Saturday, October 17, 2009

The TraVeLLer @ al FaRIsi (siri6)

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah sudah masuk minggu ke3 sem3 tahun ni..mungkin sebab itu jarang layari internet yang serba canggih sekarang ini. Kepada pembaca yang setia membaca kisah Salman Al-Farisi ini saya minta maaf kerana terhenti buat seketika..insyaAllah kita ikuti sambungannya kali ini..

Ini hadiah penghormatanku

Salman pulang meninggalkan Baginda untuk mengumpulkan sesuatu. Rasulullah saw pun berpindah ke Madinah. Kemudian pada suatu hari, Salman pergi mengunjungi Baginda sambil berkata,'Aku memperhatikanmu tidak makan pemberian berupa sedekah, sedangkan ini merupakan hadiah sebagai penghormatanku kepada engkau.'

Kemudian Rasulullah saw pun makan sebahagian daripada hadiah pemberian Salman dan memerintahkan para sahabat untuk memakannya, mereka pun makan hadiah Salman itu. Salman berkata dalam hati, "Inilah tanda kenabian yang kedua".

Melihat tanda kenabian

Selanjutnya Salman berjumpa Baginda saw ketika Baginda berada di perkuburan Baqi' al-Gharqad. Baginda sedang menghantarkan jenazah salah seorang sahabat. Baginda mengenakan dua lembar kain, ketika itu Baginda sedang duduk di antara para sahabat, Salman mengucapkan salam kepada Baginda. Kemudian Salman berpusing memerhatikan belakang Baginda, adakah Salman akan melihat tanda yang disebutkan sifulan kepadanya.

Pada masa Rasulullah saw melihat Salman sedang meperhatikan belakang Baginda, Baginda mengetahui bahawa Salman sedang mencari penjelasan tentang sesuatu ciri kenabian yang disebutkan salah seorang kawannya. Kemudian Baginda melepaskan kain selendang Baginda dari belakangnya, lantas Salman dapat melihat tanda kenabian dan Salman yakin bahawa Baginda ialah seorang Nabi. Maka Salman meniarap dihadapan Baginda dan memeluknya seraya menangis.

Salman bebas ditebus Rasulullah SAW

Rasulullah saw bersabda kepada Salman,'Datanglah ke mari.' Maka Salman pun datang dan menceritakan perihal keadaannya kepada Baginda sebagaimana yang Salman ceritakan pada Ibn Abbas. Kemudian para sahabat taajub ketika mendengar cerita perjalanan hidupnya itu.

Salman sibuk berkerja sebagai seorang hamba. Dan inilah yang menyebabkan Salman tidak dapat menyertai perang Badar dan Uhud. "Pada suatu hari, Rasulullah saw bersabda kepadanya,'Mintalah kepada majikanmu untuk dibebaskan, wahai Salman!' Maka majikannya bersetuju membebaskan Salman dengan tebusan 300 pohon kurma yang harus aku tanam untuknya dan 40 uqiyah(emas).


Setelah menghadapi pelbagai rintangan akhirnya Salman dibebaskan oleh majikannya. Alhamdulillah,segala apa yang telah diusahakan telah menolongnya. Kita juga sebagai muslim harus mendidik hati kita supaya kuat dan tabah melalui dugaan dan cabaran yang datang daripada ALLAH. Semoga siri kali ini memberi banyak informasi dan tauladan kepada sesiapa sahaja. Kita bertemu lagi pada siri yang akan datang yang juga siri yang terakhir bagi kisah The Traveller @ al FaRisi..
Assalamualaikum wbt.....


Saturday, September 26, 2009

kesusahan sebagai pendidik dan kesenangan sebagai pelajar

Assalamualaikum wbt,

Pada cuti semester yang lepas, saya telah menerima panggilan untuk menjadi salah seorang daripada golongan yang saya hormati iaitu sebagai guru di sebuah Sar Kafa yang berdekatan dengan rumah. Pada mulanya agak keberatan untuk menerima kerana menyedari kekurangan ilmu yang ada di dada tetapi memandangkan pihak yang memanggil benar-benar kekurangan guru sementara, saya pun menerima tawarannya itu.

Seperti biasa seorang guru atau di sekolah itu dipanggil ustaz, perlu datang awal untuk melapor diri. Entah kenapa hati tiba-tiba berdebar melihat pelajar-pelajar yang sedang menunggu untuk mengadakan perhimpunan. Inilah kali pertama berhadapan dengan pelajar-pelajar yang rata-rata berusia 5 hingga 11 tahun.

Setelah bertemu dengan pengetua sekolah itu untuk mengetahui kerja-kerja yang perlu dilakukan bermulalah langkahku sebagai pendidik.
Didalam hati ini Allah sahaja yang mengetahui betapa gementar dan takutnya namun semua itu perlu dilalui dengan tabah dan tenang.

Hari pertama agak sukar atau secara jujur agak menyakitkan kepala sehingga hampir mengalami demam. Dengan keadaan kelas yang kecil, tetapi ‘didiami’ pelajar-pelajar yang agak nakal dan bising. Seorang melompat kesana kesini,seorang berlari dibawah meja,seorang terselit didalam bakul sampah. Jikalau ikutkan hati, boleh terbalik kelas dibuatnya tetapi itulah cabaran sebagai guru di sekolah rendah khususnya. Kadang=kadang marah dan rotan bukanlah penyelesaian yang diperlukan dalam bidang mengajar, seperti kata pepatah rambut manusia sama hitam tapi hati manusia siapa yang tahu. Samalah seperti perangai ataupun penerimaan pelajar-pelajar sekolah, bukan semuanya boleh disedarkan dengan marah atau rotan, ada juga dengan hanya memberikan sedikit kaunseling.

Itulah asam garam yang terpakse ditempuh oleh seorang manusia yang bergelar pendidik. Antara yang paling saya ingat ialah soalan seorang pelajar perempuan kepada saya. ‘Ustaz alif,ustaz alif,,ustaz alif dah kahwin ke belum?’tanya pelajar itu kepada saya. Dengan sedikit ketawa saya pun menjawab ‘ Belum lagi,kenapa tanya macam tu?’ ‘ Padanlah ustaz alif tak garang,ustaz yang lain semua garang sebab dah kahwin’ jawab pelajar itu. Pandai pula pelajar itu membuat kenyataan yang agak melucukan itu.

Hari berganti hari sudah hampir sebulan menimba pengalaman sebagai ustaz di sekolah kafa itu. Rupa-rupanya agak seronok menjadi sebahagian daripada keluarga di sekolah itu. Pernah juga satu hari saya merasakan bahawa alangkah baiknya jika ini adalah pekerjaan tetap.

Macam-macam ragam dan perangai budak-budak yang ada di sekolah itu. Sebenarnya itu bukanlah cabaran yang sukar tetapi itulah yang menjadikan sebuah sekolah itu menarik dan menjadikan seorang guru itu amat menyayangi anak muridnya. Barulah saya sedar dan tahu kenapa guru-guru semasa di zaman persekolahan dulu menangis dan sedih sangat apabila ditukarkan ke tempat yang baru. Kemungkinan perasaan itu akan datang dalam diri ini tidak lama lagi.

Antara tugas yang diterima ialah menjadi guru kelas mengaji dan juga mengajar madah fardhu ain seperti akidah,ibadah,sirah dan tajwid. Setiap ustaz atau ustazah dibekalkan dengan bahan-bahan seperti buku rujukan sebagai alat bantuan mengajar. Walaupun susah tetapi kepuasan mengajar dengan baik menghilangkan segala penat lelah yang ada.

Sedar tak sedar, sudah tiba hari yang ditunggu pada mulanya,tetapi rasa seperti hendak lari apabila menemuinya. Tak kenal maka tak cinta,bila dah kenal barulah cinta. Antara saat yang paling mengharukan apabila ada yang menghulurkan surat dan kad raya.

Assalamualaikum ustaz,
Di hari yang mulia ini, ingin saya meminta maaf dengan ustaz. Saya tahu, saya dah banyak buat salah dan silap. Semoga di luar Negara nanti ustaz ingat saya dan kawan-kawan lain di kafa. Semoga ustaz dipanjangkan umur.

Ingatan syawal DRP
Afifah Husna BT Ahmad

Ini antara surat yang diterima. Walaupun masih boleh berjumpa dengan mereka namun suasana seperti dahulu pasti tidak akan terasa lagi.
Jadi dikesempatan ini saya ingin menyampaikan salam kepada semua warga Sekolah Agama Rakyat KAFA ALIF di SG Isap, Kuantan.

