Monday, December 6, 2010
Peng0rbaNan @ PenyesAlan..
Salam Maal Hijrah buat semua sahabat yang dikenali. Dah lama tak post artikel disebabkan macam-macam perkara yang berlaku yang telah memberi efek kepada kotak pemikiran ini untuk melahirkan idea-idea untuk menulis. Alhamdulillah masih diberi rahmah,inayah dan nikmat iman dan islam daripada Allah swt untuk menulis artikel yang selalunya ditulis untuk meluahkan isi hati dan juga pengalaman hidup ini sebagai hamba yang kerdil lagi hina di sisi Allah pencipta yang Esa.
Diantara penyesalan dan pengorbanan, apakah yang sepatutnya kita semua lakukan terhadap kedua perkara yang perlu ditempuhi bagi setiap insan yang lemah di dunia ini?. kita semua masih lagi menghadapi kehidupan dan tentunya masih lagi menghadapi cabaran,dugaan, hasutan dan pelbagai lagi perkara yang sukar dan barangkali ada istilah yang tidak pernah kita semua dengar akan wujud dan menjadi satu jenis cabaran dan halangan bentuk baru pada zaman yang akan datang.
Kita bermula dengan penyesalan. Kemungkinan masih wujud insan yang tidak pernah menghadapi saat-saat penyesalan dalam hidupnya, tetapi itulah yang biasa berlaku dalam hidup sebagai seorang manusia atau lebih tepat sebagai hamba Allah swt yang tentunya kita semua ini hanyalah hamba yang amat kerdil dan amatlah hina. Kita sering melakukan kesilapan,sering melakukan dosa, sering melanggar laranganNya namun kita masih hidup sampai ke saat ini dan untuk apa sebenarnya. Jika difikirkan pada undang-undang ciptaan manusia, dengan kesilapan yang besar sekali, barangkali boleh membawa kematian. Dan cuba kita semua renungkan dosa-dosa yang telah dilakukan, yang kecil hingga la sebesar yang pernah diterangkan dalam mana-mana dalil sebagai laranganNya yang tegas.
Jika kita masih hidup dan telah maklum bahawa diri kita yang lemah ini pernah membuat kesilapan,dosa,kejahatan dan kalimah-kalimah yang sewaktu dengannya, kenapa kita masih hidup sedangkan kanun manusia dilanggar sekali membawa kematian, kanun Allah swt yang Maha Besar dan Maha Agong dilanggar sekali bahkan berjuta kali masih lagi kita bernafas dengan oksigen yang dicipta oleh Allah swt dan sudah tentunya kepunyaan Allah swt.
Kekuasaan Allah swt itulah yang sepatutnya diterapkan dalam kehidupan seharian sebagai muslim dan bukan kekuasaan manusia. Kenapa tidak Allah swt menghukum terus kita yang telah melakukan dosa kepadaNya, dan kenapa masih kita hidup sebagai seorang manusia lagi di dunia ini?, kerana Allah swt Maha Pengampun. Allah swt akan mengampunkan dosa hambaNya yang tulus meminta ampun dan taubat kepadaNya selagi mana diiringi dengan penyesalan dan kesungguhan.
fikir-fikirkanlah disertai dengan zikir padaNya. insyaAllah sambungan madah kali ini akan disusuli tak lama lagi dan sekian wassalam alaikum wbt.
Thursday, September 9, 2010
Perginya Ramadhan Al-Kareem..
Monday, August 23, 2010
Siapa Dulu..??
Alhamdulillah, kini telah memasuki fasa Ramadhan yang kedua. Apakah yang kita semua dapat setelah melalui fasa yang pertama yang baru sahaja meninggalkan kita?, dan belum pasti akan ketemu lagi dengan fasa pertama Ramadhan Mubarak ini. Muhasabah, satu saat dan akhlak yang sentiasa memberi manfaat dan faedah yang amat berguna bagi setiap manusia yang hidup di dunia ini. Dengan Muhasabah barulah kita dapat menilai sekadar mana ibadah yang kita lakukan,sekadar mana usaha yang kita curahkan untuk menuju Ilahi. Semoga sahabat-sahabat dapat meneruskan lagi usaha anda dalam menghadapi kehidupan dalam Universiti Ramadhan ini.
