Thursday, July 28, 2011

Kewangan Islam & Penerimaan Masyarakat terhadapnya.


Assalamualaikum wbt,

Sebenarnya tidak terfikir atau terlintas langsung nak menulis artikel tentang bidang yang dipelajari ini walaupun sudah hampir 3 tahun berada dalam ekonomi dan perbankan islam di Universiti Yarmouk. Merasakan bahawa diri ini masih lagi tidak layak dan tidak mempunyai ilmu yang mendalam tentang bidang ini tapi insyaAllah dikurniakan ilham oleh Allah swt untuk menyedari kenapa perlunya orang islam didunia ini berpegang hanya pada kewangan dan perbankan islam.

Realitinya masyarakat di Malaysia masih lagi tidak dapat memahami dan boleh juga dikatakan mereka masih tidak mahu menerima kenyataan dan hakikat sebenar tentang kebenaran kewangan dan perbankan islam. Bila kita berceritakan perihal Riba', ramai yang mengakui status keharaman Riba' itu dan juga akibat kepada yang terlibat walaupun sedikit dengan Riba' itu. Tetapi tahukah anda bahawasanya masih banyak lagi yang tidak mengetahui faedah ataupun Interest yang digunapakai dalam perbankan konvensional juga adalah Riba'.

Jangan pelik dengan kenyataan ini kerana masyarakat di Malaysia sudah ditanam dengan kefahaman tentang Riba' itu adalah bunga yang digunakan oleh ceti haram ataupun pemberi pinjam dikala peminjam mereka lambat melangsaikan hutang mereka. Riba' yang mereka fahami itu adalah tambahan ataupun denda yang dikenakan mungkin sebanyak 1 kali ganda ataupun 2 kali ganda daripada nilai yang dipinjam.

Kita sudah sedia maklum tentang haramnya bunga itu dan juga takrifan Riba' itu. Namun masih ramai yang tidak tahu bahawasanya interest didalam perbankan konvensional itu juga adalah Riba' yang jelas ternyata haram berdasarkan dalil daripada Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW.

Fenomena yang ingin saya sentuh adalah kenapa masih ramai ummat muslimin diseluruh dunia umumnya masih lagi menggunakan Sistem Perbankan Konvensional. Dan ingin saya tekankan disini, selain daripada sistem perbankan islam itu hanyalah sistem perbankan konvensional dan tidak ada pengecualian walau sedikit mana pun. Selagi sistem itu tidak bebas daripada Riba', tidak dinafikan lagi tentang kekonvensionalan sistem itu berdasarkan pengamalan dengan Riba'.

Ramai yang mengatakan Sistem Perbankan Islam tidak ada bezanya dengan Sistem Perbankan Konvensional ataupun yang tidak menggunakan dalil-dalil yang telah ditetapkan dalam Islam. Sistem Perbankan Islam juga dikatakan mempunyai kos yang lebih tinggi dalam setiap produk yang disediakan dan juga perkhidmatan yang tidak secepat Sistem Perbankan Konvensional. 

Bila kita berbicara tentang perihal yang berkaitan dengan agama sebenarnya susah untuk berjaya dengan kadar masa yang begitu singkat berbanding dengan perihal hiburan dan perihal dunia. Itu adalah lumrah dan realiti dunia kini. Perihal agama tidak boleh disebarkan dengan senangnya dan tempatnya adalah terhad. Manakala perihal hiburan, sukan dan sebagainya tiada batasan tentang penyebarannya. Buktinya kita dapat lihat daripada masyarakat kita yang menjadikan Berita di Televisyen dan juga surat khabar sebagai sumber maklumat kehidupan mereka sehingga meletakkan Al-Quran dan Hadis Baginda SAW ditangga bawah daripada sumber-sumber dunia mereka.

Pernah Baginda SAW menyatakan didalam sebuah Hadisnya , mafhumnya, 'Tidak akan sesat umatku selagi mereka berpegang dengan 2 perkara ini, iaitu Al-Quran dan Sunnahku'. 

Sudah lupakah kita dengan dalil-dalil sohih yang selalu disebut oleh para Ulama' dan juga didengar didalam setiap tazkirah, ceramah dan sebagainya ??? Masih lagi dengan kebergantungan kita dengan sumber dunia yang hakikatnya bukanlah satu tempat yang kekal abadi.

