Assalamualaikum wbt,
Antara sudah terlambat ataupun belum lagi, tetap ingin mengucapkan salam Ramadhan al-Mubarak kepada sahabat yang sedang membaca, maaf kepada yang tertunggu entri daripada saya (cewah,macam dah famous je)..kerana baru hari ini diizinkanNya untuk saya post entri baru.
Ramadhan ni bukan sekadar bulan tahan makan dan minum sahaja. Bulan Ramadhan ni nak tunjukkan kepada manusia sekalian alam tentang fitrah sebenar manusia dijadikan sebagai khalifah di atas muka bumi ni. Selalu kita hebahkan dan hebatkan cerita tentang pernikahan adalah tuntutan untuk memenuhi fitrah sebagai manusia, tapi jarang sekali kita hebah dan hebatkan apakah definisi fitrah manusia itu sendiri.
Sebagai contoh, kalau dahulu sebelum bulan Ramadhan kita membaca Al-Quran seminggu sekali sahaja, itupun kalau teringat, kalau disimpannya Al-Quran itu ditempat yang sukar dilihat seperti di atas almari dan sebagainya lagilah jarang membacanya. Tetapi apabila masuk sahaja bulan Ramadhan, Al-Quran yang dahulunya kita simpan ditempat terpencil itu kita jadikan sebagai sahabat peneman siang malam kita yang kita rasa ianya sangat istimewa sehinggakan lapar dahaga kita tidak terasa dek kerana akrabnya kita dengan Al-Quran di bulan Ramadhan.
Allah swt sebenarnya menjadikan Ramadhan ini seolah-olah satu platform kepada manusia supaya sesiapa yang benar-benar beramal didalamnya Allah swt berikan ganjaran syurga. Allah swt tarik semua hambaNya sehingga hati hambaNya menjadi lembut sekaligus selalu beribadah kepadaNya. Bukan sengaja Allah swt lakukan begitu pada bulan Ramadhan kerana apa yang Allah swt lakukan itu adalah petunjuk kepada seluruh ummat manusia itu sendiri tentang fitrah kejadian manusia.
Inilah fitrah kejadian manusia yang Allah swt nak tunjukkan, apa dia? lihatlah manusia-manusia yang bangun malam untuk bertahajud, lihatlah manusia yang bersahur dan segera ke Masjid untuk menunaikan solat subuh berjemaah, lihatlah manusia yang tiba di surau lebih awal untuk beriktikaf sebelum waktu zuhur dan bersegera menunaikan solat asar walaupun masih dalam waktu pekerjaan. Malamnya mereka berbuka bersama keluarga dan melakukan solat maghrib berjemaah. Mereka menghadiri Masjid untuk melakukan solat terawih berjemaah samada 8 ataupun 20 rakaat diiringi dengan tazkirah. Sepanjang hari itu mereka selalu bersama sebuah Quran kecil didalam poket dan akan membacanya jika diluangkan masa walaupun seketika dan Menghadiahkan senyuman kepada setiap orang yang mereka lalui.
Kalaulah bulan Ramadhan yang Allah swt tarik sekejap nikmat makan dan minum pada siang hari itu kita boleh bertenaga ke Masjid, membaca Quran, berzikir dan memberi senyuman, takkan lah dibulan yang lain dengan nikmat makan dan minum di siang hari kita tidak bertenaga untuk beribadah kepada Allah swt? bahkan sepatutnya ibadah itu boleh dilebihkan lagi.
Marilah kita berdoa supaya bukan di bulan Ramadhan sahaja kita mempunyai kekuatan dan keimanan untuk beribadah, bahkan di bulan yang lain juga, InsyaAllah.
Sekarang ni nak cerita tentang Malaysia pula. Apa kaitannya Ramadhan kali ini dengan Malaysia dan juga dengan saya? Alhamdulillah kerana tahun ini Allah izinkan saya pulang ke tanah air tercinta yang sangat dirindui. Tanggal 7 Ogos 2012 pada jam 6.30 petang saya bertolak ke lapangan terbang antarabangsa Jordan atau lebih dikenali sebagai Queen Alia International Airport (QAIA).