Kepada pelajar-pelajar berusahalah dengan bersungguh-sungguh, sayangi ustazah dan ustaz anda semua. Ini adalah masa untuk anda berjuang seperti seorang pejuang di medan perang. Capailah seberapa banyak ilmu yang boleh anda capai dengan usaha terbaik. Dan kepada semua pendidik khususnya kepada ustaz dan ustazah di SAR KAFA Alif, terima kasih kerana anda semua sanggup menghadapi pelbagai kesukaran demi pelajar-pelajar supaya menjadi seorang yang berguna kepada agama. Namun ingatan kepada pelajar-pelajar, kebanyakan daripada anda semua datang dengan kereta dan motor dihantar oleh ahli keluarga dan ibubapa tanpa perlu berpenat lelah jadi hargailah pengorbanan guru-guru anda kerana ada diantara mereka sibuk menguruskan perkara yang penting dan ada juga yang sanggup berkayuh semata-mata untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik tanpa mengenal erti penat lelah..

Yudan taiteki issun sakiwayami
(unpreparedness is one's greatest enemy, a black hole might be an inch ahead)

bukan senang TAPI bukan susah

Assalamualaikum wbt.

Pejam celik rupa-rupanya cuti semester berlalu. Begitu jugalah kata-kata hikmah yang mengatakan masa itu ibarat emas, ianya sangat berharga dan kita perlu menghargainya dengan sebaik mungkin. Ada juga pepatah yang mengatakan masa itu ibarat pedang yang sangat tajam, kita perlu menggunakannya dengan baik jika tidak ia akan memotong diri kita sendiri.

Sudilah saya berkongsi pengalaman-pengalaman semasa berada dalam cuti semester yang lalu yang agak berlainan jangka bercuti iaitu selama 3 bulan lebih kerana calendar pembelajaran di kolej berdasarkan di universiti di Jordan.

Apa yang saya mahu berkongsi ialah tentang pengalaman menjadi fasilitator untuk program yang dianjurkan oleh Institut Kemahiran Belia Negara,Dusun Tua,Hulu Langat,Selangor. Peserta program terdiri daripada pelajar-pelajar IKBN tersebut dan ini adalah yang ketiga kali saya dan beberapa sahabat yang lain turut serta sebagai fasilitator.

Program kali ini dianjurkan bagi memperkasakan lagi ilmu pengajian
Al-Quran seperti mengaji,mengenal asas tajwid & mengenal makhraj huruf. Tak kenal maka tak cinta, satu pepatah yang selalu terjadi kepada sesiapa sahaja yang suka mengamalkan pepatah judge a book by its cover. Pada mulanya sebahagian pelajar memang menampakkan bahawa diri mereka itu seperti dipaksa atau boleh dikatakan memang dipaksa. Itulah tugas yang perlu fasilitator yang turut serta perlu galas supaya peserta program dapat menghayati dan mendapat input yang baik daripada program yang dianjurkan.

Teringat saya pada pertanyaan seorang peserta.’Ustaz, saya ni agak susah la nak baca tulisan jawi’,kata peserta itu. Saya pun bertanyakan sebabnya. Dia pun menjawab,’ Ada ke patut orang yang tulis jawi tu tak tulis sekali dengan baris.macam mana saya nak baca kan ustaz.’ Saya pun senyum kepadanya dan terus menjawab,’ Tulisan jawi memang tidak perlu apa-apa baris pun. Tulisan arab atau ayat Al-Quran barulah perlu kepada baris untuk membacanya dengan betul.’ ‘oh! Begitu rupanya, sambil dia ketawa kerana baru menyedari.

Bukan senang untuk sesiapa pun mengajar seseorang yang sudah menjangkau usia remaja tentang ilmu asas membaca Al-Quran atau apa sahaja, namun bukan susah untuk kita berusaha supaya mereka ini tidak mengalami kekosongan jiwa yang boleh membawa kepada keruntuhan akhlak anak muda pada zaman yang serba mewah dan canggih ini.

Kepada sesiapa sahaja yang tahu bahawa diri kita sendiri boleh menyampaikan apa-apa yang berguna kepada sesiapa sahaja, sampaikanlah kerana Rasulullah saw pernah bersabda sampaikanlah walaupun satu ayat. Ini menunjukkan betapa pentingnya industri dakwah dalam kalangan masyarakat terutama anak-anak muda kerana anak-anak muda atau dalam erti kata lain belia,adalah pelapis pemimpin pada masa hadapan. Ingatlah semua, ini adalah tanggungjawab kita bersama insyaAllah.

Sunday, August 9, 2009

The TraVeLLer @ al FaRIsi (siri5)

Salman ditipu pedagang

Pada suatu hari, telah lalu dihadapan Salman al-Farisi rombongan orang kalb, mereka ialah pedagang. Salman berkata dengan para pedagang itu. 'Bolehkah kamu membawaku menuju tanah Arab dengan ditukarkan dengan lembu dan kambing-kambingku?' Mereka menjawab:'Ya.'
Lalu Salman memberikan ternakannya kepada mereka.

Mereka membawa Salman bersama rombongan mereka. Namun setibanya di Wadil Qura, mereka menipu Salman, dengan menjualnya sebagai hamba ke tangan seorang yahudi. Maka tinggallah Salman di tempat yahudi itu. Salman melihat pohon-pohon kurma, Salman berharap agar itulah daerah yang sebagaimana disebut oleh si Fulan kepadanya.

Ketika Salman berada di samping orang yahudi itu, saudaranya datang dari Madinah daripada Bani Quraizah. Ia membeli Salman daripada saudaranya. Kemudian ia membawa Salman ke Madinah. Apabila Salman tiba di Madinah beliau segera tahu berdasarkan apa yang disebutkan sifulan kepadanya. Sekarang Salman di Madinah.

Di puncak pohon kurma

Allah mengutus seorang Rasul-Nya, dia telah tinggal di Makkah beberapa lama, yang Salman sendiri tidak pernah mendengar ceritanya kerana kesibukannya sebagai seorang hamba. Kemudian Rasul berhijrah ke Madinah. Demi Allah, ketika Salman berada di puncak pohon kurma majikannya kerana bekerja, semnetara majikannya duduk, tiba-tiba salah seorang saudaranya datang menghampiri, kemudian berkata:'Fulan, celakalah Bani Qailah(suku Aus & Khazraj). Mereka kini sedang berkumpul di Quba' menyambut seseorang yang datang dari Makkah pada hari ini. Mereka percaya bahawa orang itu adalah Nabi.'

Tatkala Salman mendengar pembicaraannya, Beliau gementar sehingga takut jatuh menimpa majikannya. Kemudian Beliau turun dari pohon lalu bertanya kepada saudara majikannya itu.
'Apa yang engkau katakan tadi?' Majikannya sangat marah, dia memukulnya dengan kuat. Kemudian berkata: 'Kenapa bertanyakan hal ini, teruskan pekerjaanmu.'

Salman menjawab,' tidak ada apa-apa, Salman ingin mencari penjelasan terhadap apa yang dikatakan. Padahal sebenarnya Salman pernha mendengar mengenai seorang nabi yang akan diutuskan.'

Bertemu Baginda Rasulullah SAW

Pada suatu petang, Salman mengambil sejumlah bekalkemudian menuju ke tempat Rasulullah saw yang ketika itu sedang berada di Quba'. Salman menemui Baginda dan berkata: 'Telah sampai kepadaku khabar bahawasanya engkau seorang yang soleh, engkau memiliki beberapa orang sahabat yang dianggap asing dan miskin. Aku membawa sedikit sedekah, dan menurutku kamu semua lebih berhak menerima sedekah ini daripada orang lain.'

Salman pun menyerahkan sedekah itu kepada Baginda. Rasulullah saw kemudian bersabda kepada para sahabat, "Silakanlah kamu makan,' sementara Baginda tidak menyentuh sedekah itu dan tidak memakannya. Salman berkata,' ini satu tanda kematiannya'.


Alhamdulillah, setelah banyak rintangan dan dugaan yang dilalui oleh Salman Al-Farisi, sekarang beliau telah berjaya menemui Baginda Rasulullah saw. Salman begitu gembira apabila telah ditakdirkan bertemu dengan Rasulullah saw walaupun pada masa yang sama bekerja sebagai hamba. InsyaAllah,kita akan ikuti sambungan part6 pada masa yang lain,sekian wassalam.......

Wednesday, July 29, 2009

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan,,,,



Pada minggu lepas, saya dan beberapa rakan fathi, alif kembar, hazim, dell(senior), akiem(senior) pergi ke klang untuk menjadi fasi program citra ibadah pesona muslim anjuran institut kemahiran belia negara, dusun tua, hulu langat, selangor.

Don't judge a book by its cover. Inilah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan pelajar-pelajar ikbn dusun tua yang kami jumpe baru-baru ini. Walaupun pada mulanya agak menakutkan dengan gaya penampilan seperti pelatih di kem polis atau tentera namun, sangkaan kami memang silap sekali.

