Wednesday, March 16, 2011

I'm Okay,Dont Worry


Kian hari kian menusuk semangat untuk menyerah sahaja diri ini kerana teramat lemah untuk menanggungnya. Tatkala ada yang sedang lena diulit mimpi, ada yang sedang menanggung kepedihan persis pertarungan terakhir yang menentukan hidup dan matinya.

Perlukah perkataan menyerah kalah dan give-up dilahirkan ke dunia ini?. Adakah itu boleh menjadi penyelesaian bagi sesuatu?. Ketakutan untuk menghadapinya terlalu kuat sehinggakan bermacam perkara yang terlintas dalam benak fikiran semata-mata untuk mengelak apa yang bakal atau seharusnya berlaku.

Biarpun apa yang ditanggung terlalu berat dan terlalu lama telah ditanggung, namun tetap juga lemah apabila dibius dengan suntikan ketakutan. Kalaulah berlaku apa-apa, Kalaulah kesakitan itu sukar disembuhkan, kalaulah, kalaulah, bermacam andaian yang kadangkala semakin dibiarkan semakin berkurang semangat dalam hati ini.

TAPI....

Untuk masa yang selalu dibayang dan dirancangkan bersama, untuk orang-orang yang disekeliling yang kadangkala tidak nampak tetapi daripada dalamnya mereka memberi semangat yang diperlukan, untuk keluarga disana, doctor yang selalu mengambil berat walaupun berjauhan. Tawakkal dan perlu berusaha untuk menghadapi dinding itu yang pada zahirnya nampak tinggi dan tebal tetapi dengan semangat dan ikhtiar yang kuat kepadaNya, InsyaAllah akan wujud satu jalan untuk menghadapi rintangan ini seperti wujudnya pintu di dinding yang tebal itu yang memudahkan kita untuk membuka dan melepasi dinding itu.
wish me all the best,i'm okay dont worry (",)

No comments:

Post a Comment