Siapa agaknya yang kita dahulukan dalam kehidupan seharian kita.?? Ibubapa, Buddy, Jiran, Kekasih, Adik, Abang atau Kakak. Setiap kali bila kita ingin ke sekolah atau kolej, namun kekurangan duit saku memaksa kita untuk berhadapan dengan Ayah. "Abah, abah sihat hari ni?dah makan?macam mana kerja semalam?hari ni kerja pukul berape?" berdozen soalan yang dikemukakan oleh anak kepada ayahnya. "em..awak nak pergi mane?berape duit belanje nak?" Balas si ayahnya. Perkataan yang senang untuk kita gambarkan situasi anak ini adalah "terkantoi" sudah. Situasi yang selalu dilakukan seorang anak untuk membodek ayahnya atas sebab untuk meminta duit saku atau duit belanja. Dan dimana situasi ini juga amatlah difahami dan dapat diramal oleh setiap ayah didunia ini. Berdasarkan situasi tadi, Ayah kita pun akan memahami apa yang tersirat disebalik kelakuan anaknya itu. Situasi yang agak melucukan ini sering berlaku dan dilakukan oleh seorang anak kepada ayahnya. Bermacam-macam cara yang akan digunakan oleh seorang anak semata-mata untuk mendapatkan buit belanja daripada ayahnya. Namun begitu ayah yang telah melalui pelbagai ragam dan perangai daripada anak-anaknya tetap akan memahami maksud yang tersirat disebalik setiap apa yang anak-anaknya lakukan.
Walaupun begitu, tidak pernah kah kita semua berfikir sejenak dengan siapa kita perlu minta dahulu?. Bila diminta untuk berfikir sejenak, pada pendapat saya, jawapan yang akan timbul mestilah berdasarkan iman dan situasi kita sebagai hamba Allah swt di muka bumi ini. Alangkah bagusnya jika setiap apa yang kita mahu,ingin atau idamkan dalam kehidupan seharian kita ini kita berdoa kepada Allah swt atau dalam erti kata lain kita minta kepada Allah swt dahulu. Bahkan walau sekecil-kecil permintaan pun tidak salah untuk kita berdoa dan minta kepada Allah swt kerana setiap apa yang ingin kita lakukan mestilah dengan izin Allah, kalau Allah tidak mengizinkan sesuatu itu, maka tidak akan berlaku. Apalah salahnya jika kita meminta dengan Allah swt, insyaAllah, Allah swt amat menyukai hambaNya yang selalu bergantung kepadaNya setiap saat dan ketika.
"aku rase macam nak makan kuih seri muka dengan kek coklat la untuk buke puase nanti, ya Allah, hambaMu ini teringin sangat nak makan kuih seri muka dengan kek coklat buke puase nanti, Kau kabulkanlah permintaan hambaMu ini". Seremeh-remeh perkara pun tidak salah untuk meminta dan berdoa selagi tidak melanggar batas dan hukum syara'. Walaupun kita dapat jangka yang kita akan dapat 50sen jika diminta daripada Ayah, namun tidak salah jika kita dahulukan berdoa meminta kepada Allah swt. Jika setiap apa yang kita inginkan kita dahulu kan dengan berdoa meminta kepada Allah swt, MasyaAllah, alangkah tenangnya hati dan kehidupan kita sebagai hamba Allah kerana setiap apa yang kita mahu lakukan mesti kita dahulukan meminta kepada Allah swt.