Namun kebanyakan insan akan menyalah anggap dengan istilah yang disertakan sekali dengan kalimah Islam. Kenapa??, Kerana disebabkan ummat Islam kini ramai yang telah mencemarkan keharuman dan kesucian agama mereka itu sendiri. Jika kita lihat dari segi logik akal apabila didalam satu kumpulan atau keluarga terdiri daripada seseorang yang berlatar belakang sebagai penjahat atau penjenayah, keraguan untuk menerima setiap daripada ahli kumpulan itu atau keluarga itu akan jelas ternyata daripada kumpulan yang tiada latar belakang yang buruk itu. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, frasa yang lebih senang untuk kita gambarkan kenapa Islam itu sendiri susah untuk diterima dengan mudahnya.

Didalam Islam, kita tidak perlu untuk membenci kepada orang jahat, akan tetapi kita perlu membenci dengan perbuatan jahat yang dibuatnya kerana untuk menghakimi seseorang itu bukanlah dalam bidang kuasa makhluk yang bergelar manusia di muka bumi ini, itu semuanya adalah bidang kuasa yang Maha Esa iaitu Allah SWT.

Jika kefahaman kita semua masih lagi tidak masak dengan sepenuhnya tentang kebenaran dan hakikat kewangan Islam itu sendiri, tidak peliklah jika masih lagi kita dengar dan terbaca kes-kes rasuah, pecah amanah, kecurian dan sebagainya. Marilah kita cuba untuk berusaha mencari yang benar dan bongkarkan kepada masyarakat tentang hakikat, kebenaran dan kepentingan kewangan islam.

Janganlah disebabkan bukan kebiasaan dan kelainan yang amat ketara daripada individu lain menjadikan kita salah seorang hambaNya yang tidak mengiktiraf kesahihan dan kebenaran undang-undang yang telah disampaikan olehNya didalam KitabNya. Semoga kesedaran masyarakat tentang ini akan timbul jua satu hari nanti. InsyaAllah...sekian wassalam..


Saturday, July 23, 2011

~Tips cover malu~





Jika diketawakan Kerana Tertidur.
- Jika anda diketawakan rakan kerana tertidur di ofis @ kls @ kuliah  hingga terleleh air liur basi, anda hendaklah terus bangun dengan keadaan separuh sedar! Kemudian buat-buat kena sawan sambil keluarkan lagi air liur. Gerenti member anda akan panik dan berhenti ketawakan anda!haha

Jika Silap Tegur Orang
- Kalau anda tersilap menyapa orang yang tidak dikenali, anda hendaklah teruskan menegur orang itu dan menganggap anda kenal orang itu dan terus bagi duit dekat dia. Kononnya anda pernah berhutang dengannya. Mesti dia akan mengaku anda kenalannya..

Jika Diketawakan Kerana Zip Seluar Terbuka
- Jika anda ditegur orang kerana zip seluar terbuka, jawablah dengan selamba dengan mengatakan ini adalah gaya berfesyen atau katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsafah "Biar rosak zip, jangan rosak akhlak!"hak3

Jika Tercakap Sorang Diri
- Kalau anda bercakap seorang diri kerana member tertinggal di belakang, jangan panik! Apa yang perlu anda lakukan ialah teruskan bercakap dan ketawa seorang diri sambil menyumpah member anda itu. Tentu orang takkan gelakkan anda kerana menyangka anda ada masalah mental kronik!

Jika Tersilap Masuk Tandas Wanita/ Lelaki
- Jika tersilap masuk tandas wanita /lelaki, apa yang anda perlu buat ialah anda perlu buat muka gelabah puyuh dan cemas sambil "berlakon" menyatakan tujuan anda mencari isteri/suami anda yang dah sejam tadi masuk tapi tak keluar-keluar lagi!

Selamat mencuba ye! 
Credit to lovely Ustazah hana--SMA Al-Ihsan (^_^) 

Friday, July 22, 2011

Ilmu, Cita-cita & Ketentuan


Salam Alaikum wbt,
Hari Jumaat bagi seorang pelajar Malaysia Jordan adalah hari yang selalunya tidaklah sibuk dan padat, saya pula bercadang untuk memasak tapi ayam masih lagi keras dek kerana lama letak dalam peti ais. Sambil menunggu terdetik untuk menyambung aktiviti berblogging ini.

