Assalamualaikum wbt,
MasyaAllah, Alhamdulillah, macam tak percaya dah lama sangat tak kemaskini blog. Mungkin juga jodoh tidak berapa kuat dengan dunia penulisan blog ini. Walaubagaimanapun Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk mengemaskini blog ini dan mencegah blog ini daripada menjadi sarang lelabah disebabkan tidak berusik lansung,hehe.
Alhamdulillah sepanjang tidak mengemaskini perkembangan kehidupan ataupun isu semasa sebelum ini, perjalanan kehidupan semakin lancar, walaupun berliku namun itu sudah menjadi fitrah kehidupan didunia yang fana ini. Kehidupan yang terlalu mudah dan senang itulah sepatutnya yang perlu kita waspada kerana mungkin akan tersadung ditengah jalan kerana terlalu gembira melangkah dalam kehidupan tanpa berhati-hati.
Saya sudah mendapat kerja yang baru, di tempat yang baru, suasana yang baru, pengalaman yang baru, dipendekkan cerita, bermulalah dunia baru saya di Klang, Selangor. Waktu belajar dahulu pernah simpan hasrat untuk merantau ke Selangor dan menetap disini membina keluarga. Alhamdulillah dimakbulkan walaupun memang sukar apabila baru hendak menapak dalam kehidupan berkerjaya tambahan sebagai seorang lelaki, dan anak sulung, perlu berada jauh daripada keluarga di Kuantan, Pahang.
Mungkin juga disebalik kesukaran, kesulitan dan kesusahan ini Allah swt akan selitkan 1001 pengalaman yang dapat mengajar saya erti tabah dalam kehidupan kelak hati menjadi kuat.
Moga hati dan jari ini akan kembali aktif dalam menyiram kembali blog ini dengan penulisan yang bermanfaat daripada seorang yang tidak seberapa ini yang boleh memberi manfaat kepada pembaca walaupun dengan satu huruf sahaja, InsyaAllah.
Nantikan entri yang akan dikemaskini pada masa akan datang, InsyaAllah amin.
No comments:
Post a Comment