Hidup kita sebagai hambaNya mestilah disaluti dengan ingatan kepadaNya, kerana tujuan manusia dijadikan di atas muka bumi ini tidak lain tidak bukan hanyalah untukNya, bukanlah untuk menjadi orang yang paling kuat, bukan untuk menjadi orang yang paling masyhur atau bukan untuk jadi orang yang paling kaya. Cubalah, untuk memahami kenapa kita dilahirkan di dunia ini dan cubalah untuk selalu ingat pada Allah swt setiap saat dan ketika tidak kira apa sahaja yang kita lakukan dan dimana sahaja kita berada. Diharapkan artikel pada kali ini dapat memberi kesedaran kepada penulis sendiri dan sahabat-sahabat pembaca. Allah swt tujuan kita, dan kepada Allah swt akan kita kembali.
Wednesday, August 11, 2010
Salam Ramadhan Al-Mubarak...
Monday, July 5, 2010
new c0llab0rati0n...??
Monday, June 21, 2010
sick..sakit...hurt..
Tuesday, June 15, 2010
The TraVeLLer @ al FaRIsi (Last siri)
Bantuan pokok kurma
Kemudian Rasulullah s.a.w mengumpulkan para sahabat dan bersabda:’berilah bantuan kepada saudaramu ini.’ Mereka pun membantuku dengan member pohon(tunas) kurma. Seorang sahabat ada yang memberiku 30 pohon, atau 20 pohon ada yang 15 pohon, dan ada yang 10 pohon, masing-masing memberiku pohon kurma dengan kadar kemampuan mereka, sehingga terkumpul sebanyak 300 pohon.
Setelah terkumpul, Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku,’Berangkatlah wahai Salman dan tanamlah pohon kurma itu untuk majikanmu, jika telah selesai datanglah kesini aku akan meletakkannya ditanganku. ‘Aku pun menanamnya dengan dibantu oleh para sahabat.
Setelah selesai aku menghadap Rasulullah s.a.w dan memberitahukan perihalku. Kemudian Rasulullah s.a.w keluar bersamaku menuju ke kebun yang aku tanami itu. Kami dekatkan pohon kurma itu kepada Baginda dan Rasulullah s.a.w pun meletakkannya di tangannya. Maka, dengan izin Allah, tidak ada sebatang pokok pun yang mati.
Emas sebesar telur ayam
Pokok kurma sudah kutanam, aku masih mempunyai tanggungan emas sebesar 40 uqiyah. Kemudian Rasulullah s.a.w membawa emas sebesar telur ayam hasil daripada rampasan perang. Lantas Baginda bersabda:’ Apa yang telah dilakukan oleh Salman al-Farisi?’ kemudian aku dipanggil oleh Baginda, lalu Baginda bersabda,’ Ambillah emas ini, gunakan untuk melengkapi tebusanmu wahai Salman!’
‘Wahai Rasulullah s.a.w bagaimana status emas ini bagiku?’ Rasulullah menjawab.’ambil saja! InsyaAllah, Allah s.w.t akan member kebaikan kepadanya.’ Kemudian aku menimbang emas itu. Dengan izin Allah s.w.t berat ukuran emas itu 40 uqiyah. Kemudian aku dipenuhi tebusan yang harus aku serahkan kepada majikanku, dan aku dimerdekakan.
Setelah itu aku turut serta bersama Rasulullah s.a.w dalam perang Khandaq, dan sejak itu tidak ada satu peperangan yang tidak aku ikuti.”
Riwayat Ahmad,5/441;al-Thabrani dalam al-kabir(6/222);Ibn Sa’ad dalam al-Thabaqat,4/75;al-baihaqi dalam al-kubra,10/323.
ha..begitulah kisah Salman Al-Farisi..daripada awal kisahnya penuh dengan cabaran dan dugaan,akhirnya dengan keberkatan yang dikurniakan Allah kepada Salman,Salman dapat merasa nikmat yang amat membahagiakan..begitu juga pada kita semua,,jika kita hadirkan kesabaran dalam setiap saat dalam hidup kita,,insyaAllah,,Allah s.w.t akan memberikan nikmat kepada kita berkat kesabaran kita terhadap dugaanNya..sekian sahaja semoga kisah ini banyak memberi tauladan dan pengajaran..Assalamualaikum wbt...