Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah selepas pulang daripada bumi haramain selama 11hari kini kami dapat juga mengadakan majlis raya kecilan bersama-sama seramai hanya 8 orang. Dimana pergi yang selainnya ? agak cemburu, dengki semua ada, sahabat yang lain kebanyakannya menyambut Aidilfitri bersama keluarga mereka di Malaysia.
Walaupun begitu, kesedihan ataupun kerinduan kami terhadap keluarga tercinta tidaklah terlalu ekstrem kerana pengakhiran Ramadhan kami di Bumi Anbiya' ini diisi dengan kembara kami ke Bumi Haramain. Pertama kali melihat sendiri kehebatan dan keagungan agama Islam yang telah dipegang sejak diri ini bernafas dengan udara dunia ini sangat tersentuh.
Dan yang paling gembira raya pertamaku di perantauan bukanlah ditempat yang mana diri ini menuntut ilmu namun, raya pertamaku diperantauan ialah di Bumi Haramain. Satu pengalaman yang sukar untuk didapati dan berasa sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke sana dan juga melalui hari demi hari mengimbas kembali bagaimana cabaran yang perlu dihadapi dan ditempuhi oleh kekasih Allah swt, Baginda Rasulullah saw.
Selama 11 hari kami lalui suka, duka, penat dan juga gembira bersama di Bumi Haramain, kami pulang ke Jordan, walaupun jauh disudut hati amat terhibur dengan suasana dan juga pengalaman yang ada di Bumi Haramain.
wah..sedapnya..rase mcm nak makan lagi ni..hee |
Kembali kepada cerita sambutan raya tadi kan. Baru sebentar tadi kami meraikan majlis makan bersama sahabat berlapan yang tinggal disini. Walaupun sedikit namun tetap terhibur dengan juadah dan juga persediaan yang telah dilakukan.
Tidak dapat digambarkan perasaan raya pertama diperantauan, bukan lah sebak kerana sedih dan bukan juga sebab tidak sedih lansung, tapi ikhlas hati ini memang merindui keluarga yang berada di Malaysia. Semoga kalian semua sihat dan meraikan Aidilfitri dengan gembira dan senang hati.
Sukacitanya saya upload gambar kenangan kami semasa majlis raya kecilan yang kami adakan baru ni dirumah salah seorang sahabat saya di Irbid, Jordan..selamat menonton..
sangat2 bergaya di hari raya, fullset baju raye tu..(dari kiri: haniff, firdaus, sahdan, luqman.) |
tengah takbir raya diketuai oleh IM Haniff.. ;) |
lampu lip-lap tak kan dilupakan..baru lah meriah majlis raye kami.. ;) (dari kiri: badrul, sahdan, firdaus, hazim.) |
biro multimedia majlis tgh jaga laptop..de sesape nk tuju lagu raye,leh call dorg ye.. :D (dari atas: luqman, falah, haniff.) |
Akhir kalam, Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada semua maaf Zahir dan batin atas salah dan silap yang sedar dan juga yang tak disedari..Kullu 'am wa entum bikher drpd kami di perantauan,wslm..
seronok jugak raya di perantauanboleh masuk kolumn dalam newspaper.haha
ReplyDeletehaha....xley2..market open sgt law letak ky newspaper.... :D
ReplyDeletebes bes :)
ReplyDelete