Selepas kesemua pelajar dibahagi kepada beberapa kumpulan, seorang fasi akan mendapat satu kumpulan begitu jugalah saya. Dengan kekurangan pengalaman sebagai fasi, mula-mula agak senyap dan kaku, tetapi peserta-peserta memang agak peramah menjadikan sesi suai kenal antara fasi dan peserta dalam kumpulan bertambah menarik.

Saya ingat lagi ada satu soalan yang agak cepucemas untuk dijawab,'Bang! umur berapa sekarang?,' seorang peserta bertanya. Saya menjawab,' tekalah berapa, tak kan tak boleh teka.'

Saya mengelak untuk menjawab soalan itu. Peserta itu berkata,' Agaknya 26', Masa itu barulah saya tahu tua juga saya ini sampai peserta itu boleh meneka umur saya 26tahun. Walaupun agak terkejut dan ada juga rasa nak ketawa tetapi saya hanya menjawab,' Betul kot tekaan awak tu'.



Inilah kumpulan Abu Said Al-Khudri. Terdiri daripada herrul, shafiq, safuan, zul, aizat, basit(KG)
, saiful, amir, yusof, shukry, akmal, akil, amiruddin, dan iqbal. Lupa pula, ditengah-tengah itu lah saya merangkap fasi untuk kumpulan ini. Kadang-kadang bila lihat semula gambar ini, rasa macam tengok gambar seorang cikgu bersama anak-anak muridnya. Walauapapun, pada kesemua peserta dalam kumpulan ini, wish all the best in your studies..

Selepas tamat program citra ibadah ini, kami tinggal semalam di ikbn sementara kerana bercadang untuk pulang ke Kuantan hari yang berikutnya. Pada malamnya, kami diajak ke sebuah restoran berdekatan Bandaraya Kuala Lumpur. Mula-mula takut juga melihat keadaan restoran tersebut yang agak mewah,



Tetapi, lihat lah apabila segan dan takut itu hilang. pada mulanya kami 5orang duduk di satu meja, akhirnya apabila pesanan-pesanan kami sampai ternyata 2meja yang kami gabungkan pun cukup-cukup. Agak malu tapi apakan daya, malu makan makan lapar lah perut kan.


Habis licin semua. Memang macam seminggu tak makan. Bukan selalu dapat makan banyak kan. kita perlu menghargai peluang yang ada didepan mata, jika tidak, rugilah kita.

Pagi keesokannya, sempat lagi kami melawat kolam air panas yang terletak dihadapan ikbn.
Saya sebenarnya tidak tahu lansung bahawa di Hulu Langat terdapat kawasan kolam air panas. Pemandangan di pagi hari memang cantik terutama sekali di sungai yang berdekatan ikbn kerana air sungai yang sejuk tetapi tanahnya yang panas menghasilkan asap disesetengah kawasan sungai.

Nampak macam best je kan. Bagi sesiapa yang tidak pernah datang, datanglah dan cuba sendiri kepanasan kolam air panas ini terutama sekali di pagi hari. Memang panas sampai agak kemerahan kaki kami rendam lama-lama dalam kolam ini.






Akhir sekali, inilah gambar-gambar yang sempat ditangkap dikawasan air panas ikbn. Semoga terhibur. Renung2kan dan selamat beramal,,,,,,

The TraVeLLer @ al FaRIsi (siri4)

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah,ada juga masa untuk diluangkan bersama laptop kesayangan ini. Agak lama menjauhkan diri daripada laptop ini kerana banyak urusan yang perlu diselesaikan minggu ini. Banyak juga pengalaman-pengalaman baru diperoleh walaupun berada dalam cuti semester yang masih berjalan...

InsyaAllah, kali ini kita akan ikuti sambungan kisah Salman Al-farisi dimana pada siri yang sebelumnya beliau menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dimana setiap kali pendeta dan orang yang beliau temui meninggal. Namun Salman al-farisi tetap tabah dan meneruskan pencariannya tidak kira dimana...


Pergilah ke Nashibin

Kemudian orang yang Salman temui itu berkata,' Silakanlah tinggal bersamaku.' Salman pun hidup bersamanya. Salman dapati orang itu amat baik seperti yang diterangkan sifulan sebelum ini. Namun ia hampir dengan kematian. Dan ketika menjelang kematiannya, aku bertanya kepadanya,' Wahai fulan, ketika sifulan mewasiatkan aku kepadamu dan agar aku menemuimu, kini takdir ALLAH akan berlaku ke atasmu sebagaimana engkau ketahui, oleh sebab itu kepada siapakah aku ini akan diwasiatkan? Dan apa yang engkau perintahkan kepadaku?'

Orang itu berkata: 'Wahai anakku, demi ALLAH tidak ada seseorang pun seperti aku kecuali seorang di Nashibin(kota di Algeria), yakni fulan. Temuilah dia!'

Maka setelah beliau meninggal dunia, Salman menemui seseorang yang dimaksudkan di Nashibin. Setelah aku bertemu dengannya, aku menceritakan keadaanku dan apa yang diperintahkan sifulan kepadaku. Orang itu berkata: 'Silakan tinggal bersamaku.' Selepas itu Salman tinggal bersamanya. Salman mendapati dia benar-benar seperti sifulan yang pernah beliau temui sebelum ini.


Temuilah sifulan di Armunia

Namun, kematian hampir datang menjemputnya. Dan diambang kematiannya aku berkata:
' Wahai fulan, ketika itu sifulan mewasiatkan aku kepada fulan, dan kelmarin fulan mewasiatkan aku kepadamu. sepeninggalanmu nanti, kepada siapakah aku akan engkau wasiatkan? dan apa yang akan engkau perintahlan kepadaku?'

Orang itu berkata,' Wahai anakku, demi ALLAH tidak ada seorang pun yang kau kenal sehingga aku perintahkan kamuuntuk mendatanginya kecuali seseorang yang tinggal di Armunia(kota di Rom). Orang itu menganut keyakina sebagaimana yang kita anut, jika kamu berkenan, silalah mendatanginya. Dia pun menganut sebagaimana yang selama ini kami pegang.'

Setelah dia meninggal dunia, Salman pergi menuju Armunia. Salman menceritakan perihal keadaannya kepada orang itu. Dia berkata,' Silalah tinggal bersamaku.' Salman pun hidup bersama seseorang yang ditunjuk oleh kawannya yang sekeyakinannya.

Pembawa ajaran Ibrahim

Ditempat orang itu, Salman bekerja sehingga beliau memiliki beberapa ekor lembu dan kambing.
Kemudian takdir ALLAH pun berlaku kepada orang itu. Ketika itu Salman berkata,' Wahai fulan, selama ini aku hidup bersama sifulan, kemudian dia mewasiatkan aku untuk menemui sifulan, kemudian sifulan juga mewasiatkan agar menemui sifulan, kemudian fulan mewasiatkan aku untuk menemuimu, sekarang kepada siapakah aku ini engkau wasiatkan dan apa yang engkau perintahkan kepadaku?'

Orang itu berkata,' Wahai anakku, demi ALLAH, aku tidak mengetahui seseorang pun yang akan aku perintahkan kamu untuk mendatanginya. Akan tetapi telah hampir tiba waktu munculnya seorang nabi, dia diutus dengan membawa ajaran nabi Ibrahim. Nabi itu akan keluar diusir dari suatu tempat di Arab kemudian berhijrah menuju daerah diantara dua bukit. Diantara dua bukit itu tumbuh pohon-pohon kurma. Pada diri nabi itu terdapat tanda-tanda yang tidak dapat disembunyikan, dia menerima hadiah, tetapi tidak mahu menerima sedekah,
diantara kedua-dua bahunya terdapat tanda kenabian. Jika engkau dapat kedaerah itu, pergilah kesana!'

Kemudian orang ini pun meninggal dunia. Dan sepeninggalanya, aku masih tinggal di Armunia sesuai dengan kehendak ALLAH.

MasyaAllah,rupa-rupanya hikmah yang besar hendak ditunjukkan supaya akhirnya Salman bertemu dengan seorang nabi pembawa ajaran nabi Ibrahim. Begitulah ganjaran yang diberikan kepada Salman kerana kesungguhannya dan ketabahannya dalam menghadapi cabaran daripada ALLAH..Alhamdulillah, begitulah kisah Salman al-farisi pada siri kali ini..InsyaAllah akan bersambung pada siri2 yang akan datang, sekian wassalam...

Saturday, July 18, 2009

tHe TonGuE tWISterz,,,,

Hi everyone,,,

Today i would like to provide you all some interesting activities,,same people call it tongue twister but i prefer the trouble for my tongue because it is very hard to play this game. I bet if someone did well in this game, maybe you`ll be a very good speakers someday..