Queen Alia International Airport(QAIA),Jordan |
Dan pada 8 Ogos 2012 jam 2.10 pagi saya menaiki penerbangan Royal Jordanian pulang ke Malaysia.
Pengalaman kali ini agak berbeza dengan yang sebelum kerana kali ini semuanya berlaku dalam bulan Ramadhan sebagaimana pada yang sudah sedia maklum, setiap penerbangan akan menyediakan makanan semasa didalam perjalanan sebelum sampai ke destinasi yang dituju. Walaupun diberi keringanan kepada musafir untuk berbuka namun saya tetap berpuasa kerana memikirkan tentang betapa susahnya mengganti puasa yang ditinggalkan dan ingin mengambil pengalaman ini sebagai cabaran. Kalau kita baca sirah zaman Rasulullah saw dan sahabat baginda, mereka berperang dalam banyak medan perang pada bulan Ramadhan, takkan lah saya yang hanya berperang dengan makanan yang dimakan oleh orang sebelah yang 'belum beragama Islam' ini sudah tidak tahan lapar dan dugaan.
Setelah lebih kurang 9jam daripada Jordan kami tiba di Bumi sawah padi Asia iaitu Thailand, dan mendarat di lapangan terbang antarabangsa suvarnabhumi.
Suvarnabhumi International Airport,Bangkok, Thailand |
Transit di lapangan terbang Bangkok ini memakan masa lebih kurang satu jam 30 minit. Satu kumpulan pekerja dengan cekap melakukan pembersihan dan mengemas semula tempat duduk yang sudah tiada penumpang. Selepas beberapa penumpang daripada lapangan terbang Bangkok check-in, kami meneruskan perjalanan ke Malaysia tercinta.
Perjalanan daripada lapangan terbang Bangkok ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur memakan masa lebih kurang 4jam. Disebabkan keterujaan pulang ke Malaysia buat kali pertama, penat dan mengantuk saya hilang serta-merta kerana nak melihat bagaimana keadaannya langit Malaysia buat kali pertama dengan sinaran matahari yang hampir terbenam itu lagi menambahkan keindahan pemandangan daripada tingkap kapal terbang waktu itu.
Jam menunjukkan hampir pukul 7.30 ketika kapal terbang mendarat di KLIA.
Saya dijodohkan lagi untuk bertemu dengan abang hanif dan kak azzah yang saya kenali semasa bercuti di Turki. Mereka akan menaiki penerbangan daripada KLIA ke Lapangan Terbang Kota Bharu pada jam 10 malam, sementara itu, kami berbuka puasa bersama dengan makanan yang dibekal daripada kapal terbang.
Merindukan suasana Ramadhan dibumi Anbiya' walaupun juadah berbuka puasa tidaklah semewah dan selazat di Malaysia, namun pengalaman yang diperolehi daripada sana sangat berharga memandangkan Ramadhan kali ini adalah yang terakhir sebagai pelajar disana.
Semoga kita semua menghargai setiap saat yang diberi kepada kita dengan melakukan amal dan kebaikan yang akhirnya bukan sahaja memberi manfaat kepada orang lain sahaja, bahkan kepada diri kita sendiri. Istiqamah dalam melakukan ibadah walaupun sekecil zarah lebih baik berbanding dengan ibadah yang besar tetapi hanya dilakukan seumur hidup sekali. Wallahu a'lam.
Selitan gambar di KLIA , jejak kasih dengan abang hanif dan kak azzah yang juga pulang beraya di Malaysia. InsyaAllah bakal Doktor Pro-taz(Profesional Ustaz/Ustazah) mereka berdua ni..Amenn ;)

Kuala Lumpur International Airport(KLIA),Sepang,Malaysia |

Dari kiri : saya, abang hanif dan kak azzah. sementara abg hanif dan kak zah tunggu flight dorg ke KB, sy teman dorg kejap..hehe ;P |
p/s: alhamdulillah bestnyer dapat balik berpuasa & beraye kat malaysia thn ni.pd sesape yg mengenali mari ler datang rumah beraye nti ek..hee(^_^)
No comments:
Post a Comment