Tentang Ilmu, cita-cita dan ketentuan. Satu tajuk yang pada saya amat sesuai dibincangkan dalam kalangan pelajar-pelajar tidak kira diluar negara ataupun dalam negara. Bermulanya langkah kita untuk mencapai cita-cita dengan menuntut ilmu. Ada yang meminati bidang astronomi, perubatan, kewangan islam, pendidikan, pertahanan dan sebagainya. Bermulanya semua itu dengan pilihan yang dibuat oleh diri kita sendiri ataupun ibu bapa kita yang menunjukkan jalan itu pada awalnya dan kita pun melalui jalan itu dengan usaha-usaha yang ada.

Kita meminati bidang ekonomi sebagai contohnya. Ilmu yang hendak kita isi dalam kotak maklumat dan dada ini mestilah berkaitan dengan ekonomi dan yang sewaktun dengannya. Dugaan dan cabaran yang bakal ditempuhi dalam setiap bidang yang dipilih juga akan mempengaruhi minat kita terhadapnya. Namun, apabila kemahuan kita adalah satu kemahuan yang susah untuk ditiup tumbang dan terbang keawangan, pastinya segala cabaran dan dugaan dapat kita tempuhi walaupun memerlukan pengorbanan yang besar.

Lumrah hidup didunia jika seorang pelajar itu mendalami ilmu ekonomi, pastinya dia akan menjadi seseorang yang berada didalam industri ekonomi negara. Jika seseorang pelajar itu mendalami ilmu kejuruteraan, pastinya dia perlu memasuki bidang kejuruteraan apabila sudah bergelar graduan kelak. Tetapi, tidak semua yang tahu bagaimana kesusahan dalam memutuskan sesuatu keputusan seperti cita-cita kita. Teringat sewaktu kecil, seorang kanak-kanak mampu meluahkan cita-citanya kepada sahabat, guru dan ibu bapa dengan yakinnya. Keyakinan untuk luahan itu akan menjadi semakin sukar. Semua itu adalah kerana kesedaran kita tentang bagaimana dunia yang bakal ditempuhi setelah habis menuntut di Universiti.

Sebagai contohnya seorang pelajar ijazah sarjana yang akan menghadapi 4 tahun kehidupan sebagai mahasiswa di sebuah Universiti diluar negara. Tahun pertama bergelar mahasiswa, kita akan mempunyai satu semangat yang selalunya semua pelajar tahun pertama ada. Jika dibidang ekonomi islam atau perbankan islam, semangatnya amat besar dan kuat untuk meletakkan cita-cita sebagai penasihat syariah di mana-mana institusi bank.

Tahun seterusnya akan membuatkan seseorang itu menilai kembali cita-citanya itu, bukan disebabkan itu satu cita-cita yang terlalu tinggi atau besar, namun itu semuanya adalah ketentuanNya. Kita tidak perlu menyempitkan cita-cita dengan bidang yang kita dalami. Dan selalunya itulah yang menjadi punca pengangguran mahasiswa luar atau dalam negara.

Seorang pelajar ekonomi dan perbankan islam boleh menjadi seorang pensyarah, seorang pelajar kejuruteraan boleh menjadi CEO sebuah syarikat, seorang pelajar perniagaan boleh menjadi pegawai bank, kerana apa..? kerana telah ditentukan olehNya. KetentuanNya adalah yang pasti. Selagi kita hidup sebagai seorang manusia dan sebagai hambaNya, selagi kita bernafas dengan udaraNya, selagi itulah rezeki dan nikmatNya akan kita terima. Jangan takut dan bersedih, Allah swt  selalu bersama hambaNya.

Jangan risaukan masa yang akan datang, jangan endahkan masa yang silam, fokus pada masa yang bersama kita sekarang. Sebagai seorang pelajar contohnya, belajar itu lebih penting daripada kesusahan dan kesulitan dalam memikirkan apa yang perlu kita lakukan untuk perancangan masa hadapan sehinggakan pembelajaran kita terganggu disebabkan kesulitan itu.