So, what are we waiting for,,lets see some of tongue twisters for you to enjoy,,

Peter Piper picked a peck of pickled peppers.
A peck of pickled peppers Peter Piper picked.
If Peter Piper picked a peck of pickled peppers,
Where's the peck of pickled peppers Peter Piper picked?

I sam Sussie sitting in a shoe shine shop.
Where she sits she shines, and where she shines she sits.

I wish to wish the wish you wish, but if you wish the wish
the witch wishes, I won't wish the wish you wish to wish.

Luke's duck likes lakes. Luke luck licks lakes. Luke's duck licks lakes.
Duck takes licks in lakes Luke luck likes.
Luke luck takes licks in lakes duck likes.

How muck wood could Chuck Woods' woodchuck chuck, if Chuck Woods'
woodchuck could and would chuck wood? If Chuck Woods' woodchuck
could and would chuck wood, how much wood could and would Chuck Woods'
woodchuck chuck? Chuck Woods woodchuck would chuck, he would, as
much as he could, and chuck as much wood as any woochuck would, If a woodchuck could and would chuck wood.

how's it going guys,,its very tough right, i want to share with you this activity actually is a very good practise to achieve proper enunciation in speaking this language. We should have fun with these tongue twisters as our mouth won't do what we want them to do, and at last we replace the words becomes nonsense and sometimes the meanings become horrible,,,

if you want more of tongue twisters list, you can surf these folloming website :

http://www.poetry4kids.com/tonguetwister.html
http://www.uebersetzung.at/twister/en.htm
http://home1.pacific.net.sg/~santheep/twist.htm
http://www.communicator.com/hard2say.html

allright guys,,from now on,you all can practise these everyday because practise makes perfect..
i'm sorry cause if i give more of these tounge twisters,,maybe my fingers will be twisted too,,i hope not,,,
lastly,hope you guys enjoy having this activity with your family and friend...bye,,,,,

Friday, July 17, 2009

The TraVeLLer @ al FaRIsi (siri3)

Assalamualaikum wbt,,

Rupanya sudah masuk siri3 saya menceritakan serba sedikit tentang salman al-farisi..walaupun saya menggunakan kalimah serba sedikit, namun cerita ini mungkin akan bersambung lagi untuk siri-siri yang akan datang.. Walaubagaimanapun, tanpa membazirkan masa pembaca, mari kita terus ikuti sambungannya,,,

Siri yang lepas kita tahu bahawa salman al-farisi telah pergi ke syria untuk tinggal bersama seorang pendeta disebuah gereja..Setelah tinggal bersama barulah salman mengetahui sifat sebenar pendeta tersebut,,

Pendeta yang jahat

Rupa-rupanya pendeta tersebut ternyata seorang yang jahat. Dia menyeru umat yang lain agar bersedekah, namun setelah sedekah itu dikumpulkan dan diserahkan kepadanya, ia menyimpan sedekah tersebut untuk dirinya sendiri. Sedekah itu tidak diberikan kepada orang-orang miskin sehingga terkumpulnya 7peti emas dan perak.

Kata Salman,' Aku sangat benci perbuatan pendeta itu. Kemudian pendeta itu meninggal. Orang Nasrani pun berkumpul untuk mengebumikannya. Ketika itu Salma menyampaikan kepada khalayak,' Sebenarnya pendeta ini seorang yang berperangai buruk, menyuruh dan menggalakkan kamu supaya bersedekah. Tetapi jika sedekah itu telah terkumpul, dia menyimpannya untuk dirinya sendiri, tidak memberikannya kepada orang-orang miskin sedikitpun.'

Mereka pun mempersoalkan apa yang Salman sampaikan,' Apa buktinya bahawa kamu mengetahui hal itu?' Salman menjawab,' Marilah aku tunjukkan kepada kamu semua simpanannya itu.' Mereka berkata,' Baik, tunjukkan simpanan tersebut kepada kami.' Lalu salman memperlihatkan tempat penyimpanan sedekah itu. Kemudian mereka mengeluarkan sebanyak 7peti yang penuh berisi emas dan perak.

Setelah mereka menyaksikan betapa banyaknya simpanan pendeta itu, mereka berkata,'Demi ALLAH, selamanya kami tidak akan menguburkannya.' Kemudian mereka menyalib pendeta itu pada tiang dan melempari jasadnya dengan batu.

Pengganti yang zuhud

Kemudian mereka mengangkat orang lain sebagai penggantinya. Aku tidak pernah melihat seseorang yang bukan islam yang lebih baik daripadanya. Dia sangat zuhud, sangat mencintai akhirat dan selalu beribadah siang malam. Maka aku pun sangat mencintainya dengan cinta yang tidak pernah aku berikan kepada orang lain. Aku tinggal bersamanya beberapa waktu.

Kemudian ketika ia nazak, menjelang kematiannya, aku berkata kepadanya,' Wahai Fulan, selama ini aku hidup bersamamu, dan aku sangat mencintaimu, belum pernah ada seorang pun yang aku cintai seperti cintaku kepadamu, padahal sebagaimana kamu lihat, telah menghampiri saat ketentuan takdir ALLAH, kepada siapakah aku ini engkau wasiatkan, apa yang engkau perintahkan kepadaku?'

Pengembaraan ke Mosul

Orang itu berkata:' Wahai anakku, demi ALLAH, sekarang ini sudah tidak tahu lagi siapa yang mempunyai keyakinan seperti aku. Orang yang terkenal telah mati, dan masyarakat pun mengganti ajaran yang benar dan meninggalkannya sebahagiannya, kecuali seorang yang tinggal di Mosul (kota di Iraq), dia memegang keyakinan seperti aku ini, temuilah ia disana!'

Lalu apabila ia meninggal dunia, aku pergi untuk menemui seseorang di Mosul. Aku berkata: 'Wahai Fulan, sesungguhnya sifulan telah mewasiatkan kepadaku menjelang kematiannya agar aku menemui engkau, dia memberitahuku bahawa engkau mempunyai keyakinan sebagaimananya.

Inilah dugaan yang terpaksa dihadapi oleh Salman al-farisi dalam usahanya untuk menuntut ilmu,,walaupun sedih dengan kematian orang-orang yang dia temui, namun dia tetap tabah meneruskan pengembaraanya untuk mencari satu kepastian..jadi,,sampai disini dahulu untuk siri3 kali ini,,semoga apa yang disampaikan dapat memberi pengajaran kepada semua,,jangan lupa ikuti sambungan kisah ini dalam siri4 yang akan datang,sekian wassalam.....

PenGAruH mEdIA MaSsA terhadap masyarakat...

assalamualaikum,,,

Zaman berlalu dengan cepat dan singkat sehingga perkembangan media massa menjadi begitu pesat terutama dinegara kita. Namun,apakah perkembangan yang pesat dan rancak ini memberi banyak faedah kepada masyarakat dalam mengetahui isu2 semasa tentang perkembangan politik, sosial, kewangan dan sebagainya?,,

Inilah satu persoalan yang sering ditimbulkan pelbagai pihak. Kalau kita lihat, media massa memainkan peranan yang begitu penting disamping membantu dalam membangunkan peranan modal insan dalam masyarakat. Salah satu punca persoalan tentang media massa timbul kerana situasi dinegara ini yang mempunyai pelbagai pihak yang mempunyai perbezaan pendapat dari segi matlamat perjuangan masing-masing. Kadang-kadang saya berfikir adakah semua ini boleh menjamin pencapaian yang gemilang dalam masyarakat yang berbilang kaum ini kerana begitu banyak berita yang disampaikan kepada masyarakat yang tidak memenuhi syarat sebagai berita kepada masyarakat yang berbilang kaum ini. Khabar angin, fitnah, berita yang tidak berasas, dan juga cerita2 rekaan yang tidak berasas ini hanya merobohkan lagi semangat kesatuan dan perpaduan diantara rakyat.

Adakah ini yang hendak dicapai setelah sekian lama pejuang-pejuang tanah air berjuang mati-matian untuk mengembalikan kemerdekaan negara ini daripada penjajah? Semestinya tidak bukan, daripada kecil lagi kita sudah diajar supaya memanfaatkan peluang yang ada, tetapi keadaan masyarakat terutama generasi muda sekarang, seperti mensia-siakan pelbagai peluang untuk memajukan diri. Cuba kita fikir, mesti pejuang-pejuang tanah air yang dahulunya mati untuk melindungi tanah air ini sedih dan marah melihatkan kerosakan dan keruntuhan moral anak-anak muda yang telah dipengaruhi oleh media-media hiburan yang terlalu banyak disiarkan kini.

