Sunday, August 14, 2011

Kek Lapis ker ni..?? (^_^)


Assalamualaikum wbt, 
Kalau lah gambar ni masuk dalam pertandingan teka-teki, rasanya apakah jawapan yang paling tepat dan paling banyak akan keluar.? 
Tuan gambar ni pun dalam dilemma tentang jawapan yang paling tepat sekali. Namun, kita tolak ketepi semua keraguan itu dan dengan jelasnya inilah kek lapis saya yang pertama. Melihatkan dengan atas kek ni mesti agak keraguan tentang rasanya kan. Jangan risau sebab hitam yang timbul diatas kek ini adalah disebabkan biskut-biskut oreo yang saya letakkan antara lapisan kek lapis ni.


Ha..nampak kan biskut oreo dalam lapisan kek tu.? Walaupun nampak seperti sudah menjadi tapi tidaklah begitu menjadi sangat bagi saya sebab ada bahagian lapisan kek yang masih lembut lagi. Mungkin kerana perlu bakar lebih lama lagi.
Rasa kek lapis oreo ini secara keseluruhannya ''bolehlah ye''. Tidak lah boleh dikategorikan sedap sangat(hehehe). Untuk sahabat-sahabat yang ingin mencuba boleh lah pergi ke blog kak Hasuriah Tahir sebab saya dapat resepi daripada sini dan resepi yang kak hasuriah tahir sediakan ni banyak membantu. Merasa juge nak makan kek lapis di Perantauan ni kan. Credit to Kak Hasuriah Tahir. (^_^)

Kepada sahabat yang ingin mencuba selamat mencuba ye.sekian wassalam..

2 comments:

  1. rajen jugak u buat kek..jordan eh?haku kat india nih..sesat JPA duk hantar kat india.tapi abes jugak study sini,sabtu ti fly balik Msia for good..sambung kat Melaka=p

    ReplyDelete
  2. wah...bestnyer..india..aah jordan..kirenye da 6taun la kt india law nk balek da ni...doctor fara la da ni ye..??

    xde lah rajin mane..try2 je..sndri nk mkn juge kan..bukn nk berbisnes pun..hehe :->

    ReplyDelete