Tuesday, September 20, 2011

New Sem, New Year, New Family

Assalamualaikum wbt, setelah sekian lama juga menyepi daripada posting entri baru akhirnya ada juga kesempatan. Agak sibuk dengan persediaan untuk masuk semester baru di Universiti dan juga dengan urusan yang perlu diselesaikan untuk pendaftaran pelajar baru tambahan dengan pertambahan pelajar-pelajar baru yang semakin meningkat daripada tahun sebelum.

Alhamdulillah tanggungjawab yang ditaklifkan dapat juga diselesaikan cuma ada sedikit kerumitan yang berlaku apabila salah seorang pelajar tidak terima lagi kad pelajarnya. InsyaAllah semoga sehari dua ini masalah itu akan diselesaikan.

Memasuki semester yang baru kali ini amat berlainan kerana kali ini semester baru ini juga adalah tahun akhir pengajian di sini , InsyaAllah. Disamping itu, ditemani juga dengan junior yang baru tiba daripada Malaysia yang telah lama tidak ketemu.

Pengalaman membantu mereka mendaftar subjek dan juga segala urusan yang berkaitan banyak memberi manfaat yang sangat berguna. Disini sememangnya hanya pelajar Malaysia sahaja yang membantu pelajar baru untuk segala urusan daripada urusan di Universiti, Visa sehinggalah mencari rumah-rumah sewa untuk mereka yang baru tiba di bumi anbiya' ini.

Mudahkan urusan orang lain, InsyaAllah urusan kita akan Allah swt mudahkan. Kata-kata ini lah yang banyak membantu dan menjadi pegangan kepada pelajar senior di sini dalam membantu pelajar baru di sini. Suasana yang begitu harmoni, tanpa mengira asal negeri, loghat dan juga pemikiran semuanya saling membantu.

Semoga semuanya diistiqamahkan dengan sifat sebegini supaya pada masa akan datang akan wujud pemimpin yang lebih terbuka pemikirannya, saling membantu antara satu sama lain dan juga yang banyak berdakwah kepada masyarakat ke jalan yang diredhaiNya.


Abu Salman,
Syariah(ekonomi & perbankan islam)
Universiti Yarmouk, Jordan
2011...(^_^)

No comments:

Post a Comment