Sunday, December 7, 2014

Do you have any Common Senses ??

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, tahun pertama bertugas secara rasmi sebagai pendidik, banyak cabaran dan dugaan yang perlu dilalui namun, masih lagi ianya satu pengalaman yang sangat manis, kalau tiada cabaran dan dugaan, bukan lah kehidupan namanya.

Sedih hendak meninggalkan batch pertama anak-anak murid terutama sekali murid tahun 6 batch 2014 di Ainani. Alhamdulillah tahun ini juga mereka mencatat kejayaan dengan peningkatan daripada seorang calon mumtaz PSRA kepada 10 orang calon mumtaz PSRA daripada 80 orang calon.

Mendoakan mereka semua dapat meneruskan kejayaan mereka sepanjang kehidupan di dunia ini dan juga di akhirat kelak.

Jangan mudah terpedaya dengan kemanisan duniawi, di dunia yang fana ini terlalu banyak bahayanya, mungkin kamu semua dambakan jadi seorang remaja yang hebat, hebat dengan kawan, hebat dengan ilmu, hebat dengan teknologi, namun semua itu bukan jaminan menjadi seorang yang Allah swt redha.

Ingatlah pesanan ini, apa sahaja langkah kamu selepas ini, fikirkan lah redha Allah pada setiap perbuatan yang kamu ingin lakukan. Jangan terlalu bergantung dengan redha manusia sahaja kerana yang memberi kejayaan, yang memberi rezeki, yang memberi segalanya semuanya adalah Allah swt.
Tanpa Allah swt, siapalah kita didunia ini.
brace yourselves guys, love you all.. <3

Wednesday, July 16, 2014

Belated Post: Selamat Hari Ustaz!!!!!!


Assalamualaikum wbt,

Sebenarnya teringin nak menceritakan semula alkisah sambutan hari guru di sekolah tempat saya berkerja pada 16 Mei yang telah lepas.

Pertama kali sambut secara rasminya, sebelum ni pernah dapat hadiah daripada anak murid yang paling awal sekali pernah mengajar di sekolah agama rakyat kafa alif di Kuantan. Sekarang budak-budak tu dah besar panjang, entah-entah lagi tinggi daripada saya, kalau tak silap dah tingkatan 4 sekarang ni. Tapi malangnya yang masih lagi boleh berhubung tinggal seorang. Harapnya mereka semua dalam jagaan Allah swt disepanjang perjalanan kehidupan mereka.

Ha, nak cerita pasal hari guru lepas, memang havoc la jugak, dengan persembahan, makanan nya dan macam-macam lagi lah. Murid tahap 1 semangat cari hadiah pelik nak bagi ustaz ustazah diaorang, tapi kalau yang dah masuk tahap 2 dah masuk fasa segan-segan nak luahkan perasaan diaorang ni. Nak masuk remaja lah katakan.hehe

Selfie dengan anak buah kelas 6 Uthman

Bukan senang nak ustaz join budak-budak ni ber-selfie bagai kan, diaorang ingat ustaz dorang ni koman je, bukan koman je, komando lagi kot, haha,(kalau tak lawak teruskan je bace sampai habis)

Yang paling penting, sangat bersyukur dapat dipertemukan dengan permata-permata yang indah ini,mungkin bagi mereka ustaz garang sangat, terlalu tekan pasal belajar, dan macam-macam lagi lah, tapi jauh disudut hati ini mengharapkan semua kepayahan yang mereka alami waktu belajar ini terbayar dengan mereka menjadi orang yang berguna untuk masyarakat dan agama.

Rotan tetap rotan la guys,,no excuses!!! hahaha..

Love you all, 6 Uthman(petang) and 2 ali(pagi) too...

Semoga kamu semua menjadi saham yang menguntungkan dan terbaik untuk ibubapa kamu sepanjang kehidupan di dunia ini dan di akhirat yang kekal abadi. Amin.


So-One.
SRI Al-Ainani,
Taman Sri Andalas,
Klang,Selangor.
2330
18th Ramadhan 1435H
16th July 2014M.

Tuesday, July 15, 2014

100th entries??,,yippieeeee!!!!!!!!


Assalamualaikum wbt,

Wow..still not believing that i have already wrote about 100 entries in this very blog of mine. Alhamdulillah,the first words that must come, and second, how can i celebrate this special event ?? em, lil bit blur but feels kinda excited too. haha,

If i'm a celebrity maybe i can make the event with sending stuff to fans and answer to some fans wishes, but the reality is, when im myself is not a celebrity and certainly will not be( which sometimes still thinking to be a celebrity, filming an action movies with some cool and great actors or actresses, hahaha).

I will surely think on how to celebrate this great event of mine(i still think its great,haha) and will post again to make sure everyone knows about it. Salam alaykum.. :)

Ramadhan 1435


Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah kita sudah menerima kunjungan bulan mulia Ramadhan pada tahun ini 1435 Hijriyah dan telah memasuki fasa pertengahan juga iaitu 18 ramadhan. Dengan kemeriahan sambutan ramadhan kali ini saya mengharapkan masyarakat lebih menumpukan kepada kemeriahan spiritual dan menzahirkan kegembiraan dalam bentuk amal ibadah.

Kita tidak boleh hanya menganggap dengan peningkatan kesederan masyarakat dalam menyambut ramadhan dengan gembira sahaja yang diperlukan dalam kehidupan kita di dunia ini. Walau dengan apa cara sekali pun, perlulah diiringi dengan amal ibadah yang ikhlas. Kalau betul kita sememangnya gembira dengan kehadiran ramadhan, bermakna sewaktu bulan ramadhan, kita perlu memperbanyakkan lagi amal ibadah untuk menguatkan iman kita dalam menghadapi cabaran dan dugaan selepas tamatnya ramadhan kelak.