Fitnah diserapkan melalui rancangan yang berunsurkan gosip, pendedahan aurat diserap melalui rancangan yang berunsurkan fesyen dan hiburan dan sebagainya. Manusia terlalu gembira menjalani hidup dimuka bumi ini tanpa memikirkan tentang Tuan kepada dunia ini yang sering memerhati. Apakah yang ingin dicapai oleh media massa?? adakah keuntungan semata-mata, ataupun sememangya tujuan mereka adalah untuk menghancurkan perpaduan masyarakat berdasarkan berita-berita yang tidak berasas yang menelagahkan lagi antara kaum-kaum yang berlainan.

Cukup besar dan pentingnya peranan media massa dalam memastikan keharmonian negara supaya terus terjaga. Salah satu cadangan yang dikemukakan, penyiaran sesuatu berita mestilah memenuhi syarat-syarat yang memastikan berita yang disampaikan bukan berunsurkan tembak-menembak antara beberapa pihak, fitnah, dan juga khabar angin. Kita tidak semestinya menerima terus berita yang disampaikan kepada kita tanpa mengetahui latar belakang berita tersebut dan juga puncanya. Dengan mengambil kira ciri-ciri yang perlu ada dalam setiap berita, barulah setiap berita yang disampaikan itu sesuai untuk masyarakat dan juga tidak mempunyai sebarang unsur negatif.

Akhir kata, kepentingan dalam mengetahui berita tentang keadaan dinegara kita adalah penting, namun, jangan jadikan kepentingan itu sebagai tempat untuk kita merujuk dalam mengetahui sesetengah maklumat. Terimalah berita yang berunsurkan kebenaran dan mempunyai matlamat perpaduan supaya kita tidak terus dibayangi perkara-perkara negatif oleh sesetengah manusia yang bersifat `batu api`..sekian wassalam

Thursday, July 9, 2009

The TraVeLLer @ al FaRIsi (siri2)

assalamualaikum,,rasenya dah lame tak online sebab banyak urusan yang perlu diselesaikan,,macam-macam dugaan yang datang,,hmm,sesungguhnya ALLAH bersama dengan orang yang sabar.
Bersambungan dengan kisah sebelum ini, mari kita ikuti sambungan kisah salman al-farisi,,,

Agama keluargamu lagi bagus

Kemudian aku pulang kerumah ayahku. Padahal ayahku telah mengarahkan seseorang untuk mencariku. Sementara aku tidak mengerjakan sama sekali tugas yang diarahkan oleh ayahku. Maka ketika aku telah bertemu ayahku, beliau bertanya,' Anakku, kemanakah kamu pergi? Bukankah aku telah berpesan kepadamu untuk mengerjakan apa yang aku perintahkan itu?' Aku menjawab,' Ayah, aku lalu pada suatu kaum yang sedang beribadat di dalam gereja, aku kagum melihat ajaran agama mereka. Demi ALLAH, aku tidak berganjak dari tempat itu sampai matahari terbenam.'

Ayahku menjawab: 'Wahai anakku, tidak ada kebaikan sedikitpun dalam agama itu. Agamumu dan agama ayahmu lebih bagus daripada agama itu.' Aku membantah: Demi ALLAH, sekali-kali tidak! Agama itu lebih bagus daripada agama kita.' Kemudian ayahku bimbang terhadap diriku, sehingga beliau merantai kakiku, dan aku dipenjarakan di dalam rumahnya.

Berjumpa dengan pedagang Nasrani.

Satu hari ada rombongan orang yang beragama Nasrani diutus menemuiku, maka aku sampaikan kepada mereka,' Jika ada rombongan dari Syria terdiri daripada pedagang Nasrani, maka beritahu padaku.' Aku juga meminta apabila para pedagang itu telah selesai urusannya dan akan kembali ke negerinya, supaya aku diizinkan bertemu mereka.

Ketika para pedagang itu hendak kembali ke negeri mereka, mereka memberitahu kepadaku. Kemudian rantai besi yang mengikat kakiku dilepaskan, lantas aku pergi bersama mereka sehingga aku tiba di Syria.

Bertemu pendeta di Syria.

sesampainya aku di Syria, aku bertanya,' Siapakah ahli agama disini?' Mereka menjawab,' Pendeta yang tinggal di gereja.' Kemudian aku berkata kepada pendeta itu,' Aku sangat mencintai agama ini, dan aku ingin tinggal bersamamu, aku akan membantumu di gereja ini, agar aku dapat belajar denganmu dan beribadat bersamamu.' Pendeta itu menjawab:'Silakan.'
Maka aku pun tinggal bersamanya.

*cuba kita bayangkan betapa bersemangatnya salman al-farisi dalam mencari ilmu yang dia benar-benar ingin tahu, kita dapat simpulkan minat juga mempengaruhi cara kita menuntut ilmu, jika kita sangat berminat untuk belajar, kita akan bersungguh-sungguh belajar tidak kira besar mana halangan yang datang..setakat disini sahaja untuk siri2 ni,,kita ikuti sambungan siri3 pada masa yang akan datang,sekian wassalam....

Tuesday, July 7, 2009

Kembara Ilmu Melaka 09 episod 2,,,

assalamualaikum kepada sahabat2 sekalian,,sebelum ini saya sudahpun menceritakan pengalaman pada 1st day hinggalah 3rd day di Afamosa Resort,melaka kan,jom kita lihat apa yang kami buat pada hari2 terakhir kami disana,,,

4th Day of Kembara Ilmu Melaka 09,,,

Pagi hari ini macam biasa kami semua bangun awal walaupun badan agak letih disebabkan terlampau enjoy semalam di water world..Kebanyakan daripada kami baru pertama kali masuk jadi agak gembira bersukaria sehingga tidak kenal erti penat.Kalaulah dalam situasi sebagai pelajar seperti itu alangkah bagusnya kan.

Selepas subuh berjemaah,kami membaca mathurat dan berehat sementara menunggu pakcik Husni membeli sarapan diluar.Memandangkan hari ini hari terakhir,banyak barang2 dapur sudah habis digunakan untuk makan malam semalam untuk mengelakkan pembaziran.Dalam jam10pagi, kami bersarapan bersama dan bersiap2 untuk pulang..Sebenarnya hari ini tinggal pakcik Husni sahaja yang menjaga kami kerana abang Megat dan abang Fuad terpaksa menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur petang semalam.

Sebelum bertolak pulang, kami bersalaman began sahabat2 yang lain dan juga pakcik Husni,,sahabat2 saya yang lain pulang dengan kereta abang fuad yang dipandu oleh 3orang driver yang handal2 belaka,,dan saya ikut pakcik Husni ke Kuala Lumpur untuk membeli tiket pulang ke Kuantan dari sana..begitulah pengalaman kami sepanjang berada disana..pengisian rohani yang begitu simple dan santai tetapi memberi banyak input dan manfaat..

*InsyaALLAH,kita bertemu lagi di dalam kembara ilmu yang akan datang..sekian wassalam,,,,

Sebelum itu,harap anda terhibur dengan gambar2 kenangan terakhie yang kami rakamkan,,

Amboi! dalam kolam pun sempat posing ye diorang ni,,takpe,,layan,,PEACE!!!

Wow! hebatnya die ni,,siapakah gerangan didalam gambar ini ye???


Inilah buggy yang boleh disewa kat resort ni,,bez kan,,tapi kami tak sewa pun,,duit `banyak` sangat..

last but not least,,video fireworks show yang sempat dirakam,,memang gempak fireworks disana,,semoga semua terhibur,,renung2kan dan selamat beramal,,,

The TraVellEr @ aL FariSi

Assalamualikum,,

Kenapa saya memilih alfarisi sebagai gelaran saya dalam blog ini,,dan,apakah perkaitan yang saya mahu tunjukkan diantara blog the traveller ini dengan gelaran alfarisi.Sebenarnya saya memilih gelaran ini sempena nama Salman Al-Farisi, dan ia juga sedikit sebanyak berkait rapat dengan The Traveller ataupun dalam erti kata lainnya,pengembara..

Jadi, kali ini saya akan menceritakan apakah sebenarnya cerita disebalik tokoh yang bernama Salman Al-Farisi dan hubungkaitnya dengan The Traveller..

Disini juga saya sertakan sebuah hadis yang menceritakan tentang Salman Al-Farisi dan bagaimana beliau menganuti islam,,


Daripada Abdullah bin Abbas r.a. berkata," Salman al-farisi menceritakan daripada mulutnya sendiri kepadaku. Dia berkata: 'Aku seorang lelaki parsi berasal dari Isfahan, penduduk suatu desa bernama Jai. Ayahku ialah seorang tokoh masyarakat yang pakar dalam pertanian. Aku ialah anak yang paling disayangi ayahku. Kerana sangat sayang kepadaku, aku tidak dibenarkan keluar rumah, aku tidak dibenarkan keluar rumah, aku diminta senantiasa berada di samping pengasuh, aku dilayan seperti seorang kanak-kanak.