Belajar, belajar dan belajar. Terapkan segala ilmu yang kita perolehi. Jangan hanya mendapat markah yang  tinggi tetapi ilmu itu hanya setakat kertas soalan test 1 dan test 2 ataupun final exam. Biarlah ilmu itu sehingga akhir nafas kita di dunia ini. Jadikanlah ilmu itu satu pelengkap bagi diri kita untuk berdakwah didalam masyarakat.

KetentuanNya adalah yang paling terbaik untuk setiap hambaNya. kita telah sedia maklum tentang itu dan perlu menerima setiap apa yang kita perolehi walaupun bukan dalam perancangan kita sekalipun. Seperti juga kita menerima apa yang dirancang dan diberikan oleh ibu bapa kesayangan kita seperti itu juga kita perlu menerima ketentuanNya kepada diri kita.

Belajarlah sahabat, belajarlah adik-adik, belajarlah semua. Ingat bahawasanya kita mempunyai masyarakat yang memerlukan kita membimbing mereka kearah kebenaran. Kuatkan semangatmu dan tabahkanlah hatimu untuk menjadikan transformasi komuniti itu kepada yang lebih baik satu kejayaan yang hakiki.


Summer, RamaDhan Kareem...


Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah Summer Short Sem dah nak habis lebih kurang dalam 2 minggu lagi akan menghadapai FINAL EXAM !!!

Hahhhh!!! Final Exam dah ke..?? Sangat cepat masa berlalu kan. Senior pun tinggal lebih kurang 2 minggu juge mase mereka disini bersama kami semua. Harapnye dapat cipta sebanyak-banyaknye kenangan bersame mereka disini. 

Kepanasan Soifi semakin menghampiri kami di Jordan ni. Sememangnya perbezaan yang amat ketara dengan kepanasan yang biasa di Malaysia. Namun, selalunya orang akan membidas ayat ini dengan ayat 'Baru panas diDunia, Panas di Akhirat lebih Dahsyat' .

So, bagi sesiapa yang nak merungut dengan ketidakselesaan soifi kali ini berjagelah dengan ayat anda ye sebab silap hari bulan hati kite yang tidak selesa dengan sindiran sahabat lain pulak kan. 

InsyaAllah tak lame lagi Ramadhan Al-Kareem akan muncul lagi, Ya Allah, berikanlah kami kesempatan untuk sampai ke Madrasah Ramadhan al-Kareem. Bercerita tentang Ramadhan amatlah menyentuh hati ini sebagai seorang anak yang merantau jauh daripada keluarga kesayangan untuk menuntut ilmu menjadi seorang anak yang soleh/solehah dan juge pendakwah kepada masyarakat di Tanah Air yang tersayang.

Dugaan dan cabaran itu dimane saje akan kite laluinya dan ianya hanya bergantung kepada diri setiap individu itu bagaimana die menghadapi cabaran dan laluan kehidupan yang ber onak duri itu. Ketabahan hati kite terbina daripada jangkaan kite terhadap dugaan itu. Jika kite langsung tidak mengendahkan dugaan dan cabaran yang lazimnya akan dan bakal kite hadapi pada setiap nafas kehidupan didunia ini, selalunye seseorang itu akan mudah terjatuh dan terluke apabile dugaan yang tidak pernah diduge datang dengan tiba-tiba.

Begitulah juge Semester Soifi ini, kami melaluinye dengan banyak dugaan yang tidak diduge dan juge yang paling dirasekan ialah perjalanan mase yang amat cepat, dalam tak sedar, sem soifi ini bakal tamat dan juge bakal menempuh Madrasah Ramadhan pule. 

Doalah sahabat sekalian memohon kepadaNya diberikan kekuatan dan ketabahan hati selame kite bernafas dengan OksigenNya, selame kite hidup dengan NikmatNya dan segalanya supaya kite terus melangkah dan maju kehadapan sebagai seorang Insan yang berguna dan juge hambaNya yang bertaqwa kepadaNya, InsyaAllah (^_^)

Sehingga kite bertemu lagi pada masa yang akan datang,sekian wassalam alaikum wbt...