Friday, March 18, 2011

Kariep-Up Bayt Laban



Dihari yang agak kebosanan tanpa aktiviti luar ni kadangkala akan membawa padah kalau hanya beruzlah didalam bilik ditemani hirom*. Disebabkan itulah terpancar satu idea yang agak menyelerakan iaitu Karipap ataupun dengan nama yang agak glamour Kariep-Up Bayt Laban.

Walaupun agak lama dan susah untuk menyiapkan nya, namun dengan segala kudrat yang ada pada kami, dapat kami siapkan hasil kuih buatan kami yang pertama semenjak menjejakkan kaki di Tanah Hijaz ini.

Bahan-bahannya :-


  1. 500 g kentang - dipotong dadu
  2. 300 gm bawang besar - dipotong dadu
  3. 400 gm daging cincang @ daging lembu dipotong dadu kecil
ha,bahan-bahan diatas ni untuk kita buat inti kariep-up bayt laban ni, bawah ni bahan untuk membuat doh karipap..



  1. 500 g tepung gandum
  2. setengah sd besar garam
  3. marjerin.
  4. sebiji telur
  5. setengah cawan ais
  6. air
  7. Minyak
  8.  tepung

dan ini pula bahan-bahan yg perlu ditumbuk bagi hancur atau lumat,emm,mana-mana word yang sesuai la ye..he3

  1. setengah biji bawang besar
  2. 2 ulas bawang merah dan bawang putih
  3. setengah inci halia
  4. setengah sudu besar jintan manis
  5. 3 sudu besar serbuk kari
  6. 2 sudu besar minyak
  7. setengah batang besar kulit kayu manis
  8. 2 sudu gula 
  9. 1 sudu garam 
  10. air
cara-caranya adalah :-

Ini untuk cara-cara nak buat intinya :-

  1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.
  2. Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam. Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang.
  3. Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.


Lepas inti dah siap kena buat doh pulak..ni dia cara-caranya :-



  1. Masukkan tepung dalam mangkuk.
  2. Gaulkan air bersama garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan lepa susu / marjerin / campuran sepertinya atas api kecil hingga berbuih dan tuang rata2 atas tepung tadi.
  3. Gaul lagi hingga jadi serbuk roti. Masukkan sikit2 air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan tambah air bila dah jadi doh. Restkan badan anda 1 jam,he3 sebab nk bg doh tu rest 1 jam juge(jgn salah faham ye).
  4. Bahagikan doh yang dah siap tadi dengan bilangan karipap yang kita nak buat,kalau ikut measurement bahan-bahan tadi, kita boleh buat lebih kurang 50. So, pandai-pandailah bahagikan 
  5. Canai nipis setiap satu ketul  isikan 1 sd besar (kalau suka inti banyak)/ 1 sd the penuh (inti sederhana) .Tutup pastu picitkan untuk cover inti yang dah isi tadi, cover kemas2 jangan bagi bocor kalau tak nanti akan ada masalah waktu kita nk goreng karipap tu.
  6. Goreng terendam atas api perlahan sampailah karipap jadi kuning emas2. 
  7. Angkat dan tos kan,  hidangkan & SIAP.....

Kalau malas nak goreng semua karipap yang dibuat tadi, boleh je nak simpan lama, susun atas dulang dulu pastu letak dalam fridge hingga beku then ambil satu-satu balut plastik sebab  tak bagi melekat, ha, barulah boleh simpan dalam bekas plastik dan letak dalam peti ais.

Alhamdulillah dah siap pun kan, nak menaip dan menceritakan hikayat kariep-up Bayt laban ni pun dah memenatkan badan, bayangkan lah nak siapkan nya, tapi kalau dah semangat dibius pulak dengan kelaparan dan desire kepada karipap ni, siap akhirnya. renung-renungkan dan selamat memasak....(",)



No comments:

Post a Comment