Wednesday, August 22, 2012

Suasana beraya di rumah Nenek


Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah sejak cuti-cuti ni baru lah ada banyak kesempatan nak update entri terbaru, kalau tak memang nak jeling laptop ni pun jangan harap.
Pada 19 Ogos 2012 yang lalu, bersamaan 1 Syawal 1433H , semua umat islam diseluruh pelusuk dunia menyambut Aidilfitri ataupun Hari Raya Aidilfitri. Memandangkan tahun ini saya pulang ke kampung halaman tercinta, sambutan ini menjadi bertambah meriah(kononnyer..haha ;D ).

Selesai sahaja solat sunat Aidilfitri di Masjid Sultan Ahmad 1 di bandar Kuantan, kami sekeluarga menziarahi kubur arwah atok berdekatan Taman Tas. Selepas itu kami pulang ke rumah Nenek belah Ibu saya di Indera Mahkota 2 yang sudah menerima kepulangan ramai sanak-saudara pada malam raya.

Juadah Raya kalau tiada memang hilang semangat nak beraya, so, tahun ini seperti biasa juadah raya, kuih raya dan yang paling penting, duit raya semua complete ada. Acara yang paling penting pada Hari Pertama Aidilfitri ni tak lain tak bukan, Pictures snapping time la kan..inilah hasilnya...

Say CHEEZZZZZ!!!!!!!!!!
Haa..ini lah dia sanak saudara yang bahagia bersama bile beraya kat rumah Nenek. Kita mulakan dengan pengenalan family ye..

Antara pakcik yang paling tinggi yang ada kat rumah Nenek masa Raya Pertama ni adalah Uncle Riduan yang merupakan anak ke-4 Nenek daripada 11 beradik..
Cute Orange Family
Dari kiri belakang : Abg Sufiyan, Adik Syamil & Kak Syasha.
Dari kiri depan : Uncle Riduan, Adik Syariff & Auntie Syidah.
Yang kedua selepas Uncle Riduan ialah Pak Anjang..Pak Anjang pulak adalah anak ke-7 Nenek daripada 11 beradik semuanya..Tema keluarga Anjang tahun ni....
Smart Purple+Orange Family
Dari Kiri : Along Syafiq, Iqa, Mak Anjang, baby Irfan, Pak Anjang & Angah Syahir.
Cik Ajid pulak anak yang ke-8 selepas Pak Anjang..Special Theme family mereka Raya tahun ni..
Beauty Blue Family
Dari Kiri : Erry, Cik B, Adik Awien & Cik Ajid.
Cik Lah pulak anak yang ke-9 Nenek dari 11 beradik..Biru juga tapi biru family ni lain dari yang lain...
Sweet Blue Family
Dari Kiri Belakang : paeh, Abby, Cik Man.
Dari Kiri Depan : Dik Nor, Fazeera, Cik Lah.

Dan Last family Picture..of course la my sweet lovely family. Ibu Merupakan anak yang ke-10 selepas Cik lah. Jatinya tema Pahang kami Raya tahun ni ye.
Black & White Family
Dari Kiri : Angah, my Ibu , Saya(menyelit kat tengah2 tu) ,  my baba & Ajai.
Dan Setiap kali raya, tidak sah kalau tak snap gambar makcik2 berposing. Untuk memeriahkan lagi suasana, makcik2 dalam family kami semua ni memang sporting2 dan peramah semuanya..Dalam Gambar dibawah saya perkenalkan Nenek saya yang duduk dibelah kanan dan sebelah kiri tu Acu yang selalu happy kalau hari raya sebab suka dapat duit raya..hehe , anak bongsu Nenek iaitu yang ke-11, Orang kata Nenek selalu manjakan Acu, biasalah kan, kata anak bongsu mestilah dimanja-manja kan. Family saya je yang lain daripada yang lain, anak sulong yang jadi anak manja(entah betul ke tidak..hahaha)
Dari Kiri Berdiri : Auntie Syidah, Cik Lah, Mak Anjang, Ibu & Cik B.
Dari Kiri Duduk : Acu & Nenek.

