Friday, July 22, 2011

Ilmu, Cita-cita & Ketentuan


Salam Alaikum wbt,
Hari Jumaat bagi seorang pelajar Malaysia Jordan adalah hari yang selalunya tidaklah sibuk dan padat, saya pula bercadang untuk memasak tapi ayam masih lagi keras dek kerana lama letak dalam peti ais. Sambil menunggu terdetik untuk menyambung aktiviti berblogging ini.

Tentang Ilmu, cita-cita dan ketentuan. Satu tajuk yang pada saya amat sesuai dibincangkan dalam kalangan pelajar-pelajar tidak kira diluar negara ataupun dalam negara. Bermulanya langkah kita untuk mencapai cita-cita dengan menuntut ilmu. Ada yang meminati bidang astronomi, perubatan, kewangan islam, pendidikan, pertahanan dan sebagainya. Bermulanya semua itu dengan pilihan yang dibuat oleh diri kita sendiri ataupun ibu bapa kita yang menunjukkan jalan itu pada awalnya dan kita pun melalui jalan itu dengan usaha-usaha yang ada.

Kita meminati bidang ekonomi sebagai contohnya. Ilmu yang hendak kita isi dalam kotak maklumat dan dada ini mestilah berkaitan dengan ekonomi dan yang sewaktun dengannya. Dugaan dan cabaran yang bakal ditempuhi dalam setiap bidang yang dipilih juga akan mempengaruhi minat kita terhadapnya. Namun, apabila kemahuan kita adalah satu kemahuan yang susah untuk ditiup tumbang dan terbang keawangan, pastinya segala cabaran dan dugaan dapat kita tempuhi walaupun memerlukan pengorbanan yang besar.

Lumrah hidup didunia jika seorang pelajar itu mendalami ilmu ekonomi, pastinya dia akan menjadi seseorang yang berada didalam industri ekonomi negara. Jika seseorang pelajar itu mendalami ilmu kejuruteraan, pastinya dia perlu memasuki bidang kejuruteraan apabila sudah bergelar graduan kelak. Tetapi, tidak semua yang tahu bagaimana kesusahan dalam memutuskan sesuatu keputusan seperti cita-cita kita. Teringat sewaktu kecil, seorang kanak-kanak mampu meluahkan cita-citanya kepada sahabat, guru dan ibu bapa dengan yakinnya. Keyakinan untuk luahan itu akan menjadi semakin sukar. Semua itu adalah kerana kesedaran kita tentang bagaimana dunia yang bakal ditempuhi setelah habis menuntut di Universiti.

Sebagai contohnya seorang pelajar ijazah sarjana yang akan menghadapi 4 tahun kehidupan sebagai mahasiswa di sebuah Universiti diluar negara. Tahun pertama bergelar mahasiswa, kita akan mempunyai satu semangat yang selalunya semua pelajar tahun pertama ada. Jika dibidang ekonomi islam atau perbankan islam, semangatnya amat besar dan kuat untuk meletakkan cita-cita sebagai penasihat syariah di mana-mana institusi bank.

Tahun seterusnya akan membuatkan seseorang itu menilai kembali cita-citanya itu, bukan disebabkan itu satu cita-cita yang terlalu tinggi atau besar, namun itu semuanya adalah ketentuanNya. Kita tidak perlu menyempitkan cita-cita dengan bidang yang kita dalami. Dan selalunya itulah yang menjadi punca pengangguran mahasiswa luar atau dalam negara.

Seorang pelajar ekonomi dan perbankan islam boleh menjadi seorang pensyarah, seorang pelajar kejuruteraan boleh menjadi CEO sebuah syarikat, seorang pelajar perniagaan boleh menjadi pegawai bank, kerana apa..? kerana telah ditentukan olehNya. KetentuanNya adalah yang pasti. Selagi kita hidup sebagai seorang manusia dan sebagai hambaNya, selagi kita bernafas dengan udaraNya, selagi itulah rezeki dan nikmatNya akan kita terima. Jangan takut dan bersedih, Allah swt  selalu bersama hambaNya.

Jangan risaukan masa yang akan datang, jangan endahkan masa yang silam, fokus pada masa yang bersama kita sekarang. Sebagai seorang pelajar contohnya, belajar itu lebih penting daripada kesusahan dan kesulitan dalam memikirkan apa yang perlu kita lakukan untuk perancangan masa hadapan sehinggakan pembelajaran kita terganggu disebabkan kesulitan itu.

Belajar, belajar dan belajar. Terapkan segala ilmu yang kita perolehi. Jangan hanya mendapat markah yang  tinggi tetapi ilmu itu hanya setakat kertas soalan test 1 dan test 2 ataupun final exam. Biarlah ilmu itu sehingga akhir nafas kita di dunia ini. Jadikanlah ilmu itu satu pelengkap bagi diri kita untuk berdakwah didalam masyarakat.

KetentuanNya adalah yang paling terbaik untuk setiap hambaNya. kita telah sedia maklum tentang itu dan perlu menerima setiap apa yang kita perolehi walaupun bukan dalam perancangan kita sekalipun. Seperti juga kita menerima apa yang dirancang dan diberikan oleh ibu bapa kesayangan kita seperti itu juga kita perlu menerima ketentuanNya kepada diri kita.

Belajarlah sahabat, belajarlah adik-adik, belajarlah semua. Ingat bahawasanya kita mempunyai masyarakat yang memerlukan kita membimbing mereka kearah kebenaran. Kuatkan semangatmu dan tabahkanlah hatimu untuk menjadikan transformasi komuniti itu kepada yang lebih baik satu kejayaan yang hakiki.


No comments:

Post a Comment