Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah, tahun pertama bertugas secara rasmi sebagai pendidik, banyak cabaran dan dugaan yang perlu dilalui namun, masih lagi ianya satu pengalaman yang sangat manis, kalau tiada cabaran dan dugaan, bukan lah kehidupan namanya.
Sedih hendak meninggalkan batch pertama anak-anak murid terutama sekali murid tahun 6 batch 2014 di Ainani. Alhamdulillah tahun ini juga mereka mencatat kejayaan dengan peningkatan daripada seorang calon mumtaz PSRA kepada 10 orang calon mumtaz PSRA daripada 80 orang calon.
Mendoakan mereka semua dapat meneruskan kejayaan mereka sepanjang kehidupan di dunia ini dan juga di akhirat kelak.
Jangan mudah terpedaya dengan kemanisan duniawi, di dunia yang fana ini terlalu banyak bahayanya, mungkin kamu semua dambakan jadi seorang remaja yang hebat, hebat dengan kawan, hebat dengan ilmu, hebat dengan teknologi, namun semua itu bukan jaminan menjadi seorang yang Allah swt redha.
Ingatlah pesanan ini, apa sahaja langkah kamu selepas ini, fikirkan lah redha Allah pada setiap perbuatan yang kamu ingin lakukan. Jangan terlalu bergantung dengan redha manusia sahaja kerana yang memberi kejayaan, yang memberi rezeki, yang memberi segalanya semuanya adalah Allah swt.
Tanpa Allah swt, siapalah kita didunia ini.
brace yourselves guys, love you all.. <3
No comments:
Post a Comment