Akhir Kalam, memang suasana ini sangat berharga dan saya yakin setiap orang melalui pengalaman yang sama, Namun tidak dilupa juga pada saudara kita sudah tiada peluang untuk menyambut aidilfitri kali ini dengan sanak saudara. Hargailah setiap ikatan yang telah terjalin sejak kita lahir ini. Supaya Allah swt jadikan ikatan kita lebih Akrab, Tulus dan Ikhlas dan lebih kuat dan teguh dalam menghadapi segala rintangan dan dugaan dalam kehidupan.

Salam Aidilfitri kepada semua sanak saudara, rakan taulan dan sahabat yang mengenali kami semua.
 تقبل الله منا ومنكم وكل عام وأنتم بخير

Eid Mubarak 1433


Assalamualaikum wbt,
Masih belum terlambat nak ucapkan Salam Aidilfitri kepada semua insan yang menyambut Eid Mubarak 1433 tahun ini. 

Bila sampai saat nak menyambut Aidilfitri ataupun di Malaysia lebih dikenali sebagai Hari Raya ni, memang macam-macam tafsiran boleh kita huraikan dan gambarkan. Sebagai contoh, di Malaysia, sebelum bulan Ramadhan tiba kita sudah mula fikirkan bagaimana persiapan untuk raya nanti. Baju Raya, Kuih Raya, Juadah Raya, Rumah Raya, Kereta Raya, dan antara yang paling orang fikirkan adalah Duit Raya.

Sudah menjadi keperluan untuk setiap isi rumah merancang persiapan lebih awal supaya tidak susah di kemudian hari tetapi ibadah di bulan Ramadhan yang mulia pun janganlah sampai diabaikan dengan kesibukan untuk menyambut Hari Raya sahaja.

Bagi sesiapa yang masih belum mempunyai 'single-mingle' diluar sana janganlah sibuknya untuk persiapan raya melebihi orang yang sudah berkeluarga. Lebih baik untuk kita fokus kepada yang lebih utama buat kita iaitu Bulan Ramadhan. Masa ini lah kita nak tarbiyah diri kita yang insyaAllah akan tiba juga masa untuk berkeluarga dan mempunyai tanggungjawab yang besar dan yang paling penting, 100% pasti dan muktamadnya kita akan pergi mengadap Illahi suatu hari nanti.

"Carilah rezeki seumpama kita akan hidup 1000 tahun lagi,
Dan beribadahlah seperti kita akan mati pada keesokan harinya."

Pepatah ini biasa saya dengar dalam setiap tazkirah ataupun ceramah(nak kate rajin gi tazkirah & ceramah lettew..konon je wat ayat ni..hehe). Walauapapun janganlah kita lari daripada tujuan sebenar kita hidup atas muka bumi Allah swt ini.

Ramadhan 1433 yang lalu telah berlalu meninggalkan kita. Doalah sebanyak dan sekerap mungkin supaya kita dapat bertemu lagi Ramadhan yang akan datang. Bulan yang membawa semua manusia kembali kepada fitrah sebenar kenapa kita dicipta dan dijadikan khalifah di Bumi Allah swt. Ramadhan yang sangat istimewa dan lain daripada bulan yang lain kerana bulan Ramadhan sahaja yang mampu membawa setiap umat islam diseluruh dunia beristiqamah di masjid-masjid dan surau-surau. Bulan Ramadhan sahaja yang mampu membuatkan setiap umat islam diseluruh dunia bangun malam menunaikan solat tahajud dan menadah tangan memohon ampun kepada Allah swt setiap malam. Bulan Ramadhan sahaja yang mampu menjadikan masjid dan surau penuh dengan kehadiran insan-insan yang ingin menunaikan solat sunat tarawih dan juga tazkirah untuk pengisian rohani. Sedekah dan derma tidak putus kunjung tiba di setiap rumah anak yatim, rumah orang tua dan setiap institusi kebajikan. Dan yang paling penting, bulan Ramadhan sahaja yang mampu melemahkan nafsu kita untuk melakukan kejahatan dan kemungkaran, kurangnya umpatan dan celaan, banyaknya tadarus Al-Quran dan kelas-kelas agama.

MasyaAllah, sungguh istimewa bulan Ramadhan kan. Setiap daripada kita akan mengambil kesempatan diatas barakahnya Ramadhan ini dengan melakukan amal ibadah mengikut kemampuan diri masing-masing. Alhamdulillah, dimana sahaja akan kelihatan biah soleh ini kerana Allah swt memang menjadikan bulan Ramadhan ini sebagai bulan untuk setiap manusia sedar akan tujuan sebenar kita dicipta oleh Allah swt iaitu tidak lain tidak bukan, untuk beribadah kepada Allah swt.

Kalaulah, di bulan Ramadhan kita mampu untuk bangun pada setiap malam, menangis memohon taubat dan ampun dari Allah swt, membaca Al-Quran pada setiap selepas waktu solat, hadir ke masjid dan surau untuk bersolat jemaah dan banyak melakukan amalan sunat, TAKKANLAH pada bulan-bulan yang lain, yang makan minum kita lebih daripada cukup di siang hari, lansung tidak dapat kita teruskan semua yang kita sudah kerap lakukan selama sebulan dalam Ramadhan.

Antara ibadah yang paling Allah swt suka ialah yang istiqamah walaupun sedikit. Apa kita tunggu lagi, ambil lah sebanyak mana peluang yang telah Allah swt berikan kepada kita sementara kita masih lagi bernafas dengan udaraNya dan melangkah diatas bumiNya ini. 

Jangan lupa juga sambutan Syawal tetap perlu kita teruskan dengan suasana yang gembira dan ceria. Salam Aidilfitri 1433 kepada semua rakan-rakan yang mengenali saya ataupun tidak. Kullu 'am wa entum bikher. Taqabbalallahu minna wa minkum. wassalam alaykum.



Tuesday, August 21, 2012

Eid 1433


Assalamualaikum wbt,
Salam Eid Mubarak kepada semua rakan-rakan,Kullu 'am wa entum bikher, Taqabbalallahu minna wa minkum. Semuanya adalah uslub ataupun ucapan yang digunakan sempena menyambut aidilfitri saban tahun. InsyaAllah dengan barakah dan nikmat yang Allah swt kurniakan kepada kita semua pada Aidilfitri kali ini menjadikan kita lebih mensyukuri apa yang kita punyai selama ini.

Hari ini sudah raya ke4. InsyaAllah sebelum zohor mungkin kami sekeluarga akan bertolak ke rumah makcik yang berada di Pekan, Pahang. Perjalanan tidaklah begitu jauh daripada Kuantan. Seperti Syawal pada tahun yang lepas, kami menyambut Aidilfitri bersama sanak-saudara di rumah nenek yang berada di Indera Mahkota. Hampir semua pakcik dan makcik daripada luar Pahang turut pulang untuk menyambut bersama. Mungkin kebetulan tahun ini giliran semua beraya pertama di rumah nenek. 

Tahun ini agak kelainan suasana beraya di rumah nenek kerana dengan kehadiran saya yang agak mengejutkan semua orang yang masih tidak tahu tentang kepulangan saya untuk menyambut Aidilfitri 1433 bersama keluarga tersayang. Sepupu yang kebanyakannya sudah besar dan matang semuanya, menjadikan suasana lebih mesra dewasa. 

Supaya ikatan ini lebih akrab, ikhlas dan tulus sehingga syurga. Bersihkanlah hati-hati kami dalam berjuang ke syurgaMu ya Allah. Amenn..



p/s: kepada sesiapa yang kenal dan ada di Kuantan, jom lah datang beraya di rumah ye.call dulu sebelum plan nak datang ;)

Wednesday, August 15, 2012

Turkey Winter Camp Part 1


Assalamualaikum wbt,
Winter break baru ni berpeluang bercuti ke Turkey yang terkenal dengan sejarah Khilafah Uthmaniyah yang sangat-sangat-sangat kuat suatu ketika dahulu. Banyak pengalaman baru kami dapat sepanjang percutian kesana. Beberapa sedutan video juga sempat dirakam untuk di-edit dan di-upload di Channel Utube saya.

Dan...