Salman AL-Farisi,,,,,


Aku dilahirkan dalam keluarga majusi, sehingga aku membesar sebagai penjaga api yang bertanggungjawab untuk menyalakan api dan tidak membiarkannya padam.

Ayahku memiliki tanah yang luas. Pada suatu hari beliau sibuk mengurus bangunannya. Beliau berkata kepadaku,'Wahai anakku, hari ini aku sibuk di bangunan, aku tidak sempat megurus tanah, cubalah engkau pergi ke sana.' Beliau menyuruhku melakukan beberapa perkara yang harus diselesaikan.
Kagum dengan ibadat kaum Nasrani,,,
Aku keluar menuju tanah ayahku. Dalam perjalanan aku melalui sebuah gereja Nasrani. Aku mendengar suara mereka yang sedang beribadat dengan cara mereka. Aku sendiri tidak mengerti mengapa ayahku melarang aku keluar rumah.
Tatkala aku melalui gereja mereka, aku mendengar suara mereka beribadat maka aku masuk ke dalam gereja itu untuk mengetahuiapa yang sedang mereka lakukan??
Begitu aku melihat mereka, aku kagum dengan peribadatan mereka, dan aku ingin mengetahui ibadat mereka. Aku berkata dalam hati :' Demi Allah, ini lebih baik daripada agama yang aku anut selama ini. Demi Allah, aku tidak berganjak daripada mereka sehingga matahari terbenam. Aku tidak jadi pergi ke tanah milik ayahku.' Aku bertanya kepada mereka,'Darimana asal usul agama ini?' Mereka menjawab: Dari Syam (Syria).'
Kita ikuti sambungan kisah ini dalam siri ke2,,,insyaALLAH,,,

Monday, July 6, 2009

Taubat Nasuha,,

assalamualaikum,,

InsyaAllah kali ini saya nak sampaikan sebuah hadis berkenaan dengan topik yang jarang dibincangkan iaitu tawasul,,untuk membaca penerangannya secara ringkas anda boleh lawati laman blog sahabat saya(http://nako17.blogspot.com)

Hadis ini juga adalah dalil yang sahih untuk tawasul yang disepakati iaitu bertawasul dengan amal soleh...jom kita lihat mafhum hadis ini :-

Daripada Abu Abdurrahman, Abdullah bin Umar bin Khattab r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:"Dahulu sebelum kamu, ada tiga orang berjalan-jalan kemudian mereka pergi ke sebuah gua untuk berteduh, maka mereka pun masuk kedalamnya.Kemudian tiba-tiba ada batu dari atas bukit yang bergolek dan menutup pintu gua itu sehingga mereka tidak dapat keluar.

Salah seorang daripada mereka berkata:'Sesungguhnya tidak ada yang dapat menyelamatkan kamu sekalian daripada bencana ini kecuali apabila kamu sekalian berdoa kepada ALLAH s.w.t. denagn menyebut amalan-amalan soleh yang pernah kamu lakukan.'

Kasihkan ibu bapa

Salah seorang antara mereka telah berdoa.'wahai ALLAH, saya mempunyai ayah dan ibu yang sangat tua.Saya biasa memberi minuman susu kepada kedua-duanya dahulu, sebelum saya memberikan kepada keluarga dan anak-anak saya.Pada suatu hari saya terlambat pulang daripada mencari kayu dan saya dapati kedua-duanya telah tidur.Saya terus memerah susu untuk minuman mereka.Kerana saya mendapati mereka berdua telah tidur maka saya tidak mahu membangunkan mereka.Kemudian saya berjanji tidak akan memberi minum susu itu sama ada kepada keluarga mahupun kepada anak-anak sebelum saya memberi minum kepada ayah dan bonda.

'Saya menunggu ayah dan bonda hingga terbit fajar barulah kedua-duanya bangun sementara anak-anak menangis, mereka datang kepadaku. Setelah mereka bangun, kuberikan minuman susu kepada kedua-duanya. Wahai ALLAH, jika saya berbuat seperti itu kerana mengharapkan wajah-Mu maka gerakkanlah batu yang menutupi gua ini.'Maka bergeraklah sedikit batu itu tetapi masih lagi belum membolehkan mereka keluar dari gua tersebut.

Kutolak zina

Orang yang kedua pula merayu kepada ALLAH s.w.t. dengan bermunajat.'Wahai ALLAH,sesungguhnya saya mempunyai saudara sepupu perempuan yang saya cintai, kemudian saya selalu memujuknya unutk melakukan zina tetapi dia selalu menolaknya. Selang beberapa tahun dia ditimpa kesusahan menyebabkan dia datang kepada saya meminta bantuan.Lalu saya memberikan kepadanya 120 dinar,dengan syarat dia mahu berzina dengan saya.Kali ini, dia pun berada dalam keadaan terdesak menyebabkan dia pun bersetuju.

Ketika kami hampir melakukan perbuatan yang hina itu dalam keadaan saya berada di antara kedua-dua kakinya dia berkata:'Takutlah kamu kepada ALLAH dan jangan kamu robek selaput daraku kecuali dengan cara yang benar.' Kemudian saya meninggalkanya, padahal dia seorang yang saya sangat cintai dan saya telah meredhakan bantuan yang saya berikan kepadanya. Wahai ALLAH, jika saya berbuat seperti itu kerana mengharapkan redha-Mu, gerakkanlah batu yang menutupi gua ini.'Maka, bergeraklah batu itu lagi sedikit tetapi mereka masih belum dapat melepaskan diri keluar dari gua itu.

Gaji kamu seluruh harta ini

Orang yanhg ketiga juga berdoa.'Wahai ALLAH, saya menggaji beberapa orang pekerja dan semuanya saya bayar gaji mereka dengan sempurna kecuali ada seorang yang menghilangkan dirinya, meninggalkan saya dan tidak mengambil gajinya terlebih dahulu. Kemudian gaji itu saya laburkan dalam perniagaan sehingga menjadi banyak. Selang beberapa lama, dia datang dan berkata:'Wahai hamba ALLAH, berikanlah gaji saya yang dulu itu.' Saya berkata:'Semua yang kamu lihat itu baik unta, lembu, kambing termasuk budak yang mengembalakannya ialah gajimu.'

Dia berkata,'Wahai hamba ALLAH, janganlah engkau mempermainkan saya.' Saya menjawab,' Saya tidak mempermainkan kamu.' Kemudian dia pun mengambil semuanya dengan tidak meninggalkan sisa sedikit pun.'Wahai ALLAH, jika saya berbuat itu kerana mengharap redha-Mu, maka gerakkanlah batu itu.' Akhirnya batu itu bergerak dan mereka dapat keluar dari dalam gua."

*riwayat al-bukhari,no 2272; muslim,no 2743; ahmad, 2/116.

MasyaALLAH,,begitulah cerita yang berlaku kepada ketiga-tiga orang didalam mafhum hadis itu tadi.Mereka menjalinkan hubungan dengan ALLAH dengan cara yang disyariatkan iaitu dengan amal soleh.Kisah orang yang pertama memberi pengajaran kepada kita semua supaya berbakti kepada kedua orang tua walaupun sudah berumah tangga,terutamanya kepada kaum muslimin.kisah orang yang kedua pula hendaklah kita menjauhi maksiat kerana itu hanya mengundang dosa kepada.Dan kisah orang yng terakhir pula,sebagai muslim,kita perlulah bertanggungjawab menjalankan amanah yang diberikan dan juga sentiasa berlapang dada dalm urusan pergaulan dengan orang lain..

InsyaALLAH,,kisah ini sedikit sebanyak dapat memberikan input yang bermanfaat..sekian wassalam,,,,

KemBara iLMu meLaKa 09,,,,

aslmkm to readers and fellows,,,,

Pengembaraan sy sbg penuntut kali ni telah membawa sy ke Afamosa Resort kat Alor Gajah,Melaka,,pergh!memang syok dapat masuk resort yang agak terkenal dalam dunia ni taw,,

jom kite ikuti pe ek aktvti sepanjg kembare ilmu disane,,


1st Day of Kembara Ilmu Melaka 09,,,,
Agak terkejut tyme mule2 sampai kat Afamosa resort ni taw,,memg xjangke langsung kembara ilmu kali ni wat kat resort yg agak berprestij gak ni,,tapi pakcik Husni yang mengelola kembara ilmu kali ni mempunyai link yang agak kuat dgn Afamosa Resort ni,,pkck Husni ni keje kat satu firma akauntan,so die prnh dipanggil beberape kali untuk menyiapkan bebrape dokumen disane..kite balik semule pdnhari pertame td,,kejutan makin bertmbh bile kami dibawe ke area villa D`Lagos,,nak taw x villa ni umah banglo taw,,adoyai memg syok gler r,,






ha,,ni la Afamosa club house,,kat sini la tempat urusan2 di wat,,kat dlm nye memg besar sgt,,sy sndiri pun xabes xplore ag,,,

