Thursday, May 12, 2011

Final Exam ?!!


Assalamualaikum wbt,,
“ALAMAK!!!! FINAL exam la tu..laa..cepatnye die mai sini”

Begitulah respon sesetengah pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan. Tidak kira peperiksaan akhir ataupun yang biasa, persediaan tetap senjata yang penting bagi seseorang yang bergelar pelajar.

Kami di Jamiah Yarmouk pun sudah memasuki fatrah imtihan final sekarang. Harap semua mendoakan kami dapat menjawab dengan baik dan cemerlang dan semoga ilmu yang kami pelajari daripada Doktor-doktor di Jamiah bukan sahaja dapat diaplikasikan didalam imtihan, bahkan dalam kehidupan seharian supaya dapat memberikan 1001 manfaat kepada masyarakat apabila kami pulang ke Malaysia kelak.

Kalau nak dibicarakan tentang Final Exam ni, macam-macam perasaan wujud dalam diri. Takut, gembira, keliru, gementar dan segala jenis perasaan boleh muncul. Banyak mana pun persediaan yang dilakukan tetap akan gementar kerana takutkan persediaan yang telah dibuat masih tidak mencukupi dan tidak berbaloi.

Yang pentingnya adalah, Kita berusaha secara berterusan dan ikhlas kerana ALLAH swt. Bukan sahaja belajar untuk peperiksaan , belajar untuk ilmu dan letakkan niat untuk dakwah kita kepada masyarakat, insyaALLAH dengan itu, hati kita akan jadi tenang dan bersih daripada segala kerisauan dan keraguan untuk menghadapi peperiksaan yang menjelang tiba.

Siapalah yang tidak risau walau segelintir dalam hati kan. Jadi, buatlah persediaan secukupnya dan jangan jemu berdoa kepada ALLAH swt dan ikhlaskan hati dalam setiap doa kita.

InsyaALLAH bittaufiq wannajah untuk semua sahabat-sahabat yang bakal menduduki peperiksaan akhir semester 2/2011 di Jamiah Yarmouk, Jordan. (^_^)


3 comments: