Thursday, July 28, 2011

Kewangan Islam & Penerimaan Masyarakat terhadapnya.


Assalamualaikum wbt,

Sebenarnya tidak terfikir atau terlintas langsung nak menulis artikel tentang bidang yang dipelajari ini walaupun sudah hampir 3 tahun berada dalam ekonomi dan perbankan islam di Universiti Yarmouk. Merasakan bahawa diri ini masih lagi tidak layak dan tidak mempunyai ilmu yang mendalam tentang bidang ini tapi insyaAllah dikurniakan ilham oleh Allah swt untuk menyedari kenapa perlunya orang islam didunia ini berpegang hanya pada kewangan dan perbankan islam.

Realitinya masyarakat di Malaysia masih lagi tidak dapat memahami dan boleh juga dikatakan mereka masih tidak mahu menerima kenyataan dan hakikat sebenar tentang kebenaran kewangan dan perbankan islam. Bila kita berceritakan perihal Riba', ramai yang mengakui status keharaman Riba' itu dan juga akibat kepada yang terlibat walaupun sedikit dengan Riba' itu. Tetapi tahukah anda bahawasanya masih banyak lagi yang tidak mengetahui faedah ataupun Interest yang digunapakai dalam perbankan konvensional juga adalah Riba'.

Jangan pelik dengan kenyataan ini kerana masyarakat di Malaysia sudah ditanam dengan kefahaman tentang Riba' itu adalah bunga yang digunakan oleh ceti haram ataupun pemberi pinjam dikala peminjam mereka lambat melangsaikan hutang mereka. Riba' yang mereka fahami itu adalah tambahan ataupun denda yang dikenakan mungkin sebanyak 1 kali ganda ataupun 2 kali ganda daripada nilai yang dipinjam.

Kita sudah sedia maklum tentang haramnya bunga itu dan juga takrifan Riba' itu. Namun masih ramai yang tidak tahu bahawasanya interest didalam perbankan konvensional itu juga adalah Riba' yang jelas ternyata haram berdasarkan dalil daripada Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW.

Fenomena yang ingin saya sentuh adalah kenapa masih ramai ummat muslimin diseluruh dunia umumnya masih lagi menggunakan Sistem Perbankan Konvensional. Dan ingin saya tekankan disini, selain daripada sistem perbankan islam itu hanyalah sistem perbankan konvensional dan tidak ada pengecualian walau sedikit mana pun. Selagi sistem itu tidak bebas daripada Riba', tidak dinafikan lagi tentang kekonvensionalan sistem itu berdasarkan pengamalan dengan Riba'.

Ramai yang mengatakan Sistem Perbankan Islam tidak ada bezanya dengan Sistem Perbankan Konvensional ataupun yang tidak menggunakan dalil-dalil yang telah ditetapkan dalam Islam. Sistem Perbankan Islam juga dikatakan mempunyai kos yang lebih tinggi dalam setiap produk yang disediakan dan juga perkhidmatan yang tidak secepat Sistem Perbankan Konvensional. 

Bila kita berbicara tentang perihal yang berkaitan dengan agama sebenarnya susah untuk berjaya dengan kadar masa yang begitu singkat berbanding dengan perihal hiburan dan perihal dunia. Itu adalah lumrah dan realiti dunia kini. Perihal agama tidak boleh disebarkan dengan senangnya dan tempatnya adalah terhad. Manakala perihal hiburan, sukan dan sebagainya tiada batasan tentang penyebarannya. Buktinya kita dapat lihat daripada masyarakat kita yang menjadikan Berita di Televisyen dan juga surat khabar sebagai sumber maklumat kehidupan mereka sehingga meletakkan Al-Quran dan Hadis Baginda SAW ditangga bawah daripada sumber-sumber dunia mereka.

Pernah Baginda SAW menyatakan didalam sebuah Hadisnya , mafhumnya, 'Tidak akan sesat umatku selagi mereka berpegang dengan 2 perkara ini, iaitu Al-Quran dan Sunnahku'. 

Sudah lupakah kita dengan dalil-dalil sohih yang selalu disebut oleh para Ulama' dan juga didengar didalam setiap tazkirah, ceramah dan sebagainya ??? Masih lagi dengan kebergantungan kita dengan sumber dunia yang hakikatnya bukanlah satu tempat yang kekal abadi.

Namun kebanyakan insan akan menyalah anggap dengan istilah yang disertakan sekali dengan kalimah Islam. Kenapa??, Kerana disebabkan ummat Islam kini ramai yang telah mencemarkan keharuman dan kesucian agama mereka itu sendiri. Jika kita lihat dari segi logik akal apabila didalam satu kumpulan atau keluarga terdiri daripada seseorang yang berlatar belakang sebagai penjahat atau penjenayah, keraguan untuk menerima setiap daripada ahli kumpulan itu atau keluarga itu akan jelas ternyata daripada kumpulan yang tiada latar belakang yang buruk itu. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, frasa yang lebih senang untuk kita gambarkan kenapa Islam itu sendiri susah untuk diterima dengan mudahnya.

Didalam Islam, kita tidak perlu untuk membenci kepada orang jahat, akan tetapi kita perlu membenci dengan perbuatan jahat yang dibuatnya kerana untuk menghakimi seseorang itu bukanlah dalam bidang kuasa makhluk yang bergelar manusia di muka bumi ini, itu semuanya adalah bidang kuasa yang Maha Esa iaitu Allah SWT.

Jika kefahaman kita semua masih lagi tidak masak dengan sepenuhnya tentang kebenaran dan hakikat kewangan Islam itu sendiri, tidak peliklah jika masih lagi kita dengar dan terbaca kes-kes rasuah, pecah amanah, kecurian dan sebagainya. Marilah kita cuba untuk berusaha mencari yang benar dan bongkarkan kepada masyarakat tentang hakikat, kebenaran dan kepentingan kewangan islam.

Janganlah disebabkan bukan kebiasaan dan kelainan yang amat ketara daripada individu lain menjadikan kita salah seorang hambaNya yang tidak mengiktiraf kesahihan dan kebenaran undang-undang yang telah disampaikan olehNya didalam KitabNya. Semoga kesedaran masyarakat tentang ini akan timbul jua satu hari nanti. InsyaAllah...sekian wassalam..


1 comment:

  1. syukran....ok..time kaseh follow..
    same2 berkomen n bg nasihat jge ye (^_^)

    ReplyDelete