Thursday, August 18, 2011

Tiba-tiba...rindukan saat bersama mereka..





Salam alayk kepada semua dengan harapan semuanya dalam kesihatan yang baik. Macam mana dengan ramadhan pada tahun ni? Harapnya kita akan terus berusaha yang terbaik untuk menjadikan Ramadhan tahun ni lebih baik daripada yang lepas.

Ok,tiba-tiba teringat pula pada komrad-komrad capoeira di Malaysia. Hampir setahun juga kami tak berjumpa sejak datang ke Bumi Jordan ni. Pertama kali bila menjejakkan kaki di perantauan ni memang dapat dirasai kelainan yang amat ketara dengan Malaysia. Kebiasaan keluar rumah setiap petang untuk menjalani latihan di Taman Bandar amat susah untuk dilupakan hingga pada fasa awal kehidupan disini mengalami kemurungan disebabkan banyak perubahan yang berlaku secara drastik.

Namun, setelah beberapa lama, semangat untuk berlatih kembali itu datang dengan sendirinya. Walaupun berseorangan, asalkan ada, terasa seperti dekat dengan mereka. Mungkin juga ditakdirkan untuk menimba pengalaman merantau bersendirian. Pada suatu hari, dengan kebetulan dapat berkenalan dan berjumpa dengan Persatuan-persatuan capoeira di Jordan ni, negara jiran juga iaitu, Syria dan juga Lubnan, dan mereka sangat ramah dan menerima dengan hati yang terbuka.

Banyak pengalaman yang dapat lebih daripada latihan capoeira bersama dengan kawan-kawan baru ini kerana komunikasi dengan mereka bukanlah dengan bahasa ibunda yang digunakan tiap hembusan nafas ni. Bahasa inggeris dan juga bahasa arab terutamanya bila berada di tanah arab ni.

Daripada pengalaman itu telah memberikan diri ini satu keberanian untuk bercakap dan juga mengeluarkan idea. Kelancaran untuk berkomunikasi dengan bahasa selain bahasa melayu juga meningkat. 

Pernah juga terfikir untuk menghasilkan satu kisah tentang diri sendiri, kehidupan seorang budak capoeira di Jordan. Macam mana? mantap tak tajuk kisah ni.?. Tapi, bakat untuk menulis dan menghasilkan karya itu langsung tidak pernah wujud dalam diri ni. Penghasilan kisah itu telah dilupakan begitu sahaja.

Pernah satu hari, sangat sedih dengan situasi berseorangan sehingga mencuba untuk membuat latihan akrobatik bersendirian ditempat yang kurang ciri-ciri keselamatan sehingga mengundang padah kepada diri sendiri. Akibatnya, terpaksa berhenti seketika kerana kecederaan.

Capoeira bersama mereka banyak mengajar erti persahabatan dan juga menjaga setiap seorang sahabat dengan baik. Dan bagi saya, capoeira pada saya hanya hidup dengan suasana bersama kumpulan. Bukan capoeira sahaja, setiap apa yang kita buat di dunia ni semuanya memerlukan satu komuniti. Komuniti lah yang akan menghidupkan suasana dalam setiap perkara yang wujud didunia ini. 

Mungkin kerana telah sedar tentang hakikat itu, mungkin ini adalah satu petanda untuk terus 'berehat' setelah sekian lama meletakkan perkara itu sebagai salah satu keutamaan disini. Walau apapun, hidup perlu diteruskan. Untuk setahun lagi yang akan datang, akan berkerja keras untuk mencapai kejayaan disini.

Sesudah betul-betul memutuskan keputusan untuk terus berehat, hati ini tidaklah begitu hampa dan sedih bahkan gembira, bukan kerana sudah lama ingin melepaskan, tetapi, gembira kerana diberi peluang mencipta kenangan manis bersama mereka. Dan diri ini lebih rasa tenang dan rehat dengan keadaan sekarang ni. Alhamdulillah.

Saya, rindukan sahabat-sahabat Capoeira Ache Brasil Malaysia, Kuantan. InsyaAllah, panjang umur murah rezeki akan kita ketemu lagi.

gambar ni disnap semasa Graduation Day kami kali ke-2 di East Coast Mall,Kuantan pada tahun yang lepas. 
event yang kami selalu nantikan. Bittaufiq bagi mereka yang akan menghadapi graduation day kali ke-3 pada tahun ini selepas raya nanti. kamu semua TERBAIK!!!!!! (^_^)


No comments:

Post a Comment