Alhamdulillah baru selesai edit video semasa bercuti di Turkey Januari yang lepas.
Cumanya video yang di-upload tu hanya bahagian pertama antara perjalanan kami daripada Amman hingga ke Istanbul dan perjalanan kami ke Konya dengan bas yang disewa. InsyaAllah samada esok ataupun lusa saya akan continue edit video bahagian seterusnya tentang apa yang berlaku di Konya, Bursa dan Istanbul.

Konya Mosque

Harap semua terhibur. Selamat menonton (^_^)v
(Sila tekan link di bawah untuk menonton video)

Ramadhan : From Jordan to Malaysia (^_^)



Assalamualaikum wbt,
Antara sudah terlambat ataupun belum lagi, tetap ingin mengucapkan salam Ramadhan al-Mubarak kepada sahabat yang sedang membaca, maaf kepada yang tertunggu entri daripada saya (cewah,macam dah famous je)..kerana baru hari ini diizinkanNya untuk saya post entri baru.

Ramadhan ni bukan sekadar bulan tahan makan dan minum sahaja. Bulan Ramadhan ni nak tunjukkan kepada manusia sekalian alam tentang fitrah sebenar manusia dijadikan sebagai khalifah di atas muka bumi ni. Selalu kita hebahkan dan hebatkan cerita tentang pernikahan adalah tuntutan untuk memenuhi fitrah sebagai manusia, tapi jarang sekali kita hebah dan hebatkan apakah definisi fitrah manusia itu sendiri.

Sebagai contoh, kalau dahulu sebelum bulan Ramadhan kita membaca Al-Quran seminggu sekali sahaja, itupun kalau teringat, kalau disimpannya Al-Quran itu ditempat yang sukar dilihat seperti di atas almari dan sebagainya lagilah jarang membacanya. Tetapi apabila masuk sahaja bulan Ramadhan, Al-Quran yang dahulunya kita simpan ditempat terpencil itu kita jadikan sebagai sahabat peneman siang malam kita yang kita rasa ianya sangat istimewa sehinggakan lapar dahaga kita tidak terasa dek kerana akrabnya kita dengan Al-Quran di bulan Ramadhan.

Allah swt sebenarnya menjadikan Ramadhan ini seolah-olah satu platform kepada manusia supaya sesiapa yang benar-benar beramal didalamnya Allah swt berikan ganjaran syurga. Allah swt tarik semua hambaNya sehingga hati hambaNya menjadi lembut sekaligus selalu beribadah kepadaNya. Bukan sengaja Allah swt lakukan begitu pada bulan Ramadhan kerana apa yang Allah swt lakukan itu adalah petunjuk kepada seluruh ummat manusia itu sendiri tentang fitrah kejadian manusia.

Inilah fitrah kejadian manusia yang Allah swt nak tunjukkan, apa dia? lihatlah manusia-manusia yang bangun malam untuk bertahajud, lihatlah manusia yang bersahur dan segera ke Masjid untuk menunaikan solat subuh berjemaah, lihatlah manusia yang tiba di surau lebih awal untuk beriktikaf sebelum waktu zuhur dan bersegera menunaikan solat asar walaupun masih dalam waktu pekerjaan. Malamnya mereka berbuka bersama keluarga dan melakukan solat maghrib berjemaah. Mereka menghadiri Masjid untuk melakukan solat terawih berjemaah samada 8 ataupun 20 rakaat diiringi dengan tazkirah. Sepanjang hari itu mereka selalu bersama sebuah Quran kecil didalam poket dan akan membacanya jika diluangkan masa walaupun seketika dan Menghadiahkan senyuman kepada setiap orang yang mereka lalui.

Kalaulah bulan Ramadhan yang Allah swt tarik sekejap nikmat makan dan minum pada siang hari itu kita boleh bertenaga ke Masjid, membaca Quran, berzikir dan memberi senyuman, takkan lah dibulan yang lain dengan nikmat makan dan minum di siang hari kita tidak bertenaga untuk beribadah kepada Allah swt? bahkan sepatutnya ibadah itu boleh dilebihkan lagi.

Marilah kita berdoa supaya bukan di bulan Ramadhan sahaja kita mempunyai kekuatan dan keimanan untuk beribadah, bahkan di bulan yang lain juga, InsyaAllah.