Jom kite tgk banglo yg kami tinggal lak,,
ha,,tu la kete pkck Husni,,toyota alphard tu,,kalau dgr music dlm tu cam dlm cinema je,,,1st thing yg kami wat kat sane ialah tido ler,,letih taw dlm perjalnn xtdo2 lgsg,,dh la ikut hiway KL,,,4jam lebh baru sampai,,kire 1st day kami xwat ape2 cume xplore area banglo kami je,,
Lepas tido 2nd thing kami wat mandi kat swimmng pool ni la,,fulamak,,layan gler la,,,asenyer 1st day ni agak boring ckit,,kite tgk lak pe yg kami wat 2nd day lak,,



2nd Day of Kembara Ilmu Melaka 09,,,

pagi2 lg dh bgn dlm kul4 utk qiamullail,,xtaw r tetibe je semgt lebh ckit kat sini,,kalau kat umah memg seksa nak bgn sndiri,,tp pas abes je solat2 sunat yg sepatotnye trus je pengsan balik,,mane xpengsan dh semlm tido pun nk kt kul 3pg,,
brkfst memg sedap,,abg2 uia yg msk kn,,pandai gak geng2 doktor ni msk ek,,pas brkfst de satu sesi dgn ust asim,,tajuk nye xclap,,syahadatain,,memg penerangan yang agak sempoi and relax,and interstng also.pas abes sesi penergn,memg bertubi2 soalan yang kami tnye pd ust asim,,sori ek ust,,bukn ape,,mali bertnye sesat jalan kn,,sebg stdnt kene la byk bertanye kn,,

pas zohor de sesi kedua lak dgn ust asim lagi,,tajuknye al-wala` wal bara`,,tajuk ni pun agak menarik perhatian,,kirenye memg xboring la dgr ust asim punyer penerangn walaupun suara ust cam slow2 macho ckit,,hm,,
Nak dijadikn cite,pd ptg hari,kami dibawa berjalan ke bandar hilir,,mcm2 tmpt yg bes kat bandr hilir ni taw,,ni de ckit gmbr2 kenangan,,






ni la gambar2 yang sempat diambil,,memandangkan ade ckit masalah teknikal pd camera hazim terpakse la menggunakan khidmat camera fon sndiri je,,sebenarnye banyak lagi gmbar taw,,kalau nak tgk lebih lagi sile2 lah lawati friendster sy ek,,kat situ sy letak sume skali gmbar dalam satu album,,(www.friendster.com/bublegame)

Dari bandar hilir nak sampai ke Afamosa resort balik memg lame gak,,cam kuantan-pekan,,sampai je kami solat jama` taqdim maghrib isya`,,,pastu dapat relax sampai la sesi abg megat pas isya`,,,abg megat punye sesi ni memg bez gler la,,tajuk nye ini sejarah kite(isk)..rupe2nye banyak lagi yang sy xtaw tentang kehidupan sbg pelajar dan juge sebagai hamba ALLAH,,ase cam xbanyak berbakti kepada agame pun selame ni,,sesi ni memg banyak menyedarkan sy sndiri...punyer la layan penerangan abg megat,,sampai xsedar dah kul12tghmlm,,huhu,,3jam tu...power la,,

walaupun penat masih sempat lagi berendam dlm swimming pool lepas tu,,bese la org kampung masuk bandar la katekn,,kalau kejap xpe,,sampai kul2pg lak tu,,bukan kampung dh ni tahap pedalaman,,



3rd of Kembara Ilmu Melaka 09,,,,,

Nasib baik tak bangun lambat pagi ni,,cume sempat solat sunat 2rakaat je sebelum waktu subuh..memang mengantuk sangat pagi ni sebab berendam dalam swimming pool punyer pasal la ni.Sesi ke2 abg megat dalam pukul10pg,,,,masa ni memang mengantuk sangat2 tapi Alhamdulillah disebabkan cara penyampaian abg megat yang agak santai,,saya masih lagi dapat menahan dengan kesabaran,,,,

Betapa gembiranya kami lepas sesi dengan abg megat kerana sesi tu adalah sesi yang terakhir sekali untuk 3rd day ni dan juga sesi terakhir Kembara Ilmu Melaka 09 ini.Alhamdulillah,sudah banyak input diperolehi sepanjang berada disini...

Bermulalah pengalaman yang agak menyeronokkan iaitu bermain di water world Afamosa,,macam2 permainan ada di water world Afamosa ni,,


Inilah entrance water world Afamosa resort,,,bawah signboard ni ada satu anak gajah yang agak jinak dengan pelancong2 yang datang,,










Agak kasihan saya lihat gajah ini diikat pada kakinya rantai2 untuk mengelakkannya melarikan diri..tapi pada kelakuan gajah ini tidak nampak pun yang ia sedih diikat kerana kemungkinan penjaganya melayannya dengan baik dan daripada apa yang saya nampak,gajah ini memang begitu mesra dengan kakitangan Afamosa Resort,,seperti satu famili mereka ini..


Lepas tiket untuk masuk ke water world sudah dibeli saya pun masuk bersama seorang sahabat..pada awalnya kelihatan seperti biasa je keadaan didalam,tetapi kawasan water world ini pun begitu luas dan mempunyai bermacam jenis permainan air yang memang mencabar keberanian pelancong2 yang datang,,
Sori ek,,ni bukan gambar kami tapi pelancong lain,,permainan air yang ada di water world ini diantaranya innertube slide,body slide,,tetapi yang paling mencabar ialah Hi-speed,,mencapai ketinggian 9tingkat,,anda bayangkan anda terjun dari bangunan setinggi itu,,mungkin anda tak percaya pada saya tapi bagi yang belum mencuba boleh lah datang kesini untuk mencubanya,,tapi anda perlu pastikan anda tidak ada sebarang penyakit seperti sakit jantung.Kami menghabiskan masa lebih kurang 4-5jam di water world ni,,inilah kami,memang tidak pernah kenal erti puas...





*untuk kesudahan cerita pengembaraan ini nantikan Kembara Ilmu Melaka 09 episod 2,,,,,

Monday, June 29, 2009

Fantasy ,, or,, reAlity

Semase menunggu makanan yang telah dipesan di sebuah restoran,ade sorang makcik ni tibe-tibe datang menyapa,"aslmkm dik,makan sini ker?"kata makcik tersebut,aku menjawab dengan nada yang agak terkejut,"bungkus je makcik".Rupe-rupenye makcik tu baru berpindah ke kawasan berdekatan dengan rumah aku.kami berborak sebentar memandangkan die agak petah bercerita tentang kisah hidupnye,walaupun agak ringan kaki ni nak lari tapi tetap setia mendengar bedtime story makcik tu.
Dalam keterpaksaan tu,tibe-tibe je terkedu mendengar satu kisah yang makcik ni cite,,jadi,jom kite ikuti ape cite makcik ni ye,,,

Makcik ni berpindah kerana nak lupekan kenangan-kenangan bersama arwah suaminye dirumah lame mereka yang terletak agak jauh dari sini.Dulu mase arwah suami makcik tu masih hidup,mereka tinggal bersama dengan anak perempuan tunggal mereka dengan gembira.Suaminye kadang sibuk dengan kerja tetapi masih dapat meluangkan mase bersame dengan keluarga memandangkan hanya mereka bertiga saje.


