Wednesday, July 29, 2009

The TraVeLLer @ al FaRIsi (siri4)

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah,ada juga masa untuk diluangkan bersama laptop kesayangan ini. Agak lama menjauhkan diri daripada laptop ini kerana banyak urusan yang perlu diselesaikan minggu ini. Banyak juga pengalaman-pengalaman baru diperoleh walaupun berada dalam cuti semester yang masih berjalan...

InsyaAllah, kali ini kita akan ikuti sambungan kisah Salman Al-farisi dimana pada siri yang sebelumnya beliau menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dimana setiap kali pendeta dan orang yang beliau temui meninggal. Namun Salman al-farisi tetap tabah dan meneruskan pencariannya tidak kira dimana...


Pergilah ke Nashibin

Kemudian orang yang Salman temui itu berkata,' Silakanlah tinggal bersamaku.' Salman pun hidup bersamanya. Salman dapati orang itu amat baik seperti yang diterangkan sifulan sebelum ini. Namun ia hampir dengan kematian. Dan ketika menjelang kematiannya, aku bertanya kepadanya,' Wahai fulan, ketika sifulan mewasiatkan aku kepadamu dan agar aku menemuimu, kini takdir ALLAH akan berlaku ke atasmu sebagaimana engkau ketahui, oleh sebab itu kepada siapakah aku ini akan diwasiatkan? Dan apa yang engkau perintahkan kepadaku?'

Orang itu berkata: 'Wahai anakku, demi ALLAH tidak ada seseorang pun seperti aku kecuali seorang di Nashibin(kota di Algeria), yakni fulan. Temuilah dia!'

Maka setelah beliau meninggal dunia, Salman menemui seseorang yang dimaksudkan di Nashibin. Setelah aku bertemu dengannya, aku menceritakan keadaanku dan apa yang diperintahkan sifulan kepadaku. Orang itu berkata: 'Silakan tinggal bersamaku.' Selepas itu Salman tinggal bersamanya. Salman mendapati dia benar-benar seperti sifulan yang pernah beliau temui sebelum ini.


Temuilah sifulan di Armunia

Namun, kematian hampir datang menjemputnya. Dan diambang kematiannya aku berkata:
' Wahai fulan, ketika itu sifulan mewasiatkan aku kepada fulan, dan kelmarin fulan mewasiatkan aku kepadamu. sepeninggalanmu nanti, kepada siapakah aku akan engkau wasiatkan? dan apa yang akan engkau perintahlan kepadaku?'

Orang itu berkata,' Wahai anakku, demi ALLAH tidak ada seorang pun yang kau kenal sehingga aku perintahkan kamuuntuk mendatanginya kecuali seseorang yang tinggal di Armunia(kota di Rom). Orang itu menganut keyakina sebagaimana yang kita anut, jika kamu berkenan, silalah mendatanginya. Dia pun menganut sebagaimana yang selama ini kami pegang.'

Setelah dia meninggal dunia, Salman pergi menuju Armunia. Salman menceritakan perihal keadaannya kepada orang itu. Dia berkata,' Silalah tinggal bersamaku.' Salman pun hidup bersama seseorang yang ditunjuk oleh kawannya yang sekeyakinannya.

Pembawa ajaran Ibrahim

Ditempat orang itu, Salman bekerja sehingga beliau memiliki beberapa ekor lembu dan kambing.
Kemudian takdir ALLAH pun berlaku kepada orang itu. Ketika itu Salman berkata,' Wahai fulan, selama ini aku hidup bersama sifulan, kemudian dia mewasiatkan aku untuk menemui sifulan, kemudian sifulan juga mewasiatkan agar menemui sifulan, kemudian fulan mewasiatkan aku untuk menemuimu, sekarang kepada siapakah aku ini engkau wasiatkan dan apa yang engkau perintahkan kepadaku?'

Orang itu berkata,' Wahai anakku, demi ALLAH, aku tidak mengetahui seseorang pun yang akan aku perintahkan kamu untuk mendatanginya. Akan tetapi telah hampir tiba waktu munculnya seorang nabi, dia diutus dengan membawa ajaran nabi Ibrahim. Nabi itu akan keluar diusir dari suatu tempat di Arab kemudian berhijrah menuju daerah diantara dua bukit. Diantara dua bukit itu tumbuh pohon-pohon kurma. Pada diri nabi itu terdapat tanda-tanda yang tidak dapat disembunyikan, dia menerima hadiah, tetapi tidak mahu menerima sedekah,
diantara kedua-dua bahunya terdapat tanda kenabian. Jika engkau dapat kedaerah itu, pergilah kesana!'

Kemudian orang ini pun meninggal dunia. Dan sepeninggalanya, aku masih tinggal di Armunia sesuai dengan kehendak ALLAH.

MasyaAllah,rupa-rupanya hikmah yang besar hendak ditunjukkan supaya akhirnya Salman bertemu dengan seorang nabi pembawa ajaran nabi Ibrahim. Begitulah ganjaran yang diberikan kepada Salman kerana kesungguhannya dan ketabahannya dalam menghadapi cabaran daripada ALLAH..Alhamdulillah, begitulah kisah Salman al-farisi pada siri kali ini..InsyaAllah akan bersambung pada siri2 yang akan datang, sekian wassalam...

No comments:

Post a Comment