Sekarang ni nak cerita tentang Malaysia pula. Apa kaitannya Ramadhan kali ini dengan Malaysia dan juga dengan saya? Alhamdulillah kerana tahun ini Allah izinkan saya pulang ke tanah air tercinta yang sangat dirindui. Tanggal 7 Ogos 2012 pada jam 6.30 petang saya bertolak ke lapangan terbang antarabangsa Jordan atau lebih dikenali sebagai Queen Alia International Airport (QAIA).
Queen Alia International Airport(QAIA),Jordan
Dan pada 8 Ogos 2012 jam 2.10 pagi saya menaiki penerbangan Royal Jordanian pulang ke Malaysia.
Pengalaman kali ini agak berbeza dengan yang sebelum kerana kali ini semuanya berlaku dalam bulan Ramadhan sebagaimana pada yang sudah sedia maklum, setiap penerbangan akan menyediakan makanan semasa didalam perjalanan sebelum sampai ke destinasi yang dituju. Walaupun diberi keringanan kepada musafir untuk berbuka namun saya tetap berpuasa kerana memikirkan tentang betapa susahnya mengganti puasa yang ditinggalkan dan ingin mengambil pengalaman ini sebagai cabaran. Kalau kita baca sirah zaman Rasulullah saw dan sahabat baginda, mereka berperang dalam banyak medan perang pada bulan Ramadhan, takkan lah saya yang hanya berperang dengan makanan yang dimakan oleh orang sebelah yang 'belum beragama Islam' ini sudah tidak tahan lapar dan dugaan.

Setelah lebih kurang 9jam daripada Jordan kami tiba di Bumi sawah padi Asia iaitu Thailand, dan mendarat di lapangan terbang antarabangsa suvarnabhumi.
Suvarnabhumi International Airport,Bangkok, Thailand
Transit di lapangan terbang Bangkok ini memakan masa lebih kurang satu jam 30 minit. Satu kumpulan pekerja dengan cekap melakukan pembersihan dan mengemas semula tempat duduk yang sudah tiada penumpang. Selepas beberapa penumpang daripada lapangan terbang Bangkok check-in, kami meneruskan perjalanan ke Malaysia tercinta.

Perjalanan daripada lapangan terbang Bangkok ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur memakan masa lebih kurang 4jam. Disebabkan keterujaan pulang ke Malaysia buat kali pertama, penat dan mengantuk saya hilang serta-merta kerana nak melihat bagaimana keadaannya langit Malaysia buat kali pertama dengan sinaran matahari yang hampir terbenam itu lagi menambahkan keindahan pemandangan daripada tingkap kapal terbang waktu itu.

Jam menunjukkan hampir pukul 7.30 ketika kapal terbang mendarat di KLIA.

Kuala Lumpur International Airport(KLIA),Sepang,Malaysia

Saya dijodohkan lagi untuk bertemu dengan abang hanif dan kak azzah yang saya kenali semasa bercuti di Turki. Mereka akan menaiki penerbangan daripada KLIA ke Lapangan Terbang Kota Bharu pada jam 10 malam, sementara itu, kami berbuka puasa bersama dengan makanan yang dibekal daripada kapal terbang.

Merindukan suasana Ramadhan dibumi Anbiya' walaupun juadah berbuka puasa tidaklah semewah dan selazat di Malaysia, namun pengalaman yang diperolehi daripada sana sangat berharga memandangkan Ramadhan kali ini adalah yang terakhir sebagai pelajar disana.

Semoga kita semua menghargai setiap saat yang diberi kepada kita dengan melakukan amal dan kebaikan yang akhirnya bukan sahaja memberi manfaat kepada orang lain sahaja, bahkan kepada diri kita sendiri. Istiqamah dalam melakukan ibadah walaupun sekecil zarah lebih baik berbanding dengan ibadah yang besar tetapi hanya dilakukan seumur hidup sekali. Wallahu a'lam.