Namun, masih ramai lagi yang suka bergantung dengan kesedaran keagamaan tapi tanpa amalan, seakan bagi mereka apa-apa tentang agama hanya perlu dilakukan didalam hati sahaja tanpa menzahirkan tindakan. Rugilah kerana kita sudah menyedari bahawa bulan ramadhan sahajalah bulan yang memberi peluang untu setiap muslim diseluruh dunia untuk menjadi seorang yang lebih bertaqwa. Dengan taqwa yang diperolehi akan menjadikan jati diri kita sebagai orang islam semakin kuat dan tabah mengharungi segala dugaan dan cabaran yang ada sepanjang kehidupan didunia yang penuh tipu daya dan hasutan kearah kemungkaran ini.



Yang paling istimewa tentang bulan ramadhan, kita dapat menyaksikan pelbagai juadah yang dipamerkan di bazar ramadhan dimana-mana sahaja yang kita lawati. Alhamdulillah, itu juga sebahagian barakah yang ada dibulan ramadhan, mungkin kita tidak endah lansung betapa makanan itu satu perkara yang istimewa buat kita semasa bulan-bulan yang lain, yang penting cukup masa kita akan makan apa-apa sahaja makanan halal yang mengenyangkan.

Dengan kehadiran Ramadhan, kita dapat lihat pelbagai jenis juadah, lauk-pauk, kuih-muih, air dan sebagainya yang sukar untuk kita jumpa pada bulan-bulan lain dan kebiasaannya kita akan lebih cakna tentang makanan apa yang akan kita makan pada waktu berbuka dan juga waktu sahur. Ibadah berpuasa itu sendiri memberi kita pengalaman merasai sendiri bagaimana golongan fakir miskin yang tidak mampu menyediakan makanan untuk keluarga sepertimana kita yang mampu makan pada setiap waktu makan dan kadang ada yang lebih waktu makannya.



Kalau nak disebutkan tentang amal ibadah yang boleh kita lakukan dalam bulan puasa ini terlalu banyak, yang paling utama adakah diri kita ini kuat untuk melawan nafsu kita sendiri?? yang mana semua sudah sedia maklum, syaitan telah pun diikat dan pintu neraka telah pun ditutup dan yang tinggal hanyalah nafsu kita yang telah lama biasa dengan hasutan dan keinginan duniawi yang tinggi.

Dalam gambar diatas menunjukkan secara mudah apa yang tidak boleh dibuat dan apa yang perlu kita buat semasa berlangsungnya bulan ramadhan yang mulia ini.

Diharakan semoga Ramadhan 1435 ini akan menjadi ramadhan yang lebih baik daripada yang sebelumnya dan semoga kita benar-benar dapat menjadi muslim yang bertaqwa dan memenuhi identiti dan personaliti seorang muslim yang cemerlang dan berjaya supaya dengan personaliti dan jati diri yang tulen dan bagus, ianya mampu menjadi dakwah kepada orang bukan muslim dan juga kepada orang muslim untuk kembali kepada fitrah sebenar dan memenuhi misi yang perlu kita laksanakan sepanjang kehidupan kita didunia yang sementara ini, InsyaAllah, amin.

Ramadhan Kareem, Allahu Akram...

So-One.
SRI Al-Ainani,
Taman Sri Andalas,
Klang,Selangor.
2048
18th Ramadhan 1435H
15th July 2014M.


Sunday, July 13, 2014

Comeback,Dunia baru..2014 onwards



Assalamualaikum wbt,

MasyaAllah, Alhamdulillah, macam tak percaya dah lama sangat tak kemaskini blog. Mungkin juga jodoh tidak berapa kuat dengan dunia penulisan blog ini. Walaubagaimanapun Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk mengemaskini blog ini dan mencegah blog ini daripada menjadi sarang lelabah disebabkan tidak berusik lansung,hehe.

Alhamdulillah sepanjang tidak mengemaskini perkembangan kehidupan ataupun isu semasa sebelum ini, perjalanan kehidupan semakin lancar, walaupun berliku namun itu sudah menjadi fitrah kehidupan didunia yang fana ini. Kehidupan yang terlalu mudah dan senang itulah sepatutnya yang perlu kita waspada kerana mungkin akan tersadung ditengah jalan kerana terlalu gembira melangkah dalam kehidupan tanpa berhati-hati.

Saya sudah mendapat kerja yang baru, di tempat yang baru, suasana yang baru, pengalaman yang baru, dipendekkan cerita, bermulalah dunia baru saya di Klang, Selangor. Waktu belajar dahulu pernah simpan hasrat untuk merantau ke Selangor dan menetap disini membina keluarga. Alhamdulillah dimakbulkan walaupun memang sukar apabila baru hendak menapak dalam kehidupan berkerjaya tambahan sebagai seorang lelaki, dan anak sulung, perlu berada jauh daripada keluarga di Kuantan, Pahang.

Mungkin juga disebalik kesukaran, kesulitan dan kesusahan ini Allah swt akan selitkan 1001 pengalaman yang dapat mengajar saya erti tabah dalam kehidupan kelak hati menjadi kuat.

Moga hati dan jari ini akan kembali aktif dalam menyiram kembali blog ini dengan penulisan yang bermanfaat daripada seorang yang tidak seberapa ini yang boleh memberi manfaat kepada pembaca walaupun dengan satu huruf sahaja, InsyaAllah.

Nantikan entri yang akan dikemaskini pada masa akan datang, InsyaAllah amin.