Tuesday, April 19, 2011

Capoeira @ paranawei




Aslmkm wbt,
Alhamdulillah progress diri ni semakin baik harapnye,

Kali ni tibe-tibe rase macam nak cite sal capoeira pulak, dah kebetulan memang belajar seni yang agak unik ni ape lah salahnye kalau cite kan serba sedikit dalam bahase dan ayat yang mudah kan. Bukan ramai yang tahu fully pasal capoeira ni kan. Maybe ade jugak yang langsung tak tahu name capoeira ni, ape yang mereka tahu, paranawei,hehe
Paranawei tu macam dah sinonim dengan majority masyarakat khususnye Malaysian ni, asalnye pada awal tahun 90-an ade satu filem ni name nye Only The Strong,alaaa…yang hero die Mark Dacascos tu.

Ha..ingat kan..yang tu lah, dalam cite only the strong tu mereka dedahkan audience dengan lagu paranawei je, so memandangkan lagu tu agak catchy die punyer rhythm, ramai yang minat and tahu lagu tu je.

 Lebih 400 ratus tahun lalu…

Ha..kalau nak tahu, capoeira ni dah berasal lebih kurang 400 ratus tahun dulu. Hmm agak lame dah la kan capoeira ni.

Kalau nak tahu dulu kan mase 1500, mase tu kan portugis dalam misi memperluaskan kuase dan jajahan mereka, yang kite blaja dalam sejarah tu misi dorang yang berpandukan pd 3G, not Generation ye, 3G tu ,Gold Glory Gospel.

So pada mase tu lah portugis ni import hamba abdi daripada Africa. Macam-macam keje lah kan hamba-hamba abdi Africa ni kene buat kalau dah name hamba abdi korang sume mesti leh tahu jugak kan.

Boleh dikatekan dalam kalangan hamba abdi yang ramai-ramai ni mereka form group kecik2 pastu start small rebellion untuk tuntut kebebasan mereka.

Kire macam revolusi kiasan(pendpt penulis je), nak tahu kenape saya anggap seni ni macam revolusi kiasan, sebab hamba-hamba abdi ni mulekan seni capoeira ni untuk bantah penjajahan portugis yang agak kasar terhadap hamba-hamba yang mereka import dan juga pengamalan capoeira itu sendiri untuk kebebasan mereka daripada penjajah portugis.
Maksudnye, selagi capoeira itu ade, selagi itu lah kiasan freedom dan juge membantah pemerintahan diktator wujud.

Some of capoeira master cakap, capoeira ni expression of freedom.

Pengharaman Capoeira

Jangan tak tahu satu mase dulu, capoeira ni pernah diharamkan , tapi bukan lah oleh majlis fatwa antarabangsa ye, oleh kerajaan Brazil.

Pada tahun 1888 lebih kurang, amalan perhambaan dihapuskan jadi disebabkan itu ramai ex-hamba hijrah ke Bandar-bandar untuk teruskan hidup mereka. Ada kalangan yang power capoeira dorang form la gangster dan mafia, yang lain tu ade jugak yang jadi bodyguard orang politik, nak dijadikan ceritenye, mase tu sume yang tahu capoeira menyalahgunekan capoeira ni untuk keganasan, tidak kire dalam politik dan masyarakat.

Kerajaan Brazil mase tu lihat perkare ni dah menjadi semakin serius dan memutuskan untuk mengharamkan capoeira dan mengenakan hukuman bagi sesape yang masih meneruskan latihan capoeira. Dan yang lagi best, kalau kene tangkap training capoeira, antara hukumannye, kene potong tendon dekat kaki,auww,,, seram jugak..cacat terus kaki lepas tu..
Tapi ade juge kumpulan yang meneruskan latihan capoeira secara senyap kerana mereka ni juge bukanlah kumpulan yang menyalahgunekan capoeira.

Mase ni lah muncul irama cavalaria dalam game capoeira, bile irama cavalaria dimainkan mase tu bermaksud polis ada berdekatan dan irama cavalaria ni juge nak bagitahu kepada pemain capoeira supaya tukarkan tarian kepada samba instead of ginga capoeira.

Kalau nak tahu juge, alat-alat muzik yang ade dalam capoeira ni wujud sebab nak disguise penjajah portugis mase zaman penghambaan Africa dulu, contohnye mase hamba-hamba sedang syok ber-capoeira, tibe-tibe ade pegawai penjajah hampir sampai ke tempat mereka so dengan alat muzik yang ade , mereka just ginga dan ade kisah yang mengatakan mereka juge akan tukarkan irama kepada irama samba untuk cover capoeira itu sendiri.
Mase pengharaman capoeira ni juge lah wujudnye system gelaran dalam capoeira, untuk cover capoeirista daripada dikenali dan ditangkap polis.

Capoeira diiktiraf semula

Pengharaman capoeira tak berterusan macam tu je. Macam hero dalam cite, hero kan datang lambat sikit, so mase kerajaan dalam usaha nak banteras capoeira ni muncul lah Master Bimba. Master Bimba ni die reorganized semula capoeira kepada regional style yang dibawa oleh Mestre Bimba sendiri dengan mengadakan persembahan dihadapan gabenor Bahia dan juge Presiden Brazil pada ketika itu.

Disebabkan mase itu capoeira ni still lagi digunekan oleh kumpulan mafia dan juge gangster, Master Bimba telah membuat satu peraturan seperti seluar putih dan peraturan disiplin yang lain dengan tujuan untuk menarik golongan kelas tinggi dalam masyarakat pada mase itu supaya capoeira dapat berkembang dengan baik. Dan memang agak efektif keputusan dan peraturan yang dibuat oleh Master Bimba itu kerana sejurus selepas itu, ramai dikalangan bisnesman dan juge doctor praktis capoeira as part of their life rutin.

Oleh itu, kite telah Nampak bahawa capoeira sekali lagi diiktiraf melalui langkah rebranding oleh Master Bimba dan berkembang dengan pesat sekali di Brazil dan juge seluruh pelusuk dunia sehingga lah penulis sendiri join seni yang unik ini.

Ha,,serba sedikit sejarah capoeira dalam versi penulis sendiri menggunekan ayat yang agak simple sudah. Untuk part yang seterusnye insyaAllah akan menyusul akan datang…sekian wassalam alaikum..(“,)



*snap pic ni mase Malam Pahlawan 2010 UMP,kiri shah ridzuan, aliff syazwan(sy), syeikh muhammad lutfi.. bru lepas kelas ustzh husna dekat ikip 5, pastu trus je rush ke UMP,,huhu..penat tp best..




*Capoeira Ache Brasil Malaysia family yg disayangi....salve sume.. :)

 






No comments:

Post a Comment