Selitan gambar di KLIA , jejak kasih dengan abang hanif dan kak azzah yang juga pulang beraya di Malaysia. InsyaAllah bakal Doktor Pro-taz(Profesional Ustaz/Ustazah) mereka berdua ni..Amenn ;)
Dari kiri : saya, abang hanif dan kak azzah.
sementara abg hanif dan kak zah tunggu flight dorg ke KB, sy teman dorg kejap..hehe ;P



p/s: alhamdulillah bestnyer dapat balik berpuasa & beraye kat malaysia thn ni.pd sesape yg mengenali mari ler datang rumah beraye nti ek..hee(^_^)

Wednesday, July 4, 2012

Kembali


Assalamualaikum wbt..

Setelah sekian lama menyepi akhirnya kembali. Maaf kepada sahabat yang tertunggu entri terbaru walaupun blog ini tidaklah yang paling terbaik dan menarik untuk dibaca. InsyaAllah selepas ini saya akan cuba untuk sentiasa update entri terbaru memandangkan banyak perkara berlaku selama saya menyepi daripada blog ini.

InsyaAllah saya mulakan entri terbaru selepas hari ini. Semoga apa yang ingin sampaikan dalam blog ini boleh memberikan manfaat kepada yang membaca tidak kira dari segi duniawi dan ukhrawi. 

InsyaAllah panjang umur bertemu lagi dalam entri terbaru selepas ini. 
wassalam alaykum..(^_^)

Wednesday, January 4, 2012

2 down, 4 to go..


Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah baru je balik daripada revision untuk exam accounting in islamic banking dengan study group kat rumah salah seorang sahabat same kursus. Penat la juge sebab banyak tajuk nak dicover untuk final paper subjek ni esok tengahhari. 

Hari ni kami dah jawab paper yang kedua selepas bahasa arab semalam. Tarbiyah watoniah dalam arabnye ataupun dalam melayunye pengajian jordan. Pengajian malaysia pun tidak khatam sehabisnye inikan pula pengajian negara lain tambahan lak dalam bahasa yang bukan bahasa lidah ni.

InsyaAllah usaha telah kami lakukan dan curahkan setakat yang mampu, sekarang ni hanya tinggal masa untuk berdoa dan tawakkal kepada Allah swt supaya apa yang terhasil nanti adalah benar daripada yang telah diusahakan.

Okies, bersemangat kembali, jom rehatkan badan dan minda dengan tidur. bittaufiq untuk paper esok. Amenn

Tuesday, January 3, 2012

One Down..5 to go..


Assalamualaikum wbt,

Selesai sudah hari pertama fatrah imtihan akhir semester ni. Alhamdulillah hari pertama dilalui tidak seperti hari pada imtihan awal sebelum ni. Tidaklah nak yakin sangat tapi insyaAllah apa yang telah diusahakan sebelum ni.

Semoga Allah swt menjadikan hari-hari imtihan kami yang akan mendatang lebih baik daripada yang sebelumnya. 
Allahumma ja'alna minan Najihin wal Faizin wal Mumtazin wal Mutafawwiqin fi kulli imtihan fi dunia wal akhirah.Ameenn..(^_^)

Monday, January 2, 2012

Final Exam bermula.....


Assalamualaikum wbt, 

Akhirnya saat yang ditunggu telah pun tiba. Sebenarnya dugaan yang paling berat untuk seseorang yang bergelar pelajar bukanlah Exam itu sendiri tapi, saat-saat sebelum tibanya Exam itu. Bagaimana mereka membuat persediaan untuk menghadapi Exam, dan apakah yang mereka amalkan untuk stay focus kepada Exam yang bakal mereka hadapi nanti.

Merasakan yang diri ni tidaklah membuat persediaan yang sangat banyak namun itulah kelemahan dan kekurangan sebagai manusia biasa, merasakan diri lemah namun tetap perlu memperbaiki diri dari masa ke semasa.

Kepada sahabat-sahabat yang bakal menghadapi Final semester Exam ataupun yang sedang menghadapi, Bittaufiq untuk semua dan selalu ingat kepadaNya. Minta dan Doa kepadaNya selalu ye. InsyaAllah semuanya baik dan cemerlang semua. Ameen..

*semoga sume subjek dapat A+..amenn.. (^_^)