Ada satu malam mase suami makcik tu balik daripada kerja syif malam,die ternampak,,erm,,ape ek,,ha,shooting star.Suaminye bergegas masuk kedalam rumah dan terus menemuinye dan menceritakan ape yang baru die lihat.Suami makcik tu agak gembire dan terpegun sebab dapat lihat dengan jelas kecantikan shooting star tu.Katanye memang terasa betapa kebesaran ALLAH swt yang menjadikan dunia ni penuh dengan kecantikan pada setiap sudut.Lepas peristiwa itu,suaminye menggunakan masa malam yang terluang bile mane die tidak dipanggil untuk bekerja syif malam dengan melihat langit pada waktu malam sebagai hobi barunye.
Seperti yang anda semua tahu,bile kite nak sesuatu mesti susah untuk kite dapatkan,tapi bile kite dah tak nak,dengan tak semena-mena sesuatu yang kite nak tu datang.Begitulah juge perkare yang berlaku pada suami makcik ni.Hampir setiap malam suaminye baring dilaman rumah hanya untuk melihat shooting star yang pernah die lihat sebelum ni.
Namun,kelibat shooting star yang dinantikan tetap tidak muncul.Lame-kelamaan suami makcik tu pun meninggalkan hobi melihat shooting star(agak kelakar bunyinye kan,xpe kite teruskan) yang jelas banyak membuang masanye.
Perasaan gembirenye kembali semula bile sekali lagi die ternampak shooting star yang agak keorenan cam buah oren sunqiuck(sori le sy xreti bab2 warne ni,hentam labu je).Tetapi didalam kegembiraannye itu die terasa seperti ade makne tersirat disebalik peristiwe-peristiwe yang berlaku.Kite juge akan terfikir jike perkare ini berlaku pada diri kite kan.Mane mungkin(he3) shooting star boleh kite tengok banyak kali kan.Tapi percayalah perkare ni berlaku pada suami makcik ni...
Cerite ni tak berakhir macam tu je,suami makcik tu meminggirkan rase kebingungannye apabila die bercadang untuk mengambil cuti dan meluangkan masa dirumah bersame keluarga tercinta dan juga membawa mereka bercuti.Makcik ni dan anaknye berase gembire yang amat bile dapat bercuti bersame orang yang tersayang dan meluangkan masa bersame-same...
Arwah sempat menceritekan tentang peristiwe kali ke2 shooting star kepada makcik tu.Makcik tu pun agak terkejut dan risau adakah btol ianya shooting star atau hanya khayalan suaminye itu.Seperti diulang tayang semula,suaminye telah nampak untuk kali yang ke3 semase sedang membasuh kereta pada waktu malam dihadapan rumah...kali ini,die mengambil keputusan untuk tidak menceritakan peristiwe yang ke3 itu sebaliknyer menulis segalenye didalam sebuah surat yang ditujukan pada isterinye iaitu makcik tu..
Takdir penentu segalanye,,suami makcik tu telah ditimpe kemalangan semasa menjalankan rondaan disebuah perumahan..kini yang tinggal hanyalah kenangan dan juge kisah pelik shooting star....


Walaupun agak lame pertemuan saya dan makcik tu berlaku,tapi masih lagi jelas di ingatan saya sampai lah sekarang kerana cerita ini berkait dengan pengalaman seseorang yang mana seseorang itu tidak akan lupe pengalaman menarik,pelik,sedih dan macam-macam lagi yang berlaku..sori for everything

Saturday, June 27, 2009

pengembaraan mencari masa hadapan

Pd 15hb-17hb jun 2009 telah diadakan satu program yang agak gempak,,name program diberi KL Xplore '09..
memang gempak kan,,jadi,jom kite ikuti ape yang kami buat selame keberadaan kami disane,,

1st day of KL Explore `09,,,,

Dugaan n cbrn yg datang dgn tibe2 ttp dgn kesabaran yg ade pd sume peserta lawtn kite sume tetap juge bertolak ke KL pada jam 4.28ptg,, (mash igt lg taw,hehe)
Setibenye peserta2 lawatan di Masjid Al-Ghufran,TTDI,Damansara pd jam 9.42mlm,,satu keserabutan dlm menyusun peserta lwtn,pensyarah,student,driver bus telah berlaku menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut,,(sori)tetapi akhirnya keadaan menjadi tenang semule bile sume peserta sudah dpt bilik masing2 walaupun agak menyempitkan kerana untuk menjamin keselesaan ustaz n drver(tq ats kerjesame n sori once again)..

2nd Day of KL Explore `09,,,,

Bertolak dari Masjid pd jam 8.04pg utk ke INCEIF.Walaupun bertolak agak lambat dari jangkaan n perancangan tetapi dapat juge sampai pd waktu yg ditetapkan di INCEIF,Menara Tradewinds.Disini ana sendiri telah membuat silap coz ana dah sedia maklum talk di INCEIF akan diberikan oleh Dr,Lahsasn dlm b.inggeris tetapi ana terlupe utk inform pada peserta2 lawatan sebelum sampai menyebabkan ade yg tidak bersedia utk sesi respon dari peserta,(sori,sori,sori)..Alhamdulillah banyak pendedahan tentang mase depan kite sume dlm bidang ni yg telah ditunjukkan semase di INCEIF kan,,
Berjalan kaki daripada INCEIF ke SOGO utk lunch n naik bus drpd situ untuk ke IBFIM,Dataran Kewangan,Kg Attap..Sesampainyer di IBFIM,disambut baik oleh En.Roslan Abd Razak juge yg memberikan talk yg sgt bermanfaat n bergune pd sume perserta lawatan..
Bus mengambil peserta2 lawatan di Dataran Kewangan untuk program ronda2 KL tetapi disebabkan oleh faktor mase n tempat program ini telah ditukarkan kepada Ronda-Ronda One Utama,Bandar Utama Damansara,, (sori)Bermule 6.23ptg n atas permintaan peserta2 lawatan yg disayangi program ronda2 akan tamat pada jam9.30mlm,,selepas habis meneroka seluruh pelusuk One Utama,peserta2 lawatan bertolak pulang ke Masjid Al-Ghufran pd jam 10.00mlm.

3rd Day of KL Explore `09,,,,

Bertolak daripada Masjid pada jam 8.00 pg untuk ke Maybank Islamic,Disini pun ana telah buat kesilapan yg ana sendiri xdpt nak maafkan diri ana,,untuk pengetahuan semue peserta lawatan,address Maybank Islamic yg ana pegang sememangnyer address yg betul iaitu di jalan Maarof,Bangsar tetapi ana pun xtaw nape ana beri maklumat pada Hakim selaku AJK pengangkutan n penempatan,bahawasanya kite perlu ke Menara Maybank yg terletak di Pudu,,Padahal tempat yg kite tuju bukanlah Menara Maybank tetapi Dataran Maybank,Bangsar (sori skali lagi)walau ape pun,Maybank Islamic ini antara tempat yg agak menarik minat tentang kepentingan islamic banking pd kite sbg ummat islam,(lunch kat situ pun sedap gak,rugi ana xamik lebih),Bergerak ke SOGO untuk menunaikan solat n berjalan kaki ke AIBIM,Menara Tun Razak.Disambut baik oleh En,Adellan selaku Head of Operation AIBIM,,info2 yg telah disampaikan oleh En,Adellan sgt menarik iaitu tentang kekosongan tenaga kerja dlm bidang islamic finance,banking,risk management,capital market seramai 40ribu-45ribu,harap2 kite sume akan berjaye dgn cemerlang,gemilang n terbilang utk mengisi kekosongan tersebut,,Peserta2 lawatan juge amat beruntung kerana Dato` Rahim drpd ISRA iaitu program dibawah naungan INCEIF juga menyampaikan talk tentang peluang kite yg amat cerah in the future,,

Saat2 terakhir di Kota Kuala Lumpur,,,

Selepas information tentang waktu bertolak pulang ke Kuantan telah diketahui oleh sume peserta lawatan,,(agak pelik ayat ni kn, xpe ek) memandangkan mase yg banyak,peserta diberi kelonggaran untuk berjalan disekitar Dataran Merdeka..Sesi bergambar bersama2 peserta lawatan menjadi semakin menarik dengan kehadiran ustaz fariz yg amat disayangi oleh sume student especially sem4,,keadaan menjadi agak sedih kerana beberapa peserta akan terus balik ke kampung halaman masing2 n sesi perpisahan berlaku sebelum bertolak pulang,,Tepat jam 8.00mlm sume peserta lawatan bertolak pulang ke Kuantan,,

*Ana mengambil kesempatan utk meminta maaf diatas segale kesulitan yg berlaku sebelum,semase,selepas program ini dijalankan,,bermacam2 halangan yg datang,maybe sesetengah org xkan tahan tp dengan semangat dari rakan2 n especially senior2 sem4,ana bitaw pd rakan2 yg terlibat ape pun yg menghalang kite perlu menjayakan program ini,doa kami xputus2 semenjak bermulenyer keje for diz program supaya segale urusan dilancarkan n diberkati,,,Bagi ana program ini sgt berjaya n byk manfaat2 yg ana sendiri xdpt dulu so ana agak hepi kerana dapat memberi hadiah dgn berkat doa pd senior2 yg disayangi,,anggaplah ini hadiah daripada kami Junior kepada anda semua..

Bersama kite berusaha dan berjuang demi agama yang tercinta,,wassalam.
*ana letakkan gambar2 kenangan peserta2 KL Xplore 09:






and last but not least,,hazim yang sedang mencapai kubah menara,,conclusion pada gambar ni,kite perlu berusaha sedaya mungkin utk menggapai cita2 yg tggi,,jadi ikutlah seperti saudara hazim ni..all de best..






buat renungan,,

''jika sekiranya ada orang yang mengerjakan ibadah seperti beribadahnya malaikattapi tanpa ilmu,orang itu termasuk dalam golongan orang yang rugi,kerana hasilnya hanya lelah dan payah sedangkan pahalanya hampa belaka. Kerana itu,bersungguh-sungguhlah engkaudalam menuntut ilmu, jauhilah kemalasan dan kebosanan, kerana jika tidak demikian, engkau akan berada dalam bahaya kesesatan''

-Imam Al-Ghazali