduduki peperiksaan akhir semester 2/2011 di Jamiah Yarmouk, Jordan. (^_^)


Thursday, April 21, 2011

Freedom...penyuntik semangat revolusi di seluruh dunia


 salam alaikum wbt,
alhamdulillah, baru je terjumpe satu lagu ni yang agak sedap didengar dengan rentak yang harmoni nye.
Freedom by brother Maher Zain..


Liriknye memang bermakne untuk kite hayati tentang kepentingan revolusi2 yang sedang berlaku di dunia ni khususnye di tanah arab.

Revolusi rakyat berlaku untuk menunjukkan kepada dunia bahawasanye keadilan, amanah dan kejujuran pemimpin dan seluruh barisan pentadbiran adalah amat penting kepada rakyat.

Menjadi pemimpin bukanlah bermaksud menjadi Bos yang hanye duduk dikerusi, menunggu gaji datang setiap bulan, dan mengikut telunjuk pihak2 yang jelas tujuan mereka hanye untuk memusnahkan umat islam kini.







Freedom oleh brother Maher Zain banyak memberi semangat dan kesedaran tentang isu yang berlaku dan kepentingannya..all the best for brother Maher Zain..keep it up bro..


Lirik nye :(Jom sing together gether he3 )
Freedom by Maher Zain

Gathered here with my family
…My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn’t matter where you’re from
Or if you’re young, old, women or man
We’re here for the same reason; we want to take back our land
Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us
No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we’ve taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we’re almost there
Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us
I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we’re not backing of
Oh God we know you hear our call
And we’re calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us

*tribute to all that related to this video especially Brother Maher Zain and the awakening records crew (",)