Monday, May 23, 2016
Aku, mereka & Capoeira 2
Aku, mereka & Capoeira
Thursday, March 17, 2016
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Ungkapan yang biasa kita guna dan juga tak biasa kita guna, kan ? Apakah ?
Beginilah, kita biasa memberi dan menjawab salam, akan tetapi hanya dengan seseorang yang dikenali sahaja. Bagaimana pula dengan individu yang tidak dikenali? Mungkin jarang-jarang sekali bukan ?. Dan apakah hubungan di antara tajuk 'Remaja Kini 2016AD' dan alkisah assalamualaikum ini ?, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Ungkapan yang biasa diguna dalam perbincangan yang berkaitan dengan penerapan akhlak dan budi pekerti mulia serta sifat mahmudah dalam diri setiap individu yang bertanggungjawab dalam membentuk masyarakat yang harmoni dan hidup dalam kasih sayang.
Tidak ramai di antara kita yang ingin sebarkan salam dengan begitu meluas seperti mana yang telah disarankan oleh baginda Rasulullah s.a.w.
لاَ تَدْخُلُوْنَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا، وَلاَ تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا، أَوَلاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوْهُ تَحَابَبْتُمْ؟ أَفْشُوا السَّلاَمَ بَيْنَكُمْ
“Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan tidak akan sempurna iman kamu hingga kamu saling mencintai. Mahukah aku tunjukkan kamu pada sesuatu yang jika kamu lakukan kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu.” (HR. Muslim no. 54)
" Helo! Ayah, apa khabar ayah ? Mak sihat ? Adik buat apa ? Wawan sihat je ni. Ayah! Warden maklumkan minggu depan boleh balik bercuti. Nanti ayah dan mak datang ambil wawan ye. Bye ayah. "
Secara kasarnya perbualan ini tidak ada masalah, dari segi adabnya, katanya dan gaya bahasanya semuanya menunjukkan bahawa 'wawan' seorang anak yang baik dan beradab dengan ibubapanya. Tetapi, jika kita amati hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim diatas, untuk menambahkan umphh pada kasih sayang antara 'wawan' dan ahli keluarganya, perkataan salam boleh digunakan sebagai gaya bahasa yang lebih soleh. Abang tak demand pun, ini bukan soal sudah cukup dengan yang baik, kita perlu tambahkan yang lebih baik.
" Helo Assalamualaikum Ayah! Apa khabar? Mak dan adik apa khabar di rumah ? Wawan sihat Alhamdulillah. Warden maklumkan minggu depan boleh balik bercuti. Nanti ayah dan mak datang ambil wawan ye. Kirimkan salam pada semua yang ada dirumah ye. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bye. "
Bukan menukar 100% gaya bahasa perbualan wawan dengan keluarganya, ditambahkan lagi supaya menjadi 100%, bertepatan dengan identiti muslim.
Kita seringkali lupa, dengan memberi salam, kasih sayang juga telah tersebar. Dengan menjawab salam , kasih sayang telah kita terima. Tanpa mengenal siapakah pemberi dan penjawab salam, kasih sayang telah tercipta. Dengan kasih sayang inilah masyarakat kita dapat hidup dengan aman damai serta harmoni. Jangan tunggu hingga kita friend dengan semua orang di facebook baru kita nak sebarkan salam. Sebarkanlah salam, tidak kira umur atau pangkat dan juga pekerjaan.
Wahai remaja, kalian adalah pelapis kepada masyarakat yang sudah terbina sekarang. Adakah cukup kasih sayang yang telah diwujudkan oleh dewasa kini ? Jika anda rasa belum, bantulah dengan sebarkan salam. Fahamilah mesej yang disampaikan oleh Faizal tahir dengan lagunya yang berjudul 'Assalamualaikum' dan juga Harris J dengan judul yang sama, adalah mesej yang sama telah disampaikan oleh Nabi Muhammad saw dalam hadis yang telah dinyatakan diatas.
Dengan sebarkan salam, kasih sayang telah tersebar. Dengan kasih sayang yang disebarkan kita dapat merawat bahkan mencegah masyarakat kita daripada penyakit ego dan pentingkan diri sendiri yang akhirnya akan menghancurkan dan merobohkan binaan yang telah dibina oleh baginda s.a.w dengan penuh kasih sayang dan kecintaan.
Ayuh sebarkan salam,
Assalamualaikum semua.. 😍😍😍😍