Thursday, September 29, 2011

Resepi Blueberry Cheese cake @ Bayt Laban


Assalamualaikum wbt, Setelah sekian lame menyepi barulah dapat kesempatan nak post entri baru, agak la sibuk sejak masuk semester baru ni. Hari ni terase nak post resepi Blueberry Cheese Cake(boleh tekan kat link bagi sesiape yang belum bace entri tu lagi ye..) yang pernah buat Ramadhan yang lepas.

Bahan-bahannye adalah :-

*Keju dalam 450g (lebih sedap kalau gune yg dah ade perase)
*Margerin 250g 
*1 tin Blueberry topping
*Biskut tiger untuk base cookies cake(boleh gune ape2 jenis biskut ikut kegemaran)
* 1/2 biji lemon atau 1 biji limau nipis
*gula 
Cara-caranye :-

*Bermule dengan keju dulu, gaul campuran keju dalam mangkuk yg besar, lebih senang kalau ade handmix, tak lah penat sangat menggaul.
*Masukkan gula semasa gaulan tu sampai campuran keju tu ade rase manis.
*Masukkan pule jus lemon atau limau nipis yang dah diperah,jus lemon atau limau nipis ni kita gune sebab some people cepat muak dengan rase keju, so dengan jus lemon ni la yang akan menambahkan kesedapan rase cheese cake ni.
*Bile gaulan keju dah nampak sebati, biarkan seketika(jangan main letak je kat mane2.tutup elok2..)
*Untuk Base cookies, hancurkan biskut lebih kurang 1 atau 2 pek yg kecil. Nak mudah hancurkan gune blender..Bile biskut dah hancur sehancurnya, terus la campurkan dengan 100/150g mentega dan gula secukup rase. lagi sekali gaulkan dengan handmix sampai sebati.
*lumurkan dulu sedikit mentega pada permukaan loyang yang akan digunekan untuk bakar cake nanti. letakkan sebatian base cookies dahulu dan ratakan dengan mampat.
*bakarkan dulu base cookies tu dalam oven lebih kurang 10-12minit pada suhu 80 darjah.
*lepas dah bakar base cookies tu pastikan base cookies tu tak keras sangat dan tak lembut sangat.
*terus letakkan sebatian keju yang kite dah buat mule2 tu atas base cookies tu. Ratakan dengan elok dan kemas, masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 150 darjah dalam mase 20-25mint, ataupun boleh je extend sampai 30minit.
*bile dah nampak keju dah agak kekuningan sikit kuarkan dan tuangkan blueberry topping dengan kemas.
*Bile dah letak blueberry tu kire dah siap dah...tp letak dulu dalam peti ais dalam lebih kurang sejam atau lebih sebab cheese cake ni sedap makan sejuk-sejuk kan.

Ha, begitulah bahan dan cara untuk membuat Blueberry cheese cake, selamat mencube bagi sahabat-sahabat diluar sane. Post la gambar ek kalau dapat buat, insyaAllah korang semua nye result mesti lagi sedap dan cantek. Until we meet again..wassalam alaykum.. ^^

Tuesday, September 20, 2011

New Sem, New Year, New Family

Assalamualaikum wbt, setelah sekian lama juga menyepi daripada posting entri baru akhirnya ada juga kesempatan. Agak sibuk dengan persediaan untuk masuk semester baru di Universiti dan juga dengan urusan yang perlu diselesaikan untuk pendaftaran pelajar baru tambahan dengan pertambahan pelajar-pelajar baru yang semakin meningkat daripada tahun sebelum.

Alhamdulillah tanggungjawab yang ditaklifkan dapat juga diselesaikan cuma ada sedikit kerumitan yang berlaku apabila salah seorang pelajar tidak terima lagi kad pelajarnya. InsyaAllah semoga sehari dua ini masalah itu akan diselesaikan.

Memasuki semester yang baru kali ini amat berlainan kerana kali ini semester baru ini juga adalah tahun akhir pengajian di sini , InsyaAllah. Disamping itu, ditemani juga dengan junior yang baru tiba daripada Malaysia yang telah lama tidak ketemu.

Pengalaman membantu mereka mendaftar subjek dan juga segala urusan yang berkaitan banyak memberi manfaat yang sangat berguna. Disini sememangnya hanya pelajar Malaysia sahaja yang membantu pelajar baru untuk segala urusan daripada urusan di Universiti, Visa sehinggalah mencari rumah-rumah sewa untuk mereka yang baru tiba di bumi anbiya' ini.

Mudahkan urusan orang lain, InsyaAllah urusan kita akan Allah swt mudahkan. Kata-kata ini lah yang banyak membantu dan menjadi pegangan kepada pelajar senior di sini dalam membantu pelajar baru di sini. Suasana yang begitu harmoni, tanpa mengira asal negeri, loghat dan juga pemikiran semuanya saling membantu.

Semoga semuanya diistiqamahkan dengan sifat sebegini supaya pada masa akan datang akan wujud pemimpin yang lebih terbuka pemikirannya, saling membantu antara satu sama lain dan juga yang banyak berdakwah kepada masyarakat ke jalan yang diredhaiNya.


Abu Salman,
Syariah(ekonomi & perbankan islam)
Universiti Yarmouk, Jordan
2011...(^_^)

Thursday, September 8, 2011

kenapa saya rindu ye??



Salam Alaikum wbt.....

Majoriti makhluk yang bergelar manusia akan menghadapi situasi yang kadang-kadang dirasakan istimewa ataupun sedih iaitu rindu. Macam-macam orang akan mengeluarkan pendapat atau idea masing-masing tentang rindu. Kita semua selalu merindui sesuatu, seseorang dan berbagai-bagai lagi dalam hidup kita dan perasaan itu lah yang mengajar kita untuk menjadi lebih tabah ataupun semakin lemah.

Dalam situasi sebagai pelajar sekarang, tambahan pula keluarga yang tersayang jauh dari mata, rakan-rakan yang dulunya berlatih sama-sama, ada masanya susah untuk mengawal hati daripada tak merindui semua itu namun ujian itu diberikan untuk menguatkan lagi hati ini supaya apa-apa ujian yang mendatang yang pastinya lebih mencabar dan sukar dapat diatasi dengan hati yang tenang dan bersedia.

Dan dalam situasi merindui seseorang apa yang pentingnya diri kita perlu mengawal perasaan itu. Sebenarnya apa sahaja perasaan yang lahir daripada hati kita ini, susah untuk kita menghalangnya, jadi dengan itu perlulah kita kuatkan diri supaya dapat mengawal apa yang kita rasa supaya ianya tidak memberi kesan yang kadang-kadang boleh membawa perkara negatif kepada diri kita samada secara fizikal ataupun mental.

Jika tidak dapat mengawal rindu kepada keluarga, rakan-rakan, saudara-mara yang jauh di sana sehinggakan kita tidak dapat untuk menjalani kehidupan seperti biasa, tak makan dan minum, murung, sehinggakan aura kemurungan itu merebak keseluruh tempat disekelilingnya, mestilah tak baik dan tak elok bagi diri kita. Hatta ada yang dengan senangnya akan jatuh sakit bila dia merasakan dirinya kesunyian.

Apabila dilihat semula tentang situasi perasaan ini, mungkin kita boleh lihat semula situasi ini dalam bentuk 2 pihak. Cubalah kita hargai perasaan itu selagi adanya ia dan mungkin anda tidak merasakan secara terus ataupun secara realnya apa yang dia rasakan, cubalah juga terima apa yang dia rasakan kerana selalunya jika kita hanya terima secara tahu-tahu sahaja masih tidak memadai, dan akan berlaku kepada kita apa yang dia rasakan pada kita bila orang yang selalu memberi itu dah tiada.

Mungkin dan selalunya kita akan menghargai apa yang telah ada pada kita tetapi ianya sudah tiada pada kita sekarang. i've seen the third shooting stars,its so shining, em is it my time now but...always pray it is not..


.....(",)



Tuesday, September 6, 2011

Sometimes....


Kadang-kadang selsema ni memang mengecewakan sangat. Semua kerja dan aktiviti tergendala. Tambahan dengan ahli rumah yang berjalan tanpa khabar berita. Oo..sangat lah keseorangan. Padahal nak berlawan dengan selsema saje tapi boleh sampai rasa keseorangan dah. 

Just have to admit that i am not perfect at taking care of myself sometimes. Maybe perfect only at making troubles to myself and others. Selsema menyerang, nak baring untuk lelapkan mata memang satu perkara biasa. Even dah biasa, sometimes feel frustrated. 

Tapi insyaAllah, harap tak membawa kepada demam lagi. Just wanna write something before trying to get to sleep. Goodnight you there. 


Thursday, September 1, 2011

Rayaku di perantauan..

Assalamualaikum wbt, 
Alhamdulillah selepas pulang daripada bumi haramain selama 11hari kini kami dapat juga mengadakan majlis raya kecilan bersama-sama seramai hanya 8 orang. Dimana pergi yang selainnya ? agak cemburu, dengki semua ada, sahabat yang lain kebanyakannya menyambut Aidilfitri bersama keluarga mereka di Malaysia.

Walaupun begitu, kesedihan ataupun kerinduan kami terhadap keluarga tercinta tidaklah terlalu ekstrem kerana pengakhiran Ramadhan kami di Bumi Anbiya' ini diisi dengan kembara kami ke Bumi Haramain. Pertama kali melihat sendiri kehebatan dan keagungan agama Islam yang telah dipegang sejak diri ini bernafas dengan udara dunia ini sangat tersentuh. 

Dan yang paling gembira raya pertamaku di perantauan bukanlah ditempat yang mana diri ini menuntut ilmu namun, raya pertamaku diperantauan ialah di Bumi Haramain. Satu pengalaman yang sukar untuk didapati dan berasa sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke sana dan juga melalui hari demi hari mengimbas kembali bagaimana cabaran yang perlu dihadapi dan ditempuhi oleh kekasih Allah swt, Baginda Rasulullah saw.

Selama 11 hari kami lalui suka, duka, penat dan juga gembira bersama di Bumi Haramain, kami pulang ke Jordan, walaupun jauh disudut hati amat terhibur dengan suasana dan juga pengalaman yang ada di Bumi Haramain.
wah..sedapnya..rase mcm nak makan lagi ni..hee




Kembali kepada cerita sambutan raya tadi kan. Baru sebentar tadi kami meraikan majlis makan bersama sahabat berlapan yang tinggal disini. Walaupun sedikit namun tetap terhibur dengan juadah dan juga persediaan yang telah dilakukan.

Tidak dapat digambarkan perasaan raya pertama diperantauan, bukan lah sebak kerana sedih dan bukan juga sebab tidak sedih lansung, tapi ikhlas hati ini memang merindui keluarga yang berada di Malaysia. Semoga kalian semua sihat dan meraikan Aidilfitri dengan gembira dan senang hati.

Sukacitanya saya upload gambar kenangan kami semasa majlis raya kecilan yang kami adakan baru ni dirumah salah seorang sahabat saya di Irbid, Jordan..selamat menonton..

sangat2 bergaya di hari raya, fullset baju raye tu..(dari kiri: haniff, firdaus, sahdan, luqman.)

tengah takbir raya diketuai oleh IM Haniff.. ;)


lampu lip-lap tak kan dilupakan..baru lah meriah majlis raye kami.. ;)
(dari kiri: badrul, sahdan, firdaus, hazim.)

biro multimedia majlis tgh jaga laptop..de sesape nk tuju lagu raye,leh call dorg ye.. :D
(dari atas: luqman, falah, haniff.)

gambar kenangan bersama..kami berlapan..cukup da klu de yg nak ajak lawan futsal ni..lengkap sume.. :D
dari kiri atas: badrul, hazim, sahdan, luqman, falah
dari kiri bawah: firdaus, aliff syazwan(me) dan haniff.
Akhir kalam, Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada semua maaf Zahir dan batin atas salah dan silap yang sedar dan juga yang tak disedari..Kullu 'am wa entum bikher drpd kami di